Ruhanie Ahmad
Satu daripada kategori keselamatan bukan tradisional dalam era kontemporari adalah keselamatan rejim atau keselamatan pemerintah sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, ianya adalah mengenai keselamatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditulangbelakangi oleh UMNO.
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO, kebelakangan ini terbukti amat prihatin terhadap keselamatan rejim BN. Kedua-duanya sentiasa mengeluarkan kenyataan, ingatan, serta harapan, semoga semua pihak turut prihatin terhadap hakikat yang sama.
Tetapi, keprihatinan, ingatan, dan harapan Najib serta Muhyiddin seolah-olah tidak menerima reaksi sewajarnya. baik oleh sayap-sayap terpenting dalam UMNO, mahupun oleh komponen terbesar BN di Malaysia Semenanjung.
Latarbelakang
Senario seperti ini boleh mengancam keselamatan Kerajaan BN. Memang pakatan pembangkang sendiri sedang bercelaru dan dilanda oleh pelbagai skandal dan masalah, seperti yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Tetapi, BN dan UMNO juga berada dalam keadaan yang kurang mantap.
Contohnya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO terus digerhanai oleh “krisis kredibaliti” akibat tuduhan politik wang dalam pemilihan parti tempoh hari. Ketua Pergerakan Pemuda MCA juga dilanda pelbagai tohmah dan dakwaan, terutamanya menerusi beberapa blog yang disasarkan khusus kepadanya.
Pada waktu yang sama, permuafakatan dalam BN, terutamanya di Malaysia Semenanjung, jelas rapoh. Polemik demi polemik tercetus. Sesetengah komponen BN tergamak bermain api yang impaknya membakar perasaan dan jiwa orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi penyumbang undi terbesar kepada BN.
Di dalam UMNO sendiri wujud protes senyap terhadap kredibaliti sesetengah pegawai bergaji dan tidak bergaji yang dilantik untuk berkhidmat di Ibupejabat UMNO Malaysia.
Hakikat ini bagaikan api dalam sekam. Jika tidak segera diatasi, ia boleh menyebabkan segolongan warga UMNO bersikap acuh-tak-acuh dalam perjuangannya untuk agama, bangsa, dan tanah air. Sokongan warga UMNO terhadap Kerajaan BN juga mungkin merosot.
Persoalan Pokok
Oleh sebab itu, persoalan pokok dalam tulisan ini adalah: apakah destini Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)? Jika dalam PRU12 BN kehilangan kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah; hanya menang dengan majoriti dua kerusi di Negeri Sembilan; dan gagal merampas semula Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990; apakah BN mampu menguasai semula negeri-negeri terbabit, menambahkan majoritinya di Negeri Sembilan, serta mengekalkan prestasinya di lain-lain negeri yang dikuasainya pada hari ini, menerusi PRU13?
Persoalan ini akan dirungkai menerusi pendekatan berikut. Satu, analisis terhadap BN, UMNO, serta beberapa komponen utamanya. Dua, menyorot kredibaliti kepimpinan tertinggi sayap-sayap terpenting dalam komponen utama BN. Tiga, merungkai prestasi perkhidmatan awam yang sewajarnya berperanan mengukuhkan institusi negara. Empat, memperincikan dasar-dasar baru Kerajaan BN dan impaknya kepada sokongan rakyat jelata.
[Nota: Anda dipersilakan untuk berkongsi pendapat---pro dan kontra---untuk merungkai seluruh persoalan di atas menerusi blog ini bagi membolehkan persoalan-persoalan tersebut dibicarakan secara terperinci demi manfaat bersama.]

6 comments:
Salam, sudah lama saya tidak lewati blog Dato' walaupun Kluang dan Parit Sulong bukanlah jauh sangat..
Apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah sejak Paklah mengambilalih posisi PM dan hingga ke Najib sekarang, terdapat pemberontakan yang berlaku secara diam tetapi jelas dari ahli2 UMNO sendiri dan pemberontakan yang ketara dari kalangan Melayu di luar UMNO.
Pemberontakan itu memberi kesan kepada kurang percaya, kurang hormat dan seterusnya kurang keyakinan kepada PM dan barisan kepimpinannya, ini jelas dari sikap 'tawar' yang ditunjukkan di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu sendiri atas saranan2 kepimpinan UMNO.
Secara kasarnya, kita lihat ketika Najib mengambilalih PM, persepsi ke atasnya telahpun ada dengan kes Altantuya dan belum pernah dalam sejarah, bakal seorang PM tercalar begitu teruk walaupun mungkin sekadar persepsi.
Seterusnya hari ini Najib dilihat bukan sahaja hilang kawalan ke atas rakyat tetapi juga hilang pertimbanagan dan kawalan ke atas pendedahan terlampau isterinya. Bukan dipertikaikan betul atau tidak tetapi majoriti rakyat mengatakan 'NO' kepada Rosmah adalah memadai untuk Najib mendengar walaupun pahit.
