Thursday, August 06, 2009

Isytiharkan Selsema Babi masalah keselamatan negara

Ruhanie Ahmad

Kerajaan perlu mengisytiharkan pandemik Selsema Babi sebagai masalah keselamatan negara, seperti masalah terorisme, subversion, atau pun espionage.

Ini kerana pandemik ini sedang mengancam keselamatan rakyat Malaysia dengan jumlah kematian setakat ini seramai 12 orang dan jumlah jangkitannya meningkat kepada 1,476 orang akibat penularan domestik.

Pengisytiharan ini pasti akan memaksa perubahan mentaliti seluruh pegawai perkhidmatan kesihatan di negara ini daripada bertindak dengan mentaliti sambil lewa kepada mentaliti darurat dalam menangani pandemik ini.

Mutakhir ini banyak kritikan terhadap kakitangan perubatan awam dalam menangani pandemik Selsema Babi. Antara contohnya adalah seperti berikut:

Dua hari lalu, sepasang suami isteri membawa anaknya yang berumur satu setengah tahun ke Hospital Kajang kerana anak itu dikatakan in contact dengan seorang anak sahabatnya yang disyaki dijangkiti Selsema Babi.

Hospital Kajang merujukkan kes anak kecil itu ke Hospital Serdang. Pasangan itu dan anak kecilnya tiba di Hospital Serdang jam 9.00 pagi. Malangnya, sehingga jam 9.00 malam, iaitu 12 jam setelah mereka berada di hospital berkenaan, barulah mereka mendapat layanan.

Itu pun setelah ayah anak kecil itu naik berang kerana layanan yang diberikan di hospital itu tidak mengikut nombor giliran. Ada pelanggan yang lebih lewat sampai mendapat layanan yang segera, sementara yang sudah lama menunggu tidak dilayan langsung.

Pada waktu yang sama, pada ketika itu terdapat ramai pelanggan lain yang disyaki dijangkiti Selsema Babi datang untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital itu. Tetapi, pihak hospital tidak langsung melaksanakan langkah-langkah pencegahan awal seperti memberikan kepada mereka topeng penudung mulut, sedangkan alat itu dikatan bertimbun-timbun di atas meja salah seorang pegawai kesihatan di hospital tersebut.

Suami yang saya maksudkan dalam kisah ini adalah seorang pelajar program masters di sebuah universiti tempatan, sementara isterinya adalah seorang pendidik. Kisah mereka kisah benar. Kisah seperti inilah antara sebab penularan Selsema Babi secara domestik menjadi semkin membimbangkan.

Bayangkanlah kalau kakitangan perubatan di Hospital Serdang yang moden mempunyai sikap yang sedemikian rupa terhadap mereka yang disyaki dijangkiti Selsema Babi, bagaimana agaknya gelagat di hospital di luar Putrajaya atau di luar Kuala Lumpur?

Bayangkanlah jika anak kecil yang disyaki dijangkiti Selsema Babi hanya dilayan selepas 12 jam berada di Hospital Serdang, bagaimana agaknya layanan di hospital kecil di daerah-daerah?

Soal keselamatan masyarakat, keselamatan rakyat dan keselamatan insan akibat perebakan pandemik Selsema Babi ini janganlah sekali-kali dikompromikan dengan sikap sambil lewa seperti di atas.

Menteri Kesihatan mesti dipertanggungjawabkan dengan mentaliti sambil lewa seperti yang dihuraikan di atas. Jika beliau tidak mahu bertanggungjawab, elok beliau letakkan jawatan seberapa segera.

22 comments:

PARPUKARI said...

kawan-kawan semua mari baca artikel ini, best gila siot!

Piggy whack KJ

PARPUKARI said...

Dato Ron, saya setuju dengan Dato ni, sebenarnya masalah ini lebih serius dari yang disangka!

Mudskipper said...

YBhg Dato'

Sesaorang harus mengambil tanggunjawap ini. Yang jelas ialah Menteri Kesihatan kerana sikap sambil lewanya, Tahap seriusnya penyakit H1N1 adalah peringkat dharurat!

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... said...

Ye...Isytihar darurat sebelum terlambat...takkan nak tunggu jangkaan WHO jadi kenyataan...28000 kematian akan berlaku di Malaysia dalam masa 1-2 tahun pandemik selsema babi ni.

wénkt said...

Kt klia pun sama. Rileks semacam je
Boleh lalu tanpa risau

Last 2 week, uitm istihar cuti kul 5ptg, 2 minggu lepas sem baru, tanpa periksa, tanpa bas tambahan, semua dihalau balik

Last2 tanpa bas, merempat semua

Dalam flight pun sama, topeng berapa sen je, xde org pakai pun. Asalnya satu row je batuk, last2 satu flight.

AK5067 bki kul 04aug 1545 1830
Satu flight batuk sedut udara sama. 3 jam i risau!

enrike said...

Asalamualaikum Dato'


Satu lagi kesah benar menimpa saya sendiri,

Jam 8.30 malam tadi saya telah menghantar anak saya ke hospital Melaka kerana dia telah demam dan batuk2 selama 2 hari.

Sampai saja di wad kecemasan hospital Melaka saya dapati agak ramai orang yang berbaris untuk mendapatkan pemeriksaan H1N1 dan kebanyakan mereka batuk dan demam.

