Tuesday, August 11, 2009

Kesabaran orang Melayu kian menipis

Ruhanie Ahmad

Gelagat sesetengah ahli politik alternatif tertentu kebelakangan ini cukup melampau. Institusi Raja-Raja Melayu dipolemikkan secara kurang ajar. Soal-soal pribumi dipertikaikan secara provokatif. Orang Melayu yang bersuara untuk mempertahankan hak-hak bangsanya dilabelkan sebagai rasis. Pihak-pihak yang membakar kemarahan orang Melayu mendabik dada dan menganggap dirinya sebagai pejuang kesaksamaan dan kesamarataan. Ironinya, ada juga segelintir pemimpin politik Melayu dan umat Melayu tertentu yang turut menyokong seluruh tindakan anti-Melayu ini kononnya atas dasar liberalisme dan pragmatisme.

Sebagai individu yang didewasakan di era penjajah dan kemudiannya menceburi alam kerjaya---profesional dan politik---di era merdeka, saya amat terganggu dengan perkembangan mutakhir ini yang bertitik tolak daripada apa yang didakwa sebagai era keterbukaan yang dilakukan sejak 2004.

Tetapi, ini tidak bererti saya menentang keterbukaan. Apa yang saya kesali hanyalah keterbukaan yang dilakukan semata-mata untuk menutup sesuatu kelemahan pimpinan tertentu, keterbukaan yang tidak secocok dengan tuntutan keselamatan negara, keterbukaan yang memberikan muka kepada pertubuhan haram tertentu walaupun ianya telah mengheret negara ini ke arena antarabangsa dengan tuduhan kononnya Perlembagaan Persekutuan adalah menindas sesetengah kaum, keterbukaan yang double-standard di mana anak-anak muda di Terengganu diburu ”ibarat sampai ke lubang cacing” kononnya atas jenayah membakar Jalur Gemilang sementara penunjuk perasaan di sebuah ladang babi di Melaka yang menginjak-injak Jalur Gemilang di hadapan sekumpulan pegawai pemerintah dibiarkan bebas tanpa hukuman, keterbukaan yang mengizinkan peguam pemerhati untuk mengujjah perbicaraan kes murtad, keterbukaan yang menghalalkan hukuman selektif ke atas individu tertentu yang terbukti terbabit dengan rasuah politik, keterbukaan di mana individu yang terbukti rasuah masih dikekalkan dengan tanggungjawab memimpin negeri dan rakyat, keterbukaan di mana soal kronisme dilindungi dan kebenaran disanggah secara habis-habisan walaupun tindakan itu telah melunturkan keyakinan segolongan rakyat terhadap pemerintah.

Keterbukaan ini sedang menjadi senjata yang makan tuan. Mangsanya adalah orang Melayu dan umat Islam. Sebilangan orang Melayu di sebuah negeri tertentu dikatakan sedang beramai-ramai meninggalkan parti politik mereka untuk mendampingi sebuah parti yang baru. Hak-hak Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan. Kerajaan dituduh sebagai pendukung dasar apartheid. Bumiputera dipanggil babiputra. Hak orang Melayu menerima biasiswa yang dilindungi oleh perlembagaan diasak dan didesak atas prinsip meritokrasi. Urusan pentadbiran Islam di sebuah negeri tertentu diganggu-gugat oleh sesetengah pihak bukan Islam. Tulisan Cina dan Tamil cuba dimasyarakatkan menerusi papan tanda jalan (walaupun gagal untuk dilaksanakan, percubaannya cukup simbolik untuk membuktikan niatnya!).

Pada waktu yang sama, undang-undang preventif seperti ISA diperjuangkan secara bermati-matian supaya dimansuhkan. Pihak yang mempertahankannya walaupun dengan beberapa cadangan untuk pindaan yang wajar, dituduh sebagai kuno dan anti hak asasi kemanusiaan sejagat. Pihak yang cuba menansuhkan ISA atas alasan yang cetek dan tanpa memahami rasional penting undang-undang ini pula disokong dan dilonjakkan sebagai wira.

Ke mana akhirnya Malaysia, orang Melayu, umat Islam dan bumiputra jika perkembangan mutakhir seperti ini terus berlarutan? Jika Lee Kuan Yew yang mempertikaikan seluruh hak Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1964, kita faham mengapa beliau bertindak sedemikian. Beliau memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia dan tergamak mengguris hati dan jiwa orang Melayu pada ketika itu atas desakan elemen-elemen komunis yang menganggotai PAP. Tetapi, apakah rasional terkini yang menyebabkan elemen-elemen Malaysian Malaysia kembali menggugat orang Melayu pada hari ini? Adakah ini bermakna bahawa sesetengah parti politik tertentu di negara ini sedang melalui renaissance anti-Melayu kerana kerajaan yang memberikan keterbukaan mulai 2004 kini dianggap lemah dan boleh diugut serta digugat secara berterusan?

Jika tidak begitu hakikatnya, mengapakah kini wujud kebimbangan di kalangan sesetengah pihak orang Melayu bahawa negara ini mungkin akan menghadapi satu lagi tragedi kaum tidak lama lagi? Saya persoalkan kemungkinan ini bukan untuk menghasut. Tetapi, apabila ada pihak sudah tergamak untuk menulis---biarpun secara bertopeng dan menerusi blog clandestine---bahawa bumiputra adalah babiputra, bila secara terang-terangan hak-hak bumiputra dan Melayu dipertikaikan pada setiap masa, tidak mungkinkah ada golongan bumiputra yang akan menerima provokasi ini menerusi manifestasi keganasan? Dan, jika Raja-Raja Melayu pun sudah mengulangi semula wasiat keramat yang menunjangi kemerdekaan tanah air ini pada 1957 supaya wasiat itu difahami dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, salahkan untuk sesiapa yang prihatin untuk mentafsir bahawa keadaan etnisiti di negara ini memang sedang menuju suatu musibah yang serius?

