Friday, August 28, 2009

DILEMA POLITIK DAN PERUT RAKYAT

Ruhanie Ahmad

Insan manusia sering diandaikan sebagai individu atau kelompok yang sentiasa dikuasai oleh pelbagai prasangka dan naluri negatif terhadap satu sama lain. Walaupun kini kita berada dalam era dunia pasca moden, negitiviti ini tetap wujud dan tiada penghujungnya. Situasi ini mewujudkan dilema kepada pihak-pihak prihatin. Dalam konteks dilema politik Malaysia mutakhir, pihak-pihak ini adalah UMNO, BN dan pemerintah.

UMNO dicengkam dilema kerana kredibilitinya yang tercemar sejak kepimpinan pra-Najib. UMNO mutakhir memang berusaha keras untuk memperbetulkan dirinya. Tetapi, kerana kebokrokan era pra-Najib---dari segi imej, persepsi, karenah, personaliti, kepimpinan, dan daya juang---masih gagal ditemui punca-puncanya secara menyeluruh, maka apa jua yang dilaksanakan oleh kepimpinan Najib nampaknya masih diterima secara sinis oleh segolongan warga dan simpatisan UMNO.

Sebagai tulakbelakang BN, UMNO juga dibebani masalah parti-parti komponennya. MCA bercelaru. MIC haru-biru. Gerakan seolah-olah jadi keris makan tuan. PPP asyik dengan episod rebutan kuasa. Lain-lainnya walaupun kurang berdetik, ini tidak bermakna mereka tidak bermasalah.

Kelemahan BN ini pula mencetuskan dilema kepada pemerintah. Ini kerana bila BN lemah akibat UMNO yang luntur kredibalitinya dan akibat permuafakatan antara komponen BN yang agak rapoh, maka timbullah kelompok oportunis, penangguk di air keruh, pelukut di tepi gantang, pemeras-ugut dan segala-galanya yang akan memberikan tekanan demi tekanan kepada pemerintah untuk mendapatkan apa jua yang sukar diperolehinya sewaktu UMNO kuat dan BN kukuh.

Dilema siasah di atas memerlukan penyelesaian segera dan efektif. UMNO, BN dan pemerintah wajar menggunakan konsep dan pendekatan keselamatan politik dan keselamatan rejim untuk menyelesaikannya.

UMNO perlu mengadakan analisis tiga aras---di aras terbawah, kajilah kekuatan dan kelemahan UMNO akar umbi dan bahagian; di aras tengah, kajilah UMNO peringkat negeri; di aras tertinggi, kajilah UMNO di peringkat kepimpinan pusat. Aktor-aktor politik di seluruh aras terbabit perlu di analisis dengan ikhlas, tegas dan berani---kayu mati mesti disingkir, duri dalam daging mesti dihapus, gunting dalam lipatan mesti dimusnah. Segala masalah di kesemua aras ini mesti diterima dengan dada terbuka---jangan disorok bawah permaidani, jangan diatasi dengan sindrom penafian, jangan diselesaikan menerusi tindakan selektif.

Begitu juga dengan BN. Ia perlu melakukan analisis SWOT menerusi kaedah analisis tiga aras. Pertama, di aras bawah sekali, bedah dan siasatlah semua parti komponen BN di semua peringkat. Di aras pertengahan, kaji dan bedahlah BN di peringkat pusat. Di arah paling tingi, bedah dan siasatlah BN sebagai pemerintah negara. Seluruh aktor politik BN di semua aras ini mesti dianalisis---jika perlu diberi amaran, berikanlah sekeras-keras dan setegas-tegasnya. Jika ada yang perlu dipecat, pecat mereka dengan segera. Permuafakatan mestikan dijadikan matlamat utama. Becakap biar senada. Bergerak biar sederap dan sama langkahnya.

Akhir sekali, pemerinah juga mesti melakukan analisis tiga aras. Di aras terbawah, kaji dan siasatlah masalah serta prestasi agensi-agensinya. Di aras pertengahan, kaji dan siasatlah prestasi semua kementerian. Di aras tertinggi, kaji dan siasatlah prestasi kepimpinan tertinggi pemerintah, baik orang politik atau pun birokrat.

Dalam konteks ini, jika konsep re-inventing government menikitberatkan anti-rasuah, autoriti pencegah rasuah mestilah bebas daripada rasuah (walaupun dari segi persepsinya) sebelum ia boleh bertindak tegas dan jujur terhadap pihak lain yang disyakki terbabit denbgan rasuah.

Pada waktu yang sama, sewaktu melaksanakan tindakan anti-rasuah, jangan pilih golongan marhaen. Sebaliknya sasarkan kepada golongan dewa besar. Kalau hendak menguatkuasakan undang-undang, laksanakan dengan tegas, tetapi juga dengan hemah dan budibahasa.

