Sunday, February 26, 2012

Aku seorang rasis?

Ruhanie Ahmad
Orang Melayu yang mempertahankan identiti, status serta hak-hak Melayu, Islam dan Bumputra di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan sewenang-wenangnya dilabelkan oleh segolongan bukan Melayu sebagai rasis.

Sekumpulan bukan Melayu yang mempertikaikan identiti, status dan hak-hak Melayu, Islam dan Bumiputra di dalam perlembagaan yang sama pula dengan angkuhnya mendabik dada kononnya merekalah juara kesamarataan dan hak-hak asasi manusia sejagat.

Dalam konteks hujah ini, maknanya orang Melayu tidak boleh mempertahankan identiti, status dan hak-hak bangsanya, Islam dan Bumiputra. Bukan Melayu pula diizin untuk mempertikaikan identiti, status dan hak-hak Melayu, Islam dan Bumiputra. Pendek kata, orang Melayu salah, bukan Melayu betul!

Anehnya, fenomena ini menyebabkan majoriti orang Melayu berdiam diri. Mereka tidak berani mempertahankan identiti, status dan hak-hak bangsanya, Islam dan Bumiputra secara terangan-terangan kerana takut dilabelkan sebagai rasis.

Lantas mereka pun jadi golongan the silent majority yang membiarkan bangsanya, Islam dan Bumiputra diganggu-gugat oleh juara-juara kesamarataan dan kesaksamaan yang kononnya berdiri atas prinsip hak-hak asasi insan sejagat.

Mengapa jadi begini dan sampai bilakah fenomena ini harus kita biarkan wujud? Pertanyaan ini bukan berniat untuk mendorong orang Melayu, Islam dan Bumiputra membenci bukan Melayu. Sebaliknya bertujuan menegakkan kebenaran yang hakiki.

Hakikatnya demikian kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Dalam sesebuah negara seperti Malaysia, tidak sewajarnya identiti, status dan hak sesuatu bangsa dan agama yang termaktub dalam perlembagaan negara diancam atau dipertikaikan.

Jika identiti, status dan hak-hak Melayu, Islam dan Bumiputra ini terus diancam dan digugat kononnya atas alasan prinsip-prinsip kesamarataan barat yang diamalkan di Malaysia secara total, siapa bertanggungjawab jika ancaman dan gugatan ini mencetuskan konflik etnik yang serius dan parah?

7 comments:

Anonymous said...

Aku PUN rasis......

Kuda Zorro said...

Tertarik dengan perenggan kelima tulisan Datuk berkenaan golongan the silent majority. Saya adalah golongan itu.

Sudah lali telinga ni apabila dikutuk dalam bahasa asing oleh kaum bukan Melayu, terutamanya bangsa bermata sepet. Mungkin sebilangan mereka hanya fikir, Melayu hanya faham Bahasa Melayu, jika bijak sedikit, mungkin handal dalam Bahasa Inggeris, jadi tidak salah mempersendakan Melayu dalam dialek bahasa mereka.

Perkara yang sama berlaku kepada teman saya, orang Melayu yang kini menuntut di sebuah universiti di China. Mungkin kami faham apa yang mereka perkatakan. Kadang kata-kata dilemparkan mereka amat menyakitkan hati, tetapi apa yang boleh kita lakukan jika pemikiran mereka sememangnya begitu, yang berkonsepkan 'kekitaan'. Mungkin hanya segelintir yang rasis, tetapi mengapa kini makin ramai bukan Melayu yang sering saya jumpa bersikap begitu.

Teringat 1 peristiwa ketika melawat saudara di sebuah pusat perubatan awam. Terdapat 2 orang pesakit bermata sepet berkongsi bilik dengan 4 lagi pesakit Melayu. Sepanjang berada di bilik itu, si pesakit 2 orang itu tidak habis-habis mengkritik semua orang Melayu yang berada di bilik itu. Bukan itu saja, jururawat dan pegawai perubatan Melayu juga habis dikutuknya. Golongan ini memang tidak tahu beradab, menghormati dan menghargai apa yang telah disumbangkan pada mereka. Apabila perlukan sesuatu, baru mereka bernada baik pada jururawat, itu pun sengaja dilakukan bagi mendapatkan perhatian. Habis manis sepah dibuang, selepas jururawat selesai menjalankan tugas, dihinanya orang itu, sedangkan pada pemerhatian saya, jururawat sudah melakukan sebaik mungkin semasa menjalankan tugasnya. Bagi saya, sikap mereka tak ubah seperti manusia plastik.

Datuk, ini baru situasi kecil dalam kehidupan seharian yang dialui. Bagaimana pula dengan peringkat tertinggi dalam organisasi? Adakah ia berlaku juga? Jika ya, di mana silapnya. Adakah Melayu 'try too be nice' untuk menjaga hati kaum lain, sehingga menjadi terlalu pekak untuk mempertahankan diri. Sampai bila? Ada kawan berkata, mungkin ini salah satu kesilapan konsep 1Malaysia yang sedang dilaksanakan. Mungkin betul atau tidak, Datuk nilaikan sendiri, pada hemat saya Datuk lebih mengetahui berbanding saya.

Anonymous said...

i'm racist and proud of it! if those people question my stand, then they r also racists. eat that!

kudakepang said...

Sahabat-sahabat yang dihormati.

Jutaan terima kasih sebab berkongsi pendapat dengan saya.

Apa yang penting kita lakukan pada hari ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang Melayu/Islam bersuara menegakkan hak mereka dalam kerangka negara yang majmuk.