Inilah cabaran terbesar di Malaysia pada hari ini. Di samping masalah perut rakyat yang sentiasa digugat oleh konstrain ekonomi, di samping retorika pemerintah yang masih belum menyelesaikan soal perut dan sandang-pangan rakyat dengan sepenuhnya, di samping perasaan sesetengah orang Melayu yang kini sedang diancam keterbukaan songsang mulai 2004, inilah cabaran yang mesti diakui sebagai ancaman utama dalam tempoh terdekat ini.

Lantas, apakah objek rujukan untuk menangani perkembangan seperti ini? Apakah nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan di sini? Bagaimanakah kerajaan selaku securitizing authority kepada keselamatan negara akan bertindak dalam situasi seperti ini? Dan, apa pula pendekatan terbaik dan berkesan untuk menghapuskan fenomena ini? KEPADA ALLAH BESERAH!

33 comments:

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Dato Ron,...heheh,..apo nak dikato,..gue rasa En.Isa ade jawapan nye,..betapa gue merindui zaman pentadbiran Tun M,..wat else can I say,..heheh,..(,")

http://brobrotherhood.blogspot.com/

Izwan Razman said...

Salam,

Saya berharap artikel ini dapat disampaikan, dibaca dan difahamkan kepada seluruh masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

ernas akalili said...

Dimana silapnya Melayu?? Bukankah disebabkan oleh penyelewengan kuasa oleh beberapa kerat pemimpin Melayu yang mempergunakan nama Melayu telah mengakibatkan melayu itu terpalit semuanya. Sebenarnya bukan hanya kaum lain saja yang meluat dengan pembesar-pembesar melayu malah bangsa melayu juga amat benci dengan kerenah pemimpin2 melayu yang diberi kepercayaan dan amanah untuk memimpin negara sedang menghancurkan melayu dan negara.

Hawaii five -O said...

salam

nak buat mcmana , pemimpin2 politik Melayu yg ada hanya berani bercakap dan bersuara di blog2, hanya NO ACTION TALK ONLY dan OOOOHHHH I SEEE....

Jiwa Merdeka said...

Salam,

Orang Melayu umumnya sangat bergantung dan sangat setia kepada pemimpin,dan masih ramai yang suka mengampu pemimpin.

Persoalannya: apa wajar dibuat dan mampu dibuat oleh pemimpin yang berkuasa sekarang untuk membela dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah dan martabat orang Melayu?

Kalau pemimpin Melayu yang sedang berkuasa sekarang gagal melindungi hak dan kepentingan orang Melayu, memang orang Melayu akan "habis".

denaikecil said...

Salam untuk semua,

Pada pendapat saya orang melayu merasa tertekan dan menderita kerana kesalahan diri sendiri.

setelah kita dijajah lebih kurang 430 tahun oleh penjajah,kita sebenarnya masih lagi dijajah oleh penguasa dikalangan kita sendiri yang berdiri di atas nama melayu.

Melayu yang kononya membela melayu sebenarnya adalah lintah darat yang rakus menekan anak bangsa sendiri dengan faham kapitalis dan sekularisme,menghancurkan segala nilai budi dan kemanusiaan.membela kelompok sendiri.kalau melayu di luar kelompok dianggap musuh yang wajib di hapuskan atau di tekan dan di layan bagai musuh..

Lalu menderitalah melayu yang diluar kelompok tadi..apa nasib melayu kelantan? melayu setinggan,melayu terangganu?...kerana memilih pembangkang royalti minyak di tarik balik....melayu dalam kelompok menang ,diberi semula royalti minyak...atas dasar apa??

Melayu kehilangan tanah air,kehilangan nilai ekonomi,lemah dalam matematik dan sains,lemah jiwa dan hilang maruah diri..Siapa yang mencabut itu semua???..Tepuk dada tanya iman

NOTA: Tajuk artikel datuk kali ini seharusnya berbunyi"Kesabaran UMNO kian menipis"

straycat's strut said...

Dato', Who is actually defending the Malays? Even when other races were blatantly shouting obscenities and degrading words on Malays and their Sultans and their religion, it seems that no one came forward. Come on. Don't give us another Police Report! When Ketua Pemuda DAP (allegedly) attacked the Malays, where is Ketua Pemuda UMNO? Where is Ketua Pemuda PAS? Are we being too "berbudi bahasa?"

And it is sickening when some desperate Malays sold their souls in order to be accepted and by the non-malays. It seems it is the "in" thing right now for the Malays to "kutuk" their own race in order to appear intelligent, liberal, progressive, Melayu baru, whatever. These are the people who cheered along when others "mempersendakan" anything Malays. They are happy when others call them "my brothers" or "my sisters." I wonder what were in their minds when they demonstrated on 1st August. Mana ada "brothers and sisters?" When 500 people were thrown into lock-up, how many were Chinese? How many Indians? And still these Malays are still so gullible, tersengih-sengih, peluk-peluk when others call them "brothers / sisters." Kena tipu pun tak apa... selupa abang alik. Sheesh..

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Perlukah kita berfikir untuk pihak Istana? sedangkan kita sendiri gugup kemusykilan mendirijayakan sebuah masyarakat moderen yang mampu bersaing di pentas dunia si-muslim?