Jangan ada double-standard dan jangan pilih kasih. Kalau sesuatu tender kerajaan itu adalah tender terbuka, jangan ada tender terbuka yang boleh jadi negotiated tender.

Pendek kata, jika 1Malaysia benar-benar mendahulukan rakyat, periuk nasi rakyat dan perut rakyat mestilah didahulukan. Ini kerana dalam situasi kemelesetan ekonomi mutakhir, majoriti rakyat memang amat menitikbeatkan soal-soal periok nasi dan perut!

Lebih penting lagi, jika sesuatu dasar itu adalah khusus dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, jangan sekali-kali dasar itu dikompromikan semata-mata kerana pihak birokrasi ditekan oleh pemerintah yang mahu menyelematkan keselamatan rejimnya demi kuasa yang dikuasainya buat sekian lamanya!

[JUTAAN MAAF. Agak lama saya tak terdaya untuk update blog ini kerana kesuntukan masa. Maklumlah assignments terlalu mendesak. Salam takzim - Ruhanie Ahmad]

38 comments:

lann-b said...

tindakan yang dilakukan oleh pemerintah persekutuan kebelakangan ini seperti orang yang tak siuman lagi! dimana letaknya jatidiri pemimpin?

Al-Yasar said...

Salam,

Kalau mahu perubahan segera agaknya perubahan dan pembetulan mesti berlaku terlebih dahulu di peringkat atas, di peringkat "kepala-kepala ikan"-- bukan di peringkat tengah atau bawah.

Apatah lagi masyarakat kita sedikit sebanyak masih bermentaliti feudal atau neo-feudal. Kebanyakannya masih suka membodek dan mengampu sebagai warisan budaya feudal.

Kalau orang atas masih tak betul, bagaimana orang tengah dan bawah hendak dibetulkan?

abunawas said...

Kalau nak, fikir cara mudah pun dah ok buat UMNO. Henti yang Allah tak suka serta rakyat terbanyak tak suka seperti rasuah, pilih bulu, pura-pura baik, tidak telus dsb. Orang percaya balik le pastu.

Ape nak delima lagi! PRU 12 dah tau dah rakyat mahu perubahan. Nasib baik masih ada yang setia dalam PRU 12 .... mereka tetap memangkah walaupun x happy dan mahukan perubahan.

Next, pemilihan parti UMNO ke MIC ke MCA ke semua nampak jelas bahawa ahli-ahli sendiri pun mahukan perubahan. Macam buat2 buat x paham n buat2 tercari2 pulak.

May b mereka sedar kot bahawa tukar yang di mahukan ahli bermakne mereka sendiri kantoi. So pura2 tercari2. Kita di luar sebagai ahli biasa yakin mereka faham dan kita juga yakin dia sama dia ni sama-sama tahu yang mereka sama2 kaki sapu. Jgn buat2 x sedar .... kesabaran ahli dan rakyat dah menipis ....

Apa lagi nak dikata kalau calon yang dipilih di PRK baru ni adalah calon yang rekodnya menyedihkan dan memalukan tapi kita beria2 menyatakan ok pulak ..... ni susah punya logik.

Jangan salahkan sesiapa jika akhirnya penyokong yang masih ada akhirnya meninggalkan UMNO. Dimasa ini andaikata Perak dan Terengganu bubar, besar kemungkinan BN akan tombang. N9 juga mungkin begitu. Salah rakyat ke?

Janganlah sampai akhirnya yang tinggal kebanyakkannya yang kotor serta disangsi rekodnya bersama-sama ahli yang ignorant.

For God sake, pemimpin must change first.

Setakat ini Allah panggil pulang ramai dari ADUN PR. Andaikata Allah takdirkan ada ADUN BN mati dan PRK dimenangi PR, it will be a big blow and a new momentum having far greater impact dan andaikata Allah teruskan tarik satu lagi ADUN BN dan PR menanng lagi, then may be totally beyond control. We can stop people from crossing or we can buy people to cross.... but how to stop malakul maut or how to buy malakulmaut.

Tok Kemuning said...

1. UMNO mempunyai 3 juta ahli katanya. tetapi kegagalan mencari yang terbaik dikalangan warga UMNO dan kebergantungan kepada pemimpin yang berkarat dan penuh lumpur dalam kepimpinan baru Premier Najib sukar untuk membawa negara kehadapan.

2. Rakyat masakini sudah mula menilai pemimpin dari segi kualiti dan kredibiliti samada kearah kayadiri atau pejuang sebenar kepada rakyat.

3. Melayu generasi kini sudah mula membuang sempadan bangsa apabila melihat warga malaysia yang lain dan lebih kepada senegara bangsa.