Ada beberapa nama dalam barisan Najib yang umpama duri dalam daging atapun menjadi liabiliti seperti Nazri, Mohamed Nor Yaakop, Jamaludin Jarjis. Walaupun mungkin mereka 'bagus' kepada Najib tetapi sekali lagi rakyat mengatakan 'TIDAK' maka wajar nama nama ini disorok untuk terus 'bercakap' di hadapan.
Saudara Kluangman, jutaan penghargaan kerana kemmbali mengunjungi KK.
Juga terima kasih kerana menyumbangkan satu pandangan yang ikhlas, walaupun pedas. Moga-moga YAB PM akan membaca ungkapan jiwa anda dengan keinsafan yang amat tinggi.
Namun demikian adalah tidak adil jika YAB PM seorang diri dipertanggungjawabkan dengan senario siasah yang boleh mengancam keselamatan kerajaan BN mutakhir ini.
Oleh itu, seluruh warga UMNO juga sewajarnya turut terpanggil untuk sama-sama memperkukuhkan wadah siasah ini. Begitu juga dengan seluruh komponen BN khususnya MCA dan MIC...
Salam takzim:Ruhanie Ahmad
Saya sependapat dengan Kluangman. Suka atau tidak suka, UMNO dan BN rosak teruk di era Pak Lah. Sebabnya kita semua sedia maklum. Paling utama sekali sindrom penafian beliau terhadap pelbagai tuduhan isu rasuah, kronisme, perilaku menantunya yang umpama kadok naik junjung atau kodong dapat cincin, perang dingin beliau dan Aras 4 dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dakwaan persekongkolan menantunya dengan Temasek dan rejim Singapura, pengenalan konsep Islam Hadhari yang akhirnya ditinggalkan tanpa pusara, persepsi bahawa Pak Lah menyembah Amerika Syarikat terutamanya atas alasan kononnya untuk mengelakkan dirinya dijebak dengan dakwaan beliau terbabit dengan penjualan oil for food di Iraq, dan lain-lainnya.
Satu lagi, era sebelum Najib juga kelihatan seolah-olah menjadikan Melayu dan Bumiputera warganegara kelas kedua. Contohnya, Pak Lah mendakwa Hindraf sebagai melakukan kesalahan terhadap negara dengan mengheret soal Perlembagaan Persekutuan ke pelantar antarabangsa untuk ianya dimansuhkan. Tetapi, bila pemimpin utama Hindraf di tahan di bawah ISA, mereka tidak melalui proses interogasi selama tiga bulan. Sebaliknya, terus di simpan menjadi tetamu kerajaan di Kem kemunting. Penyokong Hindraf yang berdemonstrasi dan mencederakan polis di heret ke mahkamah di Shah Alam. Tetapi, atas campurtangan politik MIC, Pak Lah mengarahkan mereka yang dihadapkan ke mahkamah itu dibebaskan. Perbuatan ini memberikan muka kepada Hindraf sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar. Sebab itu Hindraf naik tocang.
Lepas itu Pak Lah mengaburi mata rakyat dengan kisah kononnya prestasi ekonomi Malaysia paling hebat di era beliau dengan figure bertrilion ringgit. Hakikatnya ada rakyat menempelak: harga belacan, cencalok, dan budu pun mahal!
Saya simpati dengan Najib dan Muhyiddin kerana lintang pukang nak betulkan UMNO dan BN supaya pemerintahan BN di Malaysia dikekalkan dalam PRU 13 kelak. Tapi, Najib pun masih lagi simpan players yang kuat main foul seperti Nazri, Nor Yaakup. Dalam Parlimen, ada anggota BN terpalit dengan rasuah, terpalit dengan politik wang, dan terbelenggu dengan skandal nikah dan cerai. Ini semua menyumbang kepada nama baik BN dan UMNO. Kalau macam ini, teruk Naib dan Muhyiddin nak selamatkan BN. Di UMNO headquarters ada individu bernama Fuad jadi setiausaha kerja. Entah dari mana asal usulnya, individu ini digosipkan sebagai berkredibaliti rendah…
Dalam keadaan seperti ini, masa depan pemerintahan BN agak sukar untuk diramalkan secara pasti dan persis. Tapi pastinya akan membantu jika seluruh orang UMNO bergabung semangat, azam, dan cita-cita untuk mengukuhkan UMNO dan BN. Komponen BN yang main kayu tiga perlu diberikan amaran keras. Mana-mana kepimpinan sayap UMNO dan BN yang menghadapi masalah kredibaliti perlu disingkirkan segera. Dalam keadaan perang, mana jua askar dan leftenen UMNO dan BN yang tempang mesti direhatkan. Dalam sesuatu peperangan, general UMNO dan BN mesti bersikap Michiavillian. Kaji kelemahan diri sendiri dan kaji juga kelemahan musuh. Pendek kata, ikut kata Michaivilli, seseorang general mesti sanggup bersikap seperti seekor singa dan berperilaku sebagai seekor serigala!!!!
Salam Datuk.