Apakah ada dua standard bagi ahli UMNO? Satu untuk orang raja-rajanya dan satu untuk suku-sukunya?

Keterbukaan dan free market dan kepincangan mekanisma ekonomi berdasarkan Dollar! Di mana semua ini dengan nasib ahli-ahlinya?

Mana melayunya? Apa sekiranya dicampak wasiat keramat itu akan kita tersumpah menjadi batu? Apa tuanku sendiri kebal sakit selsema?

Apakah nilai-nilai teras yang kita jaja, Bung?

(puisi nordin mgnetop hampir siap)

twocents said...

ada satu teori yang mungkin ini berpunca daripada negara selatan yang sedang mengalami kemerosotan ekonomi hingga kehilangan berbillion dollar

satelah cubaan membawa chin peng pulang sebagai pejuang bangsa gagal

lawatan LKY selama 8 hari

cacian terhadap DEB, hak bumiputra, Raja Raja dan lain2

konsep Malaysian Malaysia mungkin ingin dihidupkan semula

saji said...

Dato' Ron

Artikal ini saya anggap tak ubah seperti tindakan polis melapurkan kepada pihak media tidak lama dulu mengenai satu kemalangan bas ekspres di lebuhraya yang mengorbankan banyak nyawa tetapi tanpa segan silu mengatakan drebarnya mempunyai 28 saman polis!

ajijasin said...

salam alaikum...

kita org Melayu
MEMANG sudah tiba masanya
KITA KENA 'BRUTALLLL'...
KITA MEMANG KENA KURANG AJARRRRR!!!

YG TALI PERUT HIJAU!!!
TALI PERUT MATA LEBAM!!!
PUAAAAAAAAAAAAAAAHHHHH!!!
BUKAN MAIN LAGI!!!

APASAL YG MEREKA RASA MALU!!!
RASA KETERLALUAN TENTANG KATA2 YG TELAH TERUNGKAP DI PERAK TU!!!

MEREKA TU TAK DGR...
KATA2 YG KELUAR DARI MULUT KURANG AJARRRR...
KARPAL SINGH!!!
LIM KIT SIANG!!!
LIM GUAN ENG!!!
KULA!!!
GOBIND SINGH!!!
DAN LAIN LAIN TU!!!
MEREKA TAK DGR PUAK2 DAP KAPIR HARBI
NI SEMAKIN CELUPARRRRR
KURANG AJARRRR
TAK TAU HORMAT DEWAN!!!
TAK TAU NAK HORMAT ORG LAIN!!!

NIKOL AJIS YG AJARRRRRRRRRR
TUHAN PUN MENCARUTTTT!!!
BUAT KAWAN DGN SETAN PUN BOLEHHHH!!!

POOOOOOOOORRRRAAAAAAHHHHHHHHHHH!!!

APA PERLUNYE KITA BERCAKAP DGN
BAHASA YG ELOK MOLEK!!!
TAPI...
BANGSA KAPIR HARBI NI LAGI NAIK LEMAK!!!
MACAM LEMAK BABI!!!

LAGI KITA BRCAKAP DGN ELOK DAN MOLEK...
MACAM KITA NYANYIKAN PULAK PUAK KAPIR HARBI NI!!!

TERSENGEHHH SENGEHHHH AJE
PUAK KAPIR HARBI NI!!!!
MEMANG MACAM NYANYI LAGU JOGET LAGU DONGDANG SAYANG KAT DIA ORG NI!!!

PUAK KAPIR HARBI NI MEMANG TAK RETI BAHASA MELAYU YG BAIK BAIK DAN ELOK MOLEK!!!

BAHASA YG MACAM TU AJE YG MEREKA FAHAM!!!
KALAO DAH KURANG AJARRRRR!!!
KATA KATA YG BAIK BAIK DAH
TAK JALAN LAGI BUAT MUKA BABI TONYOKKKK NI!!!

KALAO DAH MENTEKEDARAH BABI ANJING!!!
HATI PERUT PUN MACAM BABI ANJING!!!

PUAK KELING PARIAH DAN CINA LOHONG
DALAM DAP KAPIR HARBI MEMANG
DAH TAK BOLEH LAYAN DGN BAHASA YG
BAIK BAIK LAGI!!!!

MEMANG KITA ORG MELAYU
BELASAH PUAK KAPIR HARBI NI DGN BAHASA YG KESAT DAN KURANG AJARRRRRRRRRR!!!
BARU MASUK DALAM KEPALA HOTAK DIA ORG!!!
TERNGIANG NGIANGGGGGGGGGG DLM TELINGA DIA ORG SAMPAI BILA BILA!!!

BIAR DIA ORG TAU KITA
ADA BAHASA YG KESAT LAGI BURUK UTK DIA ORG!!!
JANGAN DIA ORG CUBA NAK MENJOLOK JOLOK SEBARANGAN!!!

AGAMA AKU JANGAN NGKAO LUDAH!!!
MAUT PADAHNYA NANTI!!!
RAJA SULTAN AKU JANGAN NGKAO LANGKAH!!!
SANGGUP BERTIKAM BERLEMBING!!!
BERCERAI NYAWA NGKAO NANTI!!!

abunawas said...

Salam.
Kita terlalu kerap menuding orang lain dan kelihatn hampir tak pernah mencermin diri sendiri. Elok kita cuba lihat dan kaji kenapa kian ramai yang mengalih sokongan. Adalah mustahil jika UMNO itu itu suci dari Rasuah, Mendahulukan Rakyat, jelas kelihatan meletak Islam di tempat yang sewajarnya setelah lebih 50 tahun memerintah, perbezaan kekayaan yang terkumpul oleh wakil-wakil rakyat UMNO sejak tahun 80an sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat tidak , tiada penekanan ekonomi terhadap Melayu yang berbeda aliran politiknya (umpamanya Kelantan)yang ketara, perbandingan kemewahan hidup wakil rakyat PAS dan UMNO dapat diterima akal yang berpendidikan, (adalah mustahil....ulang) sokongan Melayu bertukar arah.