4. Dakwaan President MCA beliau tidak terlibat dengan rasuah Rm5juta+Rm1juta+Rm4juta adalah sukar untuk rakyat percayai kini.

5. UMNO, MCA dan MIC masih mahu memimpin negara berdasarkan kaum sedangkan persepsi rakyat masa kini sudah jauh berubah.

6. Kepimpinan negara masih tidak nampak bersih dan mahu berubah untuk rakyat.

7. Rakyat sudah berubah dan jauh kehadapan dari segi keadilan dan hak asasi sedangkan para pemimpin kita masih mindanya di takok lama.

8. Kesungguhan Premier Najib mengheret kearah kehendek rakyat pun masih kelihatan berat untuk dituruti.

pakbelalang said...

APA ERTI KEMERDEKAAN !

1. Kemerdekaan tidak ada makna kalau fikiran orang Melayu selama 50 tahun Merdeka semakin haprak dan HP6.

2.Melayu dah lupa.

3.Melayu dah bodoh sombong.

4. Melayu dah hilang pedoman.

5. Melayu dah terombang ambing dan telah jauh sesat jalan.

6.Fikiran orang Melayu seolah-olah dan jadi tongong tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk untuk bangsanya.

7.Melayu sudah lalai.

8.Apa akhirnya akan jadi kepada bangsa Melayu agaknya?

9. Melayu akan jadi satu bangsa yang MELOPONG DAN TERLOPONG !!

10. Melayu akan terus khayal melihat badot-badot politik memperbodohkan Melayu.

11. Ya, itulah hakikatnya sifat bangsa ku yang bernama MELAYU !!

12. Kesian Melayu !!

11. A DISUNITED,FAILED RACE !!!!

12. Sob! Sob!sob!

SSS said...

Y. Bhg. Dato,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Dato secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

Shade said...

UMNO kena banyakkan pemimpin macam Datuk Mustapha Mohammad yang bekerja bekerja dan bekerja...bukan macam yang lain2 termasuk PM dan TPM yang bersikap retorik, merapu, malas, tidak inovatif, suka berhibur, korup, cakap yang menyakitkan hati, berpura-pura, peluang2 untuk kroni sahaja dan tergamak menghina ulamak. PAS kata Mustapha orang baik cuma silapnya dia masuk UMNO tapi UMNO/BN hampir menang diManik Urai.

ChengHo said...

Dato Ron,

Rakyat hari ini tidak sama dgn rakyat semalam , sudah banyak perkara ini dibincangkan mengenai pendedahan informasi kpd rakyat
rakyat dapat menilai perestasi pemimpin ,politik dan kerajaan dgn lebih baik lagi dari rakyat semalam
Problem hari ini memerlukan anti dote dan ubat masa sekarang tidak bolih gunakan ubat semalam
Sebab itu sampai sekarang kita masih terkial kial dlm menghadapi H1N1
Problem yg besar perlu di kompartmentalkan dan diselesaikan satu demi satu
UMNO sebagai tunjang kerajaan masih punya masaalah struktur , asparasi dan cita rasa pimpinan diatas tidak sampai ke akarumbi
Masih terlalu ramai pemimpin UMNO yg masih berhayal dan tidak insaf dgn realiti baru hari ini yg mana rakyat punya pilihan
Masih ramai pemimpin UMNO samada dari cawangan , bahagian dan peringkat tertinggi masih belum seday dari tidur bahawa lanskap politik dan kehendak rakyat sudah berubah , mereka masih lagi hidup di igauan semalam
Dato Najib perlu gonchang mereka ini supaya bangun dari tidur . Dato Najib perlu memberi signal beliau adalh pemimpin yg berdisiplin dan no nonsense , amaran demi amaran tidak effektif lagi . Lihat sahaja apa yg berlaku di Permatang Pasir dari masaalah calun hingga ke organasasi kempen nya . Tindakan misti diambil secepat mungkin supaya ianya menjadi contoh kpd rakyat , menyapukan masaalah itu di bawah karpet akan menyebabkan UMNO bertambah tenat.

jabsp said...

saya pun dah lama tak jengok laman KK.dulu saya adalah penjengok tetap kk,tetapi selepas terserlah hala tuju politik sebenar kk yang begitu inginkan jawatan MT dalam umno,saya berpendapat adalah lebih baik dibaca UM atau BH dimana kedua akhbar ini tidak menyamar identiti politik seperti yang dilakukan olih kk

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

[JUTAAN MAAF. Agak lama saya tak terdaya untuk update blog ini kerana kesuntukan masa. Maklumlah assignments terlalu mendesak. Salam takzim - Ruhanie Ahmad]