Isu keselamatan rejim BN yang Datuk paparkan kali ini cukup menarik. Saya cadangkan, kalau rejim BN dah tak selamat, kita tukarkan saja rejim tu. Kata orang putih, regime change. Tapi sebagai seorang warga UMNO totok saya jadi sasau jika UMNO dan BN kehilangan kuasa dalam PRU13. Kita kena kerja kuat bantu Najib dan Muhyiddin. Kita kena bisik, kena cakap, dan kalau perlu, kena jerit kepada kedua-dua pemimpin kita ni supaya apa yang rakyat luahkan dianalisa secara ikhlas dan jujur. Kalau penyakit Dolah Badawi sindrom penafian, Najib dan Muhyiddin mesti elakkan penyakit ini. Kalau Dolah Badawi ada KJ, Najib dan Muhyiddin jangan izinkan individu macam KJ dalam pentadbirannya. Kalau dulu ada Budak-budak Aras 4, Najib dan Muhyiddin kena mansuhkah saki baki budak-budak ni. Kalau dulu Dolah Badawi bersengketa dengan TDM, Najib dan Muhyiddin kena respect TDM. Orang macam Ku Li juga perlu didampingi.
Macam kata Putera Bentan, UMNO Headquarters juga perlu dibersihkan daripada karektor yang gerhana wibawanya. Orang macam si Fuad tu liabiliti. Ramai orang UMNO Wilayah tau dan kenal sapa individu ini.
Soal-soal dalaman rumahtangga juga mesti diambilkira. Apa yang kita dengar mungkin semuanya tahyol. Tapi, tahyol tak tahyol, ia menimbulkan presepsi negatif kepada UMNO. So, please keep the house clean!
Beberapa anggota kabinet juga mesti dipandang serius. Jangan kelentong-kelentong rakyat, kalau mereka protes total, rejim BN boleh hanyut. Kalau dulu Najib ada PKI mengenai menteri, sekarang dedahkanlah kepada rakyat, menteri mana yang kerja kuat, berjalan lurus dan berjiwa rakyat. Dedahkan juga menteri mana yang good-for-nothing, siang malam memikirkan kepentingan kroni, dan ada juga yang dikuasai oleh para pegawai khas yang kerjanya asyik tukar kulit proposal business yang dikirimkan kepada menteri mereka. Hal ini bukan bidaah. Ini kisah benar. Hari ini seorang usahawan hantar proposal business kepada seorang menteri, dalam seminggu lagi proposal yang sama akan bertukar kulit dan bertukar nama kompeni yang lain. Ini kerja sesetengah pegawai khas tertentu dalam kementerian tertentu. Mereka lebih teruk daripa lanun di zaman kuno.
Kebelakangan ini Utusan Malaysia cerita pasal KSU dan little napoleon. Ini pun penyakit kepada BN. Hairannya KSN yang dah pencen buat apa sambung kontraknya? Biarkan dia pergi. Ganti orang yang lebih cergas dan cerdas. Warga perkhidmatan awam tentu happy kerana adalah movement untuk naik pangkat!
Akhir kata, tak guna himpun orang UMNO untuk dicuci otak di Kem Janda Baik. Cuci otak bagai nak rak, keluar kem, walhasil balik asal. Yang perlu dilakukan, urus UMNO waktu ni ikut cara diktator. Mana yang menyeleweng, singkir. Mana yang khianat, sembelih. Dalam era ini Najib dan Muhyiddin kena keras semangat. Kalau tak, susah kita semua.
Salam Dato'
Politica 2:22,
Kenapa nak mbebel panjang panjang. DSN tau perkara itu semua. Bukan tak tau. Chuma tak mau bertindak. Sebabnya?.
Biarlah "ANJING MENYALAK BUKIT" BUKIT TAK RUNTUH kata hatinya.
Tapi jangan terperanjat.
BUKIT MUNGKIN RUNTUH PADA PRU 13.
Memanglah kebiasaan nya Rejim Yang Sedang berkuasa jarang mahu mendengar rungutan rakyat.
Nasihat pun tak guna macam menjirus air ke daun keladi.
Bukan senang nak mengubat hati rakyat yang telah luka zaman PAK LAH dan kuncu-kuncu nya.
1Malaysia - Rakat didahulukan -Pencapaiyan diutamakan hanya satu retorik sahaja.
DSN tak baca Sejarah Kejatuhan Melaka ?
SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU LABUNYA , BIARKAN..BIARKAN !!
Sebagai Orang Melayu kita kena fikirkan Alternatif lain. Parti Menggantikan UMNO.
UMNO sekarang dah terlalu bergelumang dengan xxxxx.
Bung,
A COalition Of The Willing
(neo-keynesian war euphoria theory)
Cakap pasal keselamatan regim???? - atau apakah 'regime change'?
Regim Imelda Marcos sekarangnya Benjy yang warisi dan orang Melayu tersepit dan hanya mahu mengamok? wah, Bung, kita tunggu Pilihanraya Negeri Sarawak, dulu!!!!!!!
Walhasil: do'anya hancurlah kerajaan BN!
amiin.
Salam Takzim
Post a Comment