Adalah juga tidak mustahil kita mengandaikan bahawa terlalu ramai diluar sana yang telah membuat pendirian...harapkan pagar, pagar makan padi.

Setelah melihat, menilai dengan sekian lama tentang perihal pagar, maka sekonyong-konyong pagar berteriak untuk menjadi pagar sebenar kali ini....mungkin sudah terlambat.

Malang dan sungguh mendukacitakan. Mungkin UMNO dah jadi ibarat Islam. Pastinya Islam itu ok bagi semua Melayu, tetapi belum pasti orang Islam itu ok....rasuahnya, araknya, judinya, kaki perempuannya, jolinya semua tahu sama tahu. Yang mendapat cemuhan Islam. Kini yang tercemuh adalah UMNO, bukan yang merosakkannya.

Bila nak berhenti menuding orang dan benar-benar insaf dan bersungguh melihat diri dan balik keperjuangan asal? Mungkin selepas betul-betul tombang kalaulah apa yang berlaku 2008 tidak menjadi pengajaran.

abunawas said...

Mungkin kesabaran orang melayu kian menipis kepada mereka yang sukar untuk terus diberi kepercayaan. Lihat berikut:-

From Bakri Musa Blog --I wish that Khairy Jamaluddin and Khir Toyo, being young and the future leaders of UMNO, as well as others would address the gross injustices perpetrated on our citizens, the corruption that is infesting our society, and the poverty that blights far too many Malaysians, instead of being unnecessarily obsessed with 7-Eleven stores selling beer. In the same vein I do not see Khairy, Khir and others of their ilk being outraged at UMNO stalwarts serving on the boards of Carlsberg and the Genting casino company.

lagi

If the average citizen could see through the hollowness of such ‘pious’ gestures, rest assured that Almighty Allah would have minimal difficulty figuring out the hoax.

May be too many up there still living in denial state that too many people knows too much about their real selves and words just get around. Mungkin orang kampung tak tau, but anak-anak mreka di kota tau dan cerita so and so kaki fruit machine dan sebagainya. Its just getting tougher to tell lie nowadays. Too bad.

Change from within for God sake.

abunawas said...

Pak Lah won overwhelmingly in 2004. May be it is not wrong to say that it was mainly because of his clean and trustwothy image, anak tok alim and also a reflection of the people's especially the Malay's put trust on good people. His lack of good actions wiped out the hopes of too many people. Perhaps it will far to late to hope that people will put their trust back to where it was (UMNO/BN) without cleaning our own yard. There isn't a need to tell others are bad and should not be followed when we are clearly and really good. Telling others are bad will not clear us from the bad things we do and the bad things people see in us.

abunawas said...

Appended hereunder is something good from YBM Ku Li for us to digest and somewhat bears relevance to your topic.
Thank you for inviting me to speak at this event........ My topic is race and racial consciousness in Malaysian life, and especially in our politics.

Race in the political life of Malaysia

5) Our social and political life is racialised to a degree seen in few other countries in the world. There are historical reasons for this. Malaysia was, at its birth, a country deeply divided along communal lines. We negotiated and attained independence with a power-sharing arrangement between the leaders of the three major racial communities as represented by the Alliance coalition. The agreement and cooperation of these leaders ensured peace and stability while we modernised our economy. The skill and integrity of these leaders, and their clear authority among their own communities was key to the success of this model, which is sometimes described by political scientists as consociational democracy.

6) This arrangement lasted only twelve years. After the traumatic riots of May 1969, we underwent a period of rule under the National Operations Council before Parliament was restored. The New Economic Policy was drafted and put into action. A new coalition, the Barisan Nasional, was put together to ensure that every community had a place at the table. Once more, the idea was to resolve conflict within a consociational power-sharing arrangement. Each community was to have a place at the table. Conflicts were to be solved between the leaders of these communities, behind closed doors. This arrangement was useful and effective for its time, but we have to wake up to the fact that it no longer works.

It is important to understand why:

7) It was never meant to be a permanent solution. Our method of racial power-sharing is primarily a system for resolving conflict in a deeply divided society. It was designed as an interim work-around, an early stage on the way to “a more perfect union” and not as the desired end-state. Over the years, however, we have put up barricades around our system as if it were a fore-ordained and permanent ideal. In doing so, we have turned a half-way house into our destination, as if we must forever remain a racially divided and racially governed society.

8.) Instead, our ideal must be to become a free and united society in which individuals can express their ethnic and religious identities without being imprisoned in them. We must aim for a society in which public reasoning and not backroom dealing determines our collective decisions.

9) The power-sharing model that we started life with is an elite style of government justified by the virtue and competence of natural leaders of their communities. It needs special conditions. It does not work when political parties are led by the ignorant and the corrupt who have no standing in the communities they claim to represent.

10) It needs genuine agreement and cooperation between leaders who command support in their own communities and are universally respected. It will not work if the power-sharing coalition is overly dominated by one person and the others are there as token representatives. Our founding fathers negotiated, cooperated and shared responsibility as equals and as friends within a power-sharing framework. The communal interests they represented were articulated within the overarching vision of a united Malaysia. In the intervening years, as power came to be concentrated in the Executive, we preserved only the outward appearance of power-sharing. In reality we have had top-down rule and power has become increasingly unaccountable. Each of our political parties has also become more top-down, ruled by eternal incumbents who protect their position with elaborate restrictions on contests. Umno itself has become beholden to the Executive.(continued...)

abunawas said...