Bung Ruhanie - salam al-mubarak!
apakah agak - urrrph
(alhamdulillah)
nak makan nanti lepas berbuka
lepas maghrib
selepas isya
selepas tarawih
sebelum subuh

andainya anda duta kita
temberang si warga kota djakarta
anda si laksamana bentan
cucu si songo dan siapa lagi tah

'Insan manusia sering
diandaikan sebagai individu atau
kelompok yang sentiasa
dikuasai oleh pelbagai prasangka
dan naluri negatif
terhadap satu sama lain'

apa hadiah kalau jadi?
consultant fee berapa?

ah pak duat kuda kepang
temeberng semarang
wojo wojo wojo dengan jowo
bebisik cucu si wali songo

ameenkan saja
selawat dan salam buat baginda
dengan alhamdulillah

(apa nak makannih)
imsak lima empat puluh tiga

sahaja aku berbuasa fardu ramadahan

zeme said...

Salam Datuk,

Salam Ramadhan dan selamat menyambut kemerdekaan kali-52.

Tika Merdeka Jalur Gemilang berkibar
Membakar semangat jiwa berkobar
Mengingati kisah korban bertebar
Menginsafi perjuangan tabah berdebar

Tika Merdeka laungan berkumandang
Jauh kehadapan kemajuan di pandang
Jauh menanti cabaran menghalang
Terusan digagahi matlamat gemilang

Tika Merdeka barisan berarak
Genggaman rapat mencetuskan gerak
Menapak langkah langkau bermarak
Mengapai perpaduan satukan jarak

Tika Merdeka meletuskan inspirasi
Memupuk lapisan jalingan serasi
Rakyat patriotik bersatu deklarasi
Malaysia harta sepanjang generasi

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!

Izarul Azman Ibrahim (31 Ogos 2009)

Wasalam.

pakbelalang said...

Kemerdekaan tidak ada erti lagi kerana pemimpin Melayu masa kini sudah bergelumang dengan amalan RASUAH.

Tiada maaf bagi mu !!

Pengkhianat bangsa !!

Harapan anak cucu kita telah hancur musnah akibat dari amalan rasuah yang berleluasa di lakukan oleh pemimpin Melayu.

UMNO yang di harapkan telah dinodai oleh pemimpin perasuah.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !!

Pemimpin UMNO dayus !!

Saya cabar Najib dan semua pemimpin UMNO supaya bebalik ke pangkal jalan. Pemimpin UMNO telah jauh sesat. Jika UMNO tidak dapat di pulihkan dengan segera maka akan hilanglah maruah Melayu selamanya.

Anak cucu kita akan jadi bangsa "pariah" dalam negeranya sendiri.

chegarMD said...

suatu yg lucu dan pada waktu yg sama trajis berlaku pada umno dan
penyukung2 nya. peristiharan oleh
spr tentang pengekalan adun kota
siputeh di sambut oleh mereka dgn perayaan besar. perseolan nya ialah
bila pula umno begitu takut berdep
an dgn pas dlm pilihanraya selama ini terutama prk.rasa nya igauan ngeri dapat di hindarkan buat sementara waktu, kerana perkara
akan dibawa sampai kemahkamah.

Cikgu Skema said...

Pendapat andab terlalu sinis kepada pembangkang. akuilah bahawa imej Najib lagi teruk daripada Pak Lah. Bukan Pak Lah yang rosakkan UMNO. Kenapa tak berani menyerang Mahathir? Perlu diakui bahawa dasar Mahathir untuk mengekalkan kuasa menyebabkan tokoh-tokoh UMNO yang berimej baik terpelanting keluar. Yang tinggal semua pemimpin korok. Tu sebab rakyat akhirnya hilang sabar....

addin said...

Umno BN akan mengikuti jejak LDP japun.

Ibnu Ahmad said...

Datuk Ron,

AsSalam orang BBB. Umno akan pulih sekiranya pemimpin2nya di kembalikan kepada asal-asal pemimpin. Siapa dia? Cikgu2 di peringkat kampung atau bekas2 guru yang berkredibiliti dan berpengaruh. Kalau masih kontractor atau orang bisness maka umno akan terus roboh dan punah. Dulu umno di hormati dan di segani walaupun pemimpinnya cikgu2 atau bekas cikgu yang bukan dari luar negeri lulusnya.

mad said...

bersedialah parti datuk berkubur tak lama lagi

Mat Jebon said...

Salam,
Pandangan Dato' bernas. Soalnya siapakah dikalangan pembesar-pembesar umnobn yg memiliki integriti utk membenteras penjenayah-penjenayah, perasuah-perasuah besar.