Maksud saya, kita ramai-ramai suarakan hak kita secara berhemah dan dengan maksud menginsafkan mereka bahawa kita bukannya rasis dan sebaliknya hanya tidak mahu diperlekehkan oleh sesiapa.

Salam takzim --- Ruhanie Ahmad

Che Det Junior said...

MINIMUM PAY

Mar02
201210 Comments Written by chedet


1. We all would like to see Malaysia become a high-income country. However we must also be concerned about our competitiveness. Increasing incomes must raise the cost of production unless there is a corresponding increase in productivity.

2. But already we are having far too many holidays. To the 52 Sundays, have been added, 52 Saturdays. We now have holidays for the holy days of all religions, however small the followers. We now automatically replace any holiday which falls on Sunday or Saturday with another day of holiday. When we work a lesser number of days our productivity must decrease. So it will not be easy to increase productivity with the increase in minimum wages which will trigger pay increases throughout, so as to maintain the parity between the different grades of the employees. Working during holidays will also cost more. So will contribution to EPF and rates of pensions.

3. Between higher pay and shorter working hours, plus all the other costs, the cost of production of goods and services must increase considerably.





4. Once, during the Government of a previous Prime Minister, a 25% salary increase was given to Government servants. There is no evidence that Government revenue had increased by 25%. The normal increase is about 10%. What this means is that the increase in operation costs due to the 25% salary increases have to be met through reduction of allocation for development. Reducing needed development is not going to be good for a rapidly developing nation.

5. The West today is in great financial trouble with at least one country going bankrupt. The reason is simple. The West has been overpaying their people. High wages and salaries, huge bonuses and numerous costly benefits such as unemployment pay gave the developed West an appearance of prosperity. But their profligate ways is not sustainable.

6. Faced with competition from eastern countries, they lost their markets. For a time they benefitted from the financial markets. But the financial market is about gambling. And as happens with all gamblers, they must lose eventually. And that plunged them into this intractable financial crisis.

7. This is what happens when wages and compensations for work are not accompanied by increases in productivity. I fear Malaysia may be heading this way if we pay more for less work, as we are doing now.

http://chedet.cc/blog/?p=712#more-712

Ulasan saya di bawah, dan pohon pandangan Datuk Ron Jeremi juga

Che Det Junior said...

Salam Datuk,

Pohon pandangan Datuk mengenai komen Tun Dr M mengenai gaji minimum bagi rakyat Malaysia dan deposit di new entry.

Umum mengetahui tujuan kerajaan dilantik ialah bagi tujuan memakmurkan rakyat. Kemakmuran bersifat subjektif dan boleh berubah-ubah mengikut pengalaman atau ilmu rakyat di sesebuah geografi itu. Rakya Barat melihat negara berkebajikan sebagai kemakmuran, negara membangun atau dunia ke 3 melihat pencapaian keselamatan negara dan insan yang asas meruapakan kemakmuran seperti akses kepada pendidikan dan makanan yang mudah atau perlindungan (rumah) yang asas seperti rumah kampung. Namun, apabila rakyat semakain berevolusi, maka keperluan dan expektasi mereka berubah mengikut pendedahan mereka kepada dunia dan ini dilihat oleh Tun Dr M sebabagai suatu fenomena yang akan boleh menyebabkan negara akan susah melalui dasar kerja sedikt dan gaji serta kemudahan tinggi. Dari sudut pandangan ahli ekonomi berorentasikan Komunism atau pandangan kepada Jepun, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Korea dan negara pro Komunnis yang memang akan diakui kebenaran pandangan Tun Dr M yang pada hemat saya memakai topi ahli ekonomi apabila memperkatakan tentang isu ini. Namun apabila saya memakai topi sebagai umat Islam, maka dunia ini bukan hanay untuk produktiviti dunia kerana perlu juga amalan akhirat dan ia memmerlukan masa seperti waktu kerja yang singkat untuk waktu muamalah, sembahyang jemaah, mengaji bersama anak-naka, sembahyang bersama ister, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan dll perlu seimbang antar akepentingan dunia dan keperluan akhirat. Apabila saya memakai topi ahli politik pula, tugas utama kerajaan yang dilantik sah melalui pengundian yang sah ialah bagi memakmurkan rakyat dalam segenap aspek kehidupan, termasuk pekerjaan yang tidak memenatkan dan stress dengan gaji yang suaimanafaat kepada tenaga kerja, dengan usaha menjadikan Malaysia negara maju, kita tidak boleh lagi bekerja seperti robot, kita perlu bekerja bijak, peningkatan intelektual dan bukan bekerja keras tenaga tetapi keras pemikiran. Walau bekerja waktu singkat, dan cuti yang banyak ia sepatutnya tidak boleh menjejaskan kualiti kerja, seperti contoh Proton yang bekerja kuta tetapi hasilnya tidak seperti yang diusahakan berbanding kereta Merc, BMW di Jerman, mereka kerja rilek tak stress tetapi hasilnya mantap.

Belakang Parang said...

Orang Melayu 'baik hati sangat' sebab tu bukan Melayu jadi kaduk naik junjung. Pemimpin Melayu yang kena main peranan jangan sibuk jaga kerusi sendiri dan kroni saja. Bila dah bertelagah sesama sendiri, itu yang dia orang pun ambil kesempatan. Kasihan pada orang Melayu yang duduk di kampung-kampung. Si Luncai pun dah tinggalkan dia punya LABU.