(.....cont'd) Frm YBM Ku Li
11) Our decades under highly-centralised government undermined our power-sharing formula, just as it undermined key institutions such as the judiciary, the police and the rule of law. Our major institutions have survived in appearance while their substance has eroded. Seen in this light, the election results of March 8, which saw the Barisan Nasional handed its worst defeat since 1969, was just the beginning of the collapse of a structure which has long been hollowed out.

The end of the old, but not quite the new

12) The racial power-sharing model now practiced by Barisan is broken. It takes more honesty than we are used to in public life to observe that this is not a temporary but a terminal crisis. An old order is ending. Our problem is that while this past winds down, smoothly or otherwise, the future is not yet here. We are caught in between. Despite our having become a more economically advanced society, with many opportunities for our citizens to express richly plural identities, our races have become increasingly polarised. Large numbers of our electorate still vote along ethnic and religious lines. Much of our political ground is still racially demarcated. Although we have made some progress towards truly multiracial politics, both the Government and the Opposition are largely mobilised along racial lines. It is not yet time to herald a new dawn. Instead, we are in a transition full of perils and possibilities.

13) You are this generation caught between. You are the generation of transition. You will play a key role in determining its outcome. However well a certain kind of politics of racial identity may have served to reduce conflict in the past, it has come to the end of its useful life. We need a new beginning to racial relations in Malaysia, and you must pioneer that beginning. We need to re-design race relations in Malaysia, and you must be the architects and builders of that design. (continued....)

abunawas said...

(cont'd....) frm YBM Ku Li
14) In coming to that new design I hope you take advantage of the perspective of distance that your overseas education has given you to not take as your starting point the tired answers that are passed on as conventional wisdom. You must reformulate the questions and come up with your own answers. When it is clear that one generation may have run out of steam, it is time to generate your own. Where do you begin? May I suggest some perspectives and principles. Whatever the answers we come up with, I think the following elements are important:

a) Begin with our common humanity. Respect our common humanity must override all lesser affiliations, including race. One of Islam’s most powerful contributions to human civilisation has been its insistence on the equality of all human beings. Islam tolerates no notions of racial superiority or inferiority. All human beings are equal before God. That same principle of equality is absolutely fundamental to democracy, and democracy is a foundational principle of our Constitution. Democracy is part of what makes us who we are as a nation. Even if we might still gravitate towards racial groupings, our allegiance to these groups must never overshadow our allegiance to the Constitution, and to the claims of equal dignity that it establishes firmly and permanently. Political parties based on race or religion must never be allowed to do or say anything contrary to justice and equality.

b) We must anchor ourselves in the Constitution and restore its primacy. This founding document of our country establishes definitively the equality of citizenship that is the bedrock of democracy. It gives us the framework of law and order within which we become a nation. It establishes the primacy of the rule of law, the sovereignty of Parliament, the independence of the judiciary and civil service and of our law enforcement agencies. These are the institutions which guarantee the freedom and sovereignty of the people.

c) We should acknowledge that while race is a category that unites people in common feeling, it can also divide, and divide disastrously. While it unites people who possess a set of social markers it often divides the same people from other communities. We should appreciate not just the fact that we are diverse but diverse in different ways. What I mean by this is that we are not diverse in the sense of being merely Malay, a Chinese, an Indian, a Kadazan, Iban and so forth. Each of us inhabits these particular identities in different ways. Each of us is not just a member of a race. There are other classifications which matter to us, such as location, class, social status, occupation, language, politics and others. 

We would be terribly impoverished as persons if our identity was given ahead of time and once and for all merely by our membership of a fixed racial category. I would be a very dull person if you could tell who I was simply by looking up my race. We would never have unity if that is primarily how we regard one another. If you reflect on yourselves, you might find that all kinds of identity matter to you: that you are a graduate of such and such a university, that you speak these languages, support this football team, enjoy certain food or music, love to travel, can write computer code, have read such and such books, and have so-and-so as friends. Just reflect on how you identify yourselves in your facebook profiles. Is race the only thing you regard as important about yourselves? Is it the most important thing?



To expect our politics to be given by our race is to make cardboard images of ourselves, it is to retard our growth as individuals and hence as a society. Similarly to see no more of others than their race is to turn them into stereotypes and maintain a view of the world bordering on racist. I want to urge you, as the makers of the new social landscape we need in Malaysia, to reject taking race to be a unique and fixed categorisation, to reject race as a central category of social and political life.(continued...)

abunawas said...

(cont'd....) frm YBM Ku Li


i) Race is a constructed category, in the sense that people shape what they count as a “race” according to time, place and purpose. There is no unique and rigid concept of it the way there is a rigid concept of buoyancy, double-entry book-keeping, equilateral triangles and photosynthesis. I would be offended if you tried to measure and determine my racial identity, and it would tell me that there was something deeply wrong with your worldview. I am not Malay in the sense in which water is H2O.

ii) Race is merely one among many identities we take up in life. We may not have much choice over how others categorise us, but we certainly have a choice about the relative importance to place on our own and therefore on the others’ racial identity. We have a choice in how much weight we put on it, and in how high in our scheme of values we put it. The contrast I want to draw is between the view that makes race out to be a unique and fundamental category, and a view that sees race as one out of many kinds of identification we could prioritise. If we see race as a watertight category, then you are either of race X or not, and everything else: your habits, thought-patterns, loyalties and politics must all follow from that. Then race becomes destiny. The politics of this kind of conception of race will always divide, and the ultimate solution to intra-racial problems it leads us to is, in the end, violence. It is easy to identify the practitioners of this kind of racial politics. They will rely on veiled threats of communal violence even as they take part in democratic politics. 