Cuba renungkan; Pertama; pemilihan akar umbi (cawangan) pemimpin yg terpilih menjadi perwakilan ke bahagian. Kedua; Pemilihan perwakilan bahagian ke perhimpunan agung. Ketiga; pemilihan Ahli Majlis tertinggi. Semua peringkat ini majoritinya terlibat dgn politik wang (rasuah/komisen). kalangan yg tidak mengamalkan politik wang tidak akan mendapat tempat. Dato' boleh nafikan tapi Dato' tahu realiti sebenarnya. Dan mereka yg terpilih ini adalah kalangan yg menjawat jawatan kanan dlm kerajaan.

Majoriti pembesar-pembesar ini dikaitan dgn jenayah dan rasuah.

Apa harapan Dato' utk melihat tindakkan yg patut di kenakan terhadap para penjenayah dan perasuah yg terdiri dari kalangan mereka sendiri.

Apa yg kami lihat ialah kalangan pembesar sedang mengaut duit rakyat dan saling menutup bangkai gajah dgn selimut. Dlm erti kata lain ` I scratch yr back and u scratch mine'.

Mimpi ngeri saya semakin menjadi kenyataan. Sayang sekali umno bakal hancur dgn sikap abu-abu lahap ini di dlm umno.

cmk said...

Salam,

Sejak PRU-12, disusuli dengan beberapa PRK, hinggalah ke saat ini, UMNO/BN hanyalah jadi bahan ketawa rakyat jelata.

UMNO seringkali menyalahkan orang Melayu, kononnya sudah lupa, lalai, leka dan tidak kenang budi. Hakikatnya, yang lupa, lalai, leka dan tak kenang budi adalah UMNO sendiri.

Dulu bila Pak Lah berucap dalam TV, saya selalu tukar siaran atau tutup TV. Hari ini, penyakit yang sama jika Najib atau Muhyidin buat ucapan. Semuanya ucapan sekadar 'pukul canang' saja. Lepas itu UMNO/BN wal hasil balik asal pi mai pi mai tang tu juga.

Wassalam & selamat berpuasa.

wira said...

YBhg Datuk Ron, sejak dari keputusan PRU12 yang lalu sudah 18 bulan kita melihat pemimpin kita masih didalam denial mode masih belum nampak perubahan dan masih berharap untuk mendapat kembali sokongan.

Telah jelas kini pengundi pengundi mempunyai niat mereka tersendiri dan saya khuatir sokongan yang diharapkan tidak akan kesampaian dan PRU 13 mungkin lebih menghampakan.

Dilema politik dan perut rakyat masih belum dapat kita yakini kerana rakyat sekarang lebih bijak memilih. Negara telah sampai ketahap yang boleh membezakan diantara persekitaran politik dan persekitaran ekonomi. Oleh itu ketua politik perlu orang orang bijak.

BlueGene said...

Assalam alaikum

Apa yang berlaku di Jepun tidak mustahil berlaku di Malaysia. Di Jepun parti Pembangkang menang ke atas parti Pemerintah LDP. Umno/BN mungkin akan menerima nasib sama, LDP.
.........

"Malaysia-Indonesia: Keserumpunan budaya" at http://bluechip-arena.blogspot.com/

Wassalam

Deacon1957 said...

A Short note on Anwar Ibrahim

Anwar’s biggest problem is that he is hooked on public attention. The real reason why he is really pissed off and wanted to take revenge against Umno is because Tun put him in prison..

He loved every minute of reformasi because he was at the centre of attention but away in prison, he was dying from public attention deficit and that really made his anger grow

Even his CIA handlers are starting to find this trait annoying you see he is not the only one they have lined up for Malaysia, he has a British counterpart that is working for the same agenda, to destabilise the most prosperous and forward looking Muslim state on the planet, Malaysia. In fact Sept 16 was self sabotaged by Anwar because he realized he could not be in full control due to strong resistance from within his coalition


Remember the Indonesian Karate man who was arrested in Malaysia for solicting prostitues?
His friend is sponsoring the Indon riots
Karate man was arrested here and the official line is that he was looking for girls, the real story is that he was looking for young boys, Anwar may want to deny this link but these two boy lovers are linked by fate, their insatiable love for men have made them kindred spirit. Anwar uses his Indonesian network to generate the current hatred for Malaysia, as part of his global assignment…
Anwar’s links in Indonesia goes to the same operatives in Indonesia where the CIA is known to be very active
Anwar is part of the machinery that have been feeding hate messages into Indonesian Media, every maid brutality case is meticulously and religiously forwarded to the Indonesians to be played up by the Media
If there is no good news then bad news is the only news, that is Anwar’s operating tactic in Malaysia, the same approach is being used by the CIA in Indonesia to damage Malaysia’s reputation and the bond between two well known and resolute Islamic countries,

the long term strategy is to discredit traditional Islam and plant one of two of America’s version of Islam in all Islamic states, the hate-propelled Islam of Ben Laden and hi Wahabbi movement and the Orientalist Islam, which is the same as the agnostic movement in the Christian Church where God is just a discussion point, a focal point for their logic driven moral compass

DEACON1957

Mika Angel-0 said...