Saya telah meminta topeng muka dari kakitangan hospital untuk mengelakan saya dari terkena batuk2 mereka yang sakit.

Apa yang memeranjatkan dan menyedihkan mereka mengatakan topeng mulut hanya untuk orang sakit. Orang yang tidak sakit tak perlu topeng mulut.

adakah mereka harapkan saya mendapat sakit dahulu baru mereka memberikan topeng tersebut??

kalau begini caranya tentulah jumlah yang dijangkiti akan bertambah banyak....

sepatutnya orang yang menghantar pesakit dan belum sakit diwajibkan memakai topeng muka. Pihak hospital mesti memberikan topeng tersebut secara percuma supaya orang belum dijangkiti tidak akan dijangkiti...

mencegah lebih baik dari mengubat....

Pakngah said...

Sikap begini dah lama dah. Masa banjir dulu pun gitu, bekalan simpan sampai rosak.

Ingat kes doktor baca suratkabar dan buat kerja sendiri? Lepas tu belanja buat banner paparkan di semua hospital dan klinik.Lebih baik buang saje banner tu. Mungkin dia orang tunggu TV3 datang buat liputan kot.En Mazidul boleh tolong masukkan dalam 360?

Unknown said...

Masalah ..kalau lagu ni punya sikap penjawat jawatan awam...
Sepatutnya mereka diberikan kata dua atau diberi kusus tambahan kot..Pihak kementerian kena tegas dan jgn dok lena lagi..
Dah berat ni..!!!

NIESA said...

naper aktiviti yang berbentuk kumpulan seperti hiburan, sua rasa, sure heboh dll masih diteruskan padahal pada masa yang sama kerajaan meminta org ramai utk kurang berada ditempat awam. Majlis konvokasyen boleh dibatalkan kenapa tidak kepada aktiviti lain. bagaiman nak mengurangkan penularan wabak selsema babi ini.

ayer hangat

Teratak Cahaya said...

Apa yang boleh saya katakan adalah Kementerian Kesihatan bertindak sambil lewa, tidak mengikut arahan PM bahawa"Rakyat Didahulukan,Prestasi Diutamakan" .

Sungguh mengecewakan Kementerian tiada langsung Contingency Planning.

Siapa2 yang disyaki dan sudah dijangkiti hendaklah dikuarantin SATU HOSPITAL shaja. Ini cadangan drastik.

Sudahlah bekalan ubat anti-viral TAMIFLU dikatakan tidak mencukupi.

BANGKITLAH DARI TIDUR WAHAI BAPAK MENTERI SEMUA. JAWATAN KUASA KABINET PERLU BERTINDAK SEGERA.

Jika perlu hapuskan semua BABI di Malaysia ini.

kudakepang said...

Di bawah ini adalah komen daripada sahabat saya, Mika-angelo, yang terpaksa saya padamkan tiga perkataan khusus untuk mengelakkan komplikasi undang-undang. Jutaan maaf Brother. Semoga anda faham maksud saya. Terima kasih dan salam takzim. – Ruhanie Ahmad.

“biar mati dari gila! this is a wonderful country run by xxxxxx if that is what you are saying. bala biar datang dan matilah beramai-ramai melainkan kerluargaku dan sahabat-sahabat ku. aku lari dari semua ini saperti melihat singa. namun nordin top sungguh mengetop! ya Allah biarkan wabak ini menular di seluruh dunia saperti spanish flu. dan xxxxx orang pertama xxxxxx. small brains running this world.”

Fazri Bahrin said...

Datuk...

Berapa ramai menteri BN letak jawatan atas kelemahannya? Mereka ni hanya akan letak jawatan apabila:
1. Kalah dalam pemilihan parti.
2. Kalah dalam pilihanraya.
3. Perdana menteri yang suruh.

King-Fx said...

Alahai Dato'

Menteri Kesihatan hanya sibuk nak jaga hati si pemakan dan penternak Babi. Takut kecik hati sebab nama selsema pun tak nak sebut nama BABI. Seluruh dunia kembali gunakan SELSEMA BABI. Inilah akibatnya urusan dipegang oleh org yg bukan ahlinya. Kepentingan KOMERSIAL mengatasi kepentingan negara.

pakbelalang said...

Wasiat Raja Melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.


Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

comment:

Jangan main-main dengan wasiat Raja-Raja Melayu yang bertulis. Dalam Quran Allah ada berfirman dengan nyata dan jelas bahwa wasiat yang diturunkan dan disaksikan mestilah hendak dikota. Kalau tidak kita akan menanggong bala'nya !!

Betulkan statement ini kalau saya salah.

denaikecil said...

salam untuk semua,
1.sebagai seorang guru saya melihat kerisauan yang amat sangat di kalangan pelajar dan ibu bapa di sekolah saya tentang penularan h1n1.cikgu-cikgu pun pening sama kerana kehadiran pelajar ke sekolah agak merosot...jika asyik tutup sekolah aje bila sukatan pelajaran nak habis.
2.persediaan pelajar menghadapi peperiksaan pun agak terganggu
3.kepada semua pihak ,sama-sama lah kita buat sesuatu yang boleh menghalang penyakit ini...lupakanlah dulu soal politiking..

mail lambong said...

jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..

negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.

ChengHo said...

krisis ini sangat serious dato Ron
dato Najib