However, if we understand that racial identity is just one of many identities we have to balance, then it becomes our duty as thinking persons to set relative priorities on all these identifications. We need to ask ourselves whether we want to draw our moral values and perspective from our common humanity or from our racial identity. As educated, reasoning people, we cannot but find our common humanity the more fundamental value. We cannot but find rationally chosen universal values more important than inherited tribal affiliations.

iii) The ability to root ourselves in our common humanity first and foremost is the prerequisite for the development of a democratic society in which policies are decided by public reasoning rather than determined by violence and manipulation. This is because open public reasoning can only be carried out where there is equal respect for the dignity and rights of all citizens, and such respect must be firmly rooted in an understanding that despite sometimes clashing interests and identities, we are united by a more fundamental common identity: that of a shared humanity created by God. Our common humanity gives us moral obligations to one another, regardless of our lesser affiliations in a way that racial identity does not.
d) We need to arrive at new ways of mediating conflicting claims between the races, new ways of bringing people to the table, of including everyone in the decisionmaking process.(continued...)

abunawas said...

(....cont'd) frm YBM Ku Li
e) These new ways must be based on more open conceptions of who we are. Malaysia’s major races have lived together not just for decades but for centuries. Their cultures have interacted for millenia. In that time there has been mutual influence, admixture and cross-pollination at a depth and on a scale that our politics, popular culture and educational curriculum has largely pretended does not exist. 

In my own parliamentary constituency, jungle covered, far inland and one of the most remote in the peninsula (it used to be known as Ulu Kelantan and covered half the state, and when I started there I had to travel to it by boat), is a six hundred year old Chinese community, perhaps the oldest in the peninsula, living in peace with their Malay and Orang Asli neighbours. Why pretend that we do not owe so much to each other that we would not be ourselves without each other? At the level at which people actually live we are already inextricably linked to each other. 

It is time to embrace this real diversity in our political and personal lives. Our racial identities are not silos in a cornfield, forever separate, encased in steel, but trees in our rainforest: standing distinct but inexplicable without each other and constantly co-evolving.

16) While giving room to whoever wants to organise and advocate political interests according to our ethnic and religious affinities, we must now, very firmly, assert that such affinities must always recognise the priority and primacy of our common citizenship, our equal dignity, and above all, our common humanity before each other and before God. First we are human beings who are open to one another.

17) My young friends, I am not recommending anything novel. These are cardinal principle of our Constitution and the faiths we profess, most especially of Islam, and of reason itself. Let us have the sense of perspective to see our ethnic identities against these cornerstone principles of religion and ethics, and let us now educate our young, apprentice our youth, and conduct ourselves according to these principles. And then let us have a new beginning for Malaysia.

Tengku Razaleigh Hamzah

Sunday, 9 August 2009 – Prince Phillip Lecture Theatre, Melbourne University

Seminar Pembangunan Insan
Kelab Umno Melbourne

Unknown said...

Salam Dato'

Pemimpin Melayu hanya berani ambil tindakan terhadap orang melayu sahaja. Mereka sebenarnya pengecut bila berhadapan dengan bangsa lain. Pemimpin kita sudah lama tumbang.

Raja-Raja Melayu pun tak mampu memayungi bangsa dan agamanya. Hanya mampu bertitah itu dan ini di sebalik lindungan tembok istana. Tanpa tembok itu, mereka pun bakal tumbang.

Bak kata blogger straycat's strut, jadi siapa sebenarnya yang benar-benar melindungi kita bangsa Melayu...?

Pada saya, hari ini kalau nak pilih satu nama pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu serta beragama Islam, jawabnya TIADA.

PAS sudah jual agama, UMNO sudah jual bangsa, PKR sudah jual maruah. Melayu/Islam hanya tinggal seluar dalam saja Dato'...!!!

Unknown said...

Musuh sebenar orang melayu di Malaysia masakini ialah pemimpin2 melayu yang korup yang hanya hidup menggunakan isu perkauman dan kekebalan raja. UMNO ada peluang untuk menebus kembali semasa perhimpunan agung sebelum ini.....tapi tak buat.......BODOH MELAYU!!!!!

Fazri Bahrin said...

Lagi-lagi pasal bangsa... cuba le pandang dari segi agama islam. yang Islam ajar semua orang ada haknya..maka berilah hak kepada orang yang berhak. Apa nak pening-pening cakap pasal bangsa...cuba rujuk agama lagi jelas petunjuknya.

numero_uno said...

salam dato

ni semua propaganda nak raih simpati orang melayu..tang mana yg DAP hina ISLAM tu ekkk?.hampa penah dgr DAP dok ceramah bantai ISLAM ka?..kalau takat blog tu sapa2 pun boleh buat..ntah2 puak2 UMNO gak yg dok buat dejeiii...la ni baru dgr pertahan ISLAM kononnn bila dah kalah banyak..kekekke..saya pun UMNO jugak cuma sekadar ahli ja laa..dah masak sgt dgn perang saraf UMNO yg ketinggalan zaman ni..adiossss..

abunawas said...

Mungkin juga terlalu ramai orang yang tak layak berkata pasal agama, bangsa dan negara ni tak sedar atau menyangka semua orang tak tau perangai buruk mereka. Meraka masiah mempamirkan imej malaikat mereka pada umum termasuk le kaki friut machine dll.