Sdr Ruhanie Ahmad,

Suara Merdeka Metropolitan
(bisikan hati anak bentan)

batavia oh batavia
hormat kami untuk bung pram
fatihah bagi si anak pulau

Apa gunanya sweeping malaysia
sekiranya
hanya di djakarta di ci kecil
berbuluh runcing bak joran
memacing ikan di tengah metropolitan

indah sungguh kota djakarta!
kata nurdeen si-mengetop itu

indah lagi kota madinah
indah lagi kota mekkah

indah pak suharto kampongnya ci pinang
indah omar imam mesjid benting sungai pinang

apa gunanya sweeping malaysia sekiranya
sampah sarap sumpahan tekong haram
berenang-renang ketepian pantai
mengemis hidup di desa dan kota
bagai tikus meninggalkan kapal

indah sungguh kota djakarta
kata nurdeen si mengetop itu

indah lagi kota madinah
indah lagi kota mekkah

spa gunanya sweeping malaysia
sekiranya
udara bersih jernih langit melayu
tanah bertuah idaman berdagang mulia
serambi mekah terdampar sepi
dan si darvis pening pening lalat

orang seberang ini budaya mereka apa?
agama mereka apa?
niat mereka apa?

indah sungguh kota djakarta
kata si-duta temberang wali

indah lagi kota madinah
indah lagi kota mekkah

kata si wali

alhamdulillah
selawat dan salam muhammad nabi

HAJIMAN IBRAHIM said...

Salam,
UMNO tak perlu ahli terlalu ramai ahli. Cukuplah sekadar untuk memegang jawatan, jadi calon tapi yang penting dapat membawa UMNO menuju ke matlamat perjuangan nya. Dari ucapan, tingkahlaku,pendekkata segala gerak UMNO mestilah menuju ke matlamat perjuangan nya.Bukan untuk membela Cina dan India.

Kini UMNO dah nak terlungkup, semua nya kerana menyusukan kera dihutan. Kesalahan ini ialah kerana DSAAB.

Setuju dengan saranan Datuk. Pembersihan secara berani mesti dibuat. Pecat dan nyahkan semua golongan dalam UMNO yang menyumbang kepincangan.


Berani ke ?????

me said...

Sir,

All your suggestions will not change UMNO in the long term.

This is because you still subscribe to the old way of thinking:

1) Concentrate power on the leadership.

2) Hope the leadership does the right thing.

It is institutions, not individuals that are long-term solutions.

UMNO's previous leadership had such a devastating effect because they were to powerful within the party. And if the present one screws up as well, then the same will occur.

Until UMNO begins to focus more on the quality of their institutions and less on the individuals within them, they will never change.

And by institutions, I mean the devolution and spreading of power.

The great leader of the future will not be the one who wields his power uncontested, but one who is willing to give up those powers and spread responsibilities.

pakbelalang said...

I give UMNO a second chance and 3 years to revamp the party. Get rid of all those rascals and start all over again. I hope Najib can do it. But if he couldn't then UMNO will be down the drain soonest..

To find another credible party to champion the cause of Malays is now a big question. What do you think of PKR? What do you think of PAS? Can they carry the baton and continue the journey to make life better for the Malays. Or sama juga haprak and HP6 like the present UMNO set up. Corrupted !!

Seriously, it is really worrying what is going to happen to the Malays in the immediate future. Nothing is right. The Malay leaders are all "pariah leaders". What a pity !!

Maybe you have some concrete ideas how to solve the problem!!

The damage done by UMNO is so serious and I wonder whether the Malays will give them a second chance like me !!

What is your bet on Anwar to save the Malays? How about Nik Aziz?


If they don't, who do you think will salvage the Malays?

What is our obligation to make our race stands tall? Is there a better alternative for the Malays?

Can the Malays confident enough to stand on their own feet and move on without relying on the government "hand outs" and privileges?

I wonder !!

odeen said...

NAMPAKNYA...SUDAH BEGITU LAMA DATUK RON MEMBISU....APA SUDAH JADI?....ADAKAH DATUK SUDAH KEHABISAN IDEA UNTUK MEMPENGARUHI RAKYAT JELATA???.......

pakbelalang said...

Sex-in-a-car couple gets a stay on caning sentence


SHAH ALAM: The Syariah High Court here Thursday allowed a stay on the caning sentence that was imposed on an unmarried Muslim couple who tried to have sex in a car in May.

Syariah judge Mohammad Khalid Shaee @ Shaii, who allowed the couple’s lawyer Shahida Elias’ application to appeal the caning sentence, also advised the pair, Mohd Shahrin Abd Majid, 29, and Nadiah Najat Hussin, 24, to tie the knot quickly as in mitigation they had stated that they were engaged.

“It is easy to get married, won’t even take five minutes. If you are married, then there is no problem. After Aidilfitri, seek permission from Nadiah’s father for her hand in marriage,” he said.

comment:

Congratulations to judge Mohd Khalid Shaee! He is applying "wisdom" in allowing a stay on the caning sentence.

Hukuman berzina dan liwat adalah lebeh berat lagi dari hukuman meminum arak !! Besar dosanya!!

His advice to get the couple married is indeed very Islamic. It takes only five minutes and the problem is over.

Islam is a very beautiful and simple religion. It propogates a meaningful way of life.

It also takes only five minutes to be a Muslim by taking your shahada!!

The core of Islamic religion is to believe in the Oneness of God Allah and Mohammad is the messenger of Allah, period. The rest of the teaching is basically to be good, kind and truthful to people and follow the command of Allah as stipulated in the Quran.

So please don't make Islam so rigid and dogmatic to practise !!! I believe in moderation.

Remember Allah is Most Gracious, Most Merciful and Oft-Forgiving !!!

zeme said...

Salam Datuk,

Dinkesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri serta maaf zahir batin buat Datuk. Semoga berbahagia meraikan Aidilfitri bersama insan dan keluarga tersayang.

Wasalam.

Faizal Zakaria's Blog said...

Sindrom cantas-mencantas dan memperlekehkan suara generasi muda dan akar umbi masih menebal..


Kalau orang tua tak boleh hormat orang muda, macam mana orang muda nak hormat kat tua..


Kalau dah hilang rasa hormat, cakap apa pun dah tak guna..
Ini kata2 kawan2 saya..
















Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Klik Di Sini <<<

yopman said...

Salam sejahtera,

Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Justeru, saya memohon maaf di hari mulia kerana tersalah kata dan terkasar bahasa selama kita bertemu atau berkenalan di alam maya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Dzahir dan Batin.

- Yopman
sanasinigitugini.

shahbandarmalakat said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin...kemuncak kesyukuran ialh mengesakan Allah...hinga terasa tiada yang lain termasuk diri sendiri melainkan Allah...hanya Dia yang Maujud...

dan kajang said...

As'kum Datuk dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,

1. Saya amat bersetuju bahawa BN/Umno perlu berani dan bertindak tegas mulai sekarang jika ia mahu parti itu terus releven dan diterima rakyat. Memanglah bunyinya mudah tapi untuk melaksanakannya ia perlu suatu komitmen yang kuat dan berani.

2. Pemimpin No.1,2 hinggalah ahli akar umbi mestilah meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri.

3. Setiap parti komponen BN seharusnya membuat pendirian dan ketetapan untuk memperbetulkan pendekatan parti masing2 demi menyelamatkan masa depan BN sebagai parti pemerintah. Tapi malangnya, dalam setiap perhimpunan agung parti yang berlangsung setakat ini selepas PR12 tidak nampak mana2 parti pun yang berusaha secara bersungguh2 ke arah ini. Yang ternyata berlaku ialah masing2 cuba menjatuh di antara satu sama lain demi untuk mengejar jawatan dalam partinya. Slogan "Rakyat di dahulukan" hanya tinggal slogan Kerajaan sahaja. Ia tidak diterjemahkan dalam konteks parti komponan BN.

4. Saya percaya sehingga kini kepimpinan parti, samada dalam Umno atau parti2 lain dalam BN masih belum sedar lagi akan kelemahan mereka. Agaknya selepas BN kehilangan kuasa semasa PRU 13 nanti baru mereka nak sedar. Pada masa itu sudah tidak ada gunanya lagi untuk dikesalkan. Pada masa itu, pemimpin2 yang selama ini mengejar jawatan dalam parti akan dapati sudah tidak ada ahli lagi di belakangnya untuk dipimpin.

5. Oleh itu kita harap semua parti kompnan BN hendaklah mengambil tindak segera untuk membuat analisa tentang kekuatan dan kelemahan parti masing2 dan seterusnya bertindak secara jujur dan berani demi untuk menyelamatkan maruah dan kedudukan BN sebagai parti pemerintah. Jika ketuanya perlu ditukar, maka lakukannya tanpa takut.

6. Ahli2 parti hendaklah sayangkan parti dan bukannya ketua. Mereka hendaklah ingat bahawa Ketua boleh diganti, tapi jika parti hancur maka ahli akan tinggalkan parti dan rakyat tidak lagi akan menyokong parti.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah lebaran

Rantong said...