Di luar sana, jauh lebih ramai orang-orang yang layak mengambil tempat-tempat pelakon-pelakon itu.
For God sake, peneraju UMNO rata-rata perlu berubah atau diubah. Mereka-mereka yang buruk imej perlu sedar dan berundur. X payah orang nak buang, sendiri tau perangai buruk masing-masing. Beri laluan pada yang bersih, nama-nama mereka pun tidak jadi bertambah buruk, bertaubat dan mudah-mudahan Allah terima. UMNO pun selamat dan rakyat pun selamat. Cukuplah mereka-mereka ni merosakkan UMNO.

abunawas said...

Sejarah perjuangan manusia telah mengajar kita bahawa musuh yang paling bahaya adalah mereka yang berada di kalangan kita sendiri yang berpura-pura baik dan bersama memperjuangkan kepentingan kita.

Dari zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w hinggalah di zaman baginda, orang-orang unafiq (berpura-pura) seperti terutama yang dikisahkan dalam peperangan-perangan termasuk Uhud, Khondaq dan Badar cukup jelas memberi peringantan pada kita.

Sebenarnya, ramai rakyat yang mengetahui sifat dan perangai sebenar mereka-mereka yang bertoping dengan wajah yang amat baik dan berteriak ke-sana ke-mari terutama dikawasan kepentingannya (kawasan ADUNnya atau Parlimennya) mahupun di mana sahaja termasuk di blog atau media lain menyeru segala yang baik dan mengkeji apa jua yang tak baik (termasuk bende-bende yang ramai orang tahu dia sendiri lakukan seolah-olah dia adalah insan yang paling baik) hingga ada yang sanggup pakai toping sebagai orang yang sangat takutkan Allah (ramai orang ingat tentang wakil yang menyebut nama tuhan dan akhirat dan akhirnya didapati bersalah dengan politik wang...dan lepas tu boleh buat muka selamba lagi).

Mungkin mereka lupa Allah amat mengetahui dan dengan kebesaranNya jua ia membuat beberapa atau ramai orang mengetahu perangai dan sifat buruk mereka. Mereka juga lupa dalam satu firman..." Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak buat. Besar kemurkaan Allah ke atas orang-orang yang bercakap apa yang dia tak buat".

Adalah juga menjadi tanggung-jawab orang yang mengetahui untuk memberitahu kepada orang lain akan perihal orang yang berpura-pura baik ini supaya mereka tidak dapat terus memperdayakan orang lain. Dan mereka-mereka yang berpura-pura baik ini juga ada yang telah bertaubat dan mereka-mereka ini lebih mengetahu taulan-taulan lama yang sekapal dengan mereka yang sama-sama berpura-pura baik bersamanya dulu. Maka amat wajib sekali dia (yang dah bertaubat atau sedar ini) menegur sipura-pura itu serta memperingati orang lain akan perihal meraka sama-ada judinya, araknya, kaki perempuannya, rasuahnya, fruit machinenya dll.

InsyaAllah kalau segala perangai buruk dapat dihapuskan dikalangan yang memimpin atau yang berperangai buruk disisihkan dari meminpin, agama bangsa dan negara serta seluruh rakyat akan selamat.

NASSURY IBRAHIM said...

Bukan menipis tetapi tak mahu peduli lagi. kalau pedulipun tak jadi apa jugak. silap-silap kena tangkap masuk ISA. kata penderhaka la, menentang kerajaan la. yang buncit peru, YB. yang kempis perut, rakyat.

sesejuk mata memandang said...

Salam Dato,

Perpecahan Melayu adalah kerana Melayu.
Pemimpin tidak peduli isi hati Melayu
Dulu menegur TAB atas kesilapan dasar yang mengurangkan hak Melayu.
Kini bila di ubah slogan 1 Malaysia semua kata OK aku setuju sedang mereka lupa telah menjual sebahagian dasar Melayu atas nama kesepakatan Barisan Nasional sedangkan bukan melayu secara terang-terang mempertikaikan hak pribumi Melayu. Sepatut nya slogan harus berbunyi Malaysia Satu kerana ini akan mengingatkan bukan melayu terhadap hak Melayu. Kita tidak perlu takut lagi dengan bukan Melayu , kita tidak perlu takut lagi menyuarakan isi hati kita yang terlalu dihiris dengan isu sensitif hak Melayu. Kenapa harus berlembut lagi dengan bukan Melayu jika kita menghayati wasiat raja-raja Melayu yang ditnggalkan untuk kita.

Kenapa kita mengatakan hanya Anwar sahaja pengkhianat bangsa sedang masih ramai pemimpin UMNO turut menjadi pengkhianat bangsa sebab takukan hilang undi bukan melayu kita berikan apa sahaja yang diminta atas dasar 1 Malaysia sedangkan ini lah masanya UMNO belajar menjauhi kompenan parti berbangsa Cina dan India yang terang-terang bertalam dua muka. Jangan ditanya mereka kerana orang politik akan menafikankan nya.

Ingatlah wahai pemimpin Melayu , jika kita gagal bersatu mempertahan hak Melayu mengikut prisip wasiat raja-raja maka akan hilang lah kuasa Melayu dan anak cucu akan merempat dibumi Melayu seperti terjadi dalam sebuah negara jiran di selatan Malaysia.

Sedar lah pemimpin Melayu, bangkit lah pemimpin Melayu dan renungi lah apa yang KITA mahu.

Unknown said...

Dimanakah hak Melayu di Tanah Melayu sendiri untuk memilih agama mereka sendiri?

Mengapakah bangsa Melayu patut beragama islam sedangkan agama islam bukannya berasal dari Tanah Melayu tetapi dibawa oleh pedagang-pedagang dari Arab.

Adakah ianya bermanfaat untuk mengamalkan cara hidup orang Arab and mengabaikan ciri-ciri keistimewaan orang Melayu demi nama Islam?

Mengapakah orang Melayu tidak diberikan hak untuk mempertikaikan kewujudan Allah S.A.W?

Adakah ianya haram?

Renungilah wahai bangsa-bangsa Melayu yang semakin hari semakin diarabkan.
Pupuslah wahai bangsa Melayu kerana islam..........

Mohd Amini said...

Salam Perkenalan Dato.Nampak gaya orang-orang Melayu mutakhir ini mahukan pembaharuan drastik. Kini bermacam-macam isu nasional cuba dibagkitkan untuk mengugat keamanan dan kestabilan politik negara.Tunggu dan lihatlah apa yang terjadi ,kesudahan kesan tindakan dilakukan oleh golongan ekstrimis ini. Lepas negara kacau bilau di mana tempat mereka beteduh jangan sampai jadi pelarian di negara sendiri.

tok iskandar said...

kesabaran tok kat bloger kuda kepang ni pun kian menipis pasal belajar je pandai tapi masih jadi pengampu UMNO.
otak kau kat lutut ke?

Anonymous said...

dato,
penyelesaian yang hakiki ada pada Islam .tetapi Islam harus difahami dari sumbernya yang asal bukan Islam versi penjajah atau versi common law.Jika tidak maka kita akan menemui jalan buntu.Kekadang melayu terasa sudah Islam kerana bakanya islam.atau pernah bersekolah agama di waktu sekolah rendah dan mengharapkan bekalan itu dibawa ke dewasa dan mendabik dada tahu islam.mencedok beberapa isi dari buku dan artikel kemudian merasa pandai walhal ilmu perlu dipelajari dari sumber hakiki.Bila datang sesuatu yang tiada di dalam pengetahuannya maka ditolak mentah-mentah walhal ada di dalam kitab suci.Maka jadilah melayu yang di dalam masa yang sama menentang sebarang bentuk penjajahan baik cara baru atau lama dan dalam masa yang sama tak mahu kepada agama dalam erti hanya mahu ibadat sahaja.
Jika begini dato,merintihlah melayu sampai air mata darah sekalipun Fayahabbaza.

abunawas said...

Salam Datuk,
Agak menghairankan dikala PRK ni blog u sepi.
Anyway, tumpang meluah rasa kekecewaan yang amat atas calon BN. Terlalu banyak ruang untuk dipertikai. Ku Li was very very honest in his view and we should look at it positively no matter how much we dont like the view and wish those have not been aired to the public. But thats the reality of today's world.....with internet, its hard to "black out" the public. See these..."I don’t know En. Rohaizat. He may be a fine upstanding citizen. However, his public record of dishonesty would long ago have disqualified him from being a candidate for public office in any normal political party.

Is Umno so short of people that we have to find a lawyer disbarred for financial dishonesty to stand? Has financial misconduct become so common among us that we no longer see it as a factor in a candidate’s suitability? The party leaders who select and screen candidates must have known of this impediment but considered financial misconduct a trivial matter.

Honesty is a minimal condition for public office. Whatever the other virtues of the candidate, he should not be considered if he fails this test. The candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader, and democratic government breaks down without public confidence. We are also saying this candidate represents us. I’m sad to have to say such obvious things.

By fielding a disbarred lawyer, today’s Umno is projecting the image that it lives by a different moral code from the rest of Malaysia. One set of rules for Umno, and another for everyone else. Either that, or this is the best we can do."(YBM Ku Li)

The other sad thing is that, if we love the party, we know ourselves better than others. Therefore, if you think that your credibility would hurt the party if you stand as candidate, its best that you disqualify yourself in the first place. We surely have alternatives....ni yang jadi orang nampak calon kita ni dok gila pangkat, kuasa dan duit.

Just too bad.

faroki said...

salam..
kata orang tertua,teori RahmaN sudah penghujungnya..

UMNO itu benar- amanu-beriman tapi pemimpin sudah lari tajuk perjuangan..

Sejarah Indonesia dan Malaysia tidak boleh dipisahkan, Indonesia benderanya Merah dan Putih, manakala bendera UMNO Merah,Putih ,warna Kuning ,keris warna hijau, apa maknanya?? Kuning kan warna Raja,hijaukan melambangkan Islam,..

Dulu di Indonesia ,(Tanah jawa) ada 9 Wali menyebarkan/menjalankan tugas dakwah islam, menyamar jadi orang biasa...

Hilang di Tanah Jawa,muncul 9 Sultan/Wali di Tanah Melayu. Cuma tugas Sultan tidak seperti dulu.

Apabila Sultan mencemar Duli menyampaikan Khutbah di Mesjid2 selaku ketua ugama, barangkali perpaduan umat melayu boleh disatukan...

Dato Najib dengan angka 11 nya

Seperti Tun Abdullah dalam sajak Damai Abadi, mencari WALI dan membongkar rahsia kitab suci..

Tun Mahathir pula dengan slogan pandang ke "TIMUR"(Masyrik)

Jadi apa kaitan WALI dan Masyrik menurut kitab Suci-Al_Quran??

Siapakah yg memberi Ilham pada pemimpin kita ini? Dan boleh membongkar rahsia ini..,

Barangkali ada mengatakan ini suatu kebetulan..:)

wasalam.