Telah banyak usahatelah dijalankan oleh kepimpinan Najib. Tapi biasalah melayu. Perkara kebaikan org yg telalu banyak, dek kerana 1 perkara kurang baik, semuanya akan dianggap kurang baik.
________________
View Profile: Rantong™

tok iskandar said...

apa relevannya umno sekarang?penuh dengan korupsi sampai tengku ahmad rithaudeen pernah cadangkan agar dububarkan pemuda,wanita dan puteri umno.
beliau sebagai veteran umno yang disegani dan juga pengerusi jawatankuasa tatatertib umno bukan setakat cakap kosong.
jika isa dicalonkan juga bukti umno tak serius memerangi rasuah.
sokongan padu ketua pemuda teluk kemang meyakinkan rakyat tentang kenyataan tengku ahmad rithaudeen satu ketika dulu.
eloklah kuda kepang keluar dari kapal yang hampir karam dan menyertai rakyat marhain di dalam pakatan rakyat

Kawanlama said...

Salam Datuk,

Masalah sebenar yang dihadapi masih berakar umbi di dalam UMNO Baru ini.

Menukarkan pemimpin (sepertimana yang dipromosikan oleh Tan Sri Mahyuddin dan Datuk Mukhriz) bukanlah cara sebenar menyelesaikan permasalahan yang telah berakar umbi dalam UMNO Baru selama ini.

Sekarang ini keadaan mungkin lebih teruk lagi kerana rakyat umumnya lebih keliru dan melihat yang semangat Mahathirisme, yang nampaknya telah dapat dikurangkan oleh Pak Lah, telah muncul semula untuk mencengkam dan memporakperndakan pemerintahan negara ini.

Justeru itu, resipi pemulihan yang amat mudah adalah:-

1. Nasihatkan Tun Mahathir supaya tutup mulut dan bersara dengan sejahtera, jangan buat kacau lagi;

2. Lakukan usaha-usaha berterusan untuk mengurang pengaruh Saudara Anwar.

Yakin dan percayalah bahawa dua faktor mudah ini kalau dapat dilakukan dengan berkesan, InsyaAllah akan dapat memastikan yang pihak kerajaan akan lebih fokus dalam membela rakyat dan sudah tentu akan mengembalikan kepercayaan rakyat jelata kepada pihak pemerintah.

Yang hanya rakyat nampak ketika ini adalah semua pihak yang bersama-sama lantang mengkritik pemerintahan Pak lah, termasuklah Datuk sendiri, mungkin telah mendapat imbuhan mereka masing-masing dan sedang senyap dan tidur lenang bersama dengan jawatan-jawatan yang penuh dengan glamour itu.

Sudah tidak nampak lagi pandangan-pandangan yang kritikal dan membina. Baik Fuadnya, Hanipah Amannnya, Mukhriznya, dan Safie Afdalnya. Bila diberikan jawatan Timb Menteri, ditolak dan dianggapnya tidak glamour dan mencabar kononnya, tetapi apabila pegang jawatan senior seperti Menteri Luar, tengoklah dibuatnya sekarang ini.....hubungan tegang dengan jiran kita pun makin kusut dan tidak boleh diselesaikan dengan bijaksana.

Tan Sri Mahyudin pun satu lagi, baru-baru ini menyamakan Tan Sri Syed Mokhltar Albukhary sama padan dengan Sahabat Nabi, A Rahman Auf R.A. Amat jauh sekali macam langit dengan bumi cuba-cubalah bua research sedikit sebelum buat kenyataan sebegitu.

Sebagai contoh, zaman Rasulullah nak bina masjid pun sahabat membayar harga pasaran tanah milik anak yatim bagi membina masjid Nabi. Tetapi sehingga kini orang Johor masih tertanya-tanya kepada persoalan bahawa berapa agaknya harga tanah tanaman sawit rakyat Johor seluas lebih kurang 38,000 ekar dijual dalam tahun 1998 semasa pemerintahan Tan Sri Mahyuddin MB Johor?

Wallahu'alam,

Mat Jebon said...

Salam Dato'

Jika sesiapa yg mimpikan Najib utk memerangi rasuah samalah seperti sipengadu dgn bapak lanun.. "Tuan sila ambil tindakan dgn tegas, anak buah kamu didapati mencuri emas-emas saya dan saya mempunyai empat org saksi yg sedang mengangguk-anggukkan kepala" Lantas keesokan harinya dimahkamah saksi-saksi tersebut berkata..pengadu tersebut telah berbohong yg arif. Hari lusanya - saksi-saksi tersebut menghilangkan diri. Khabarnya berada di luar negara bersama keluarga dan terus menetap disana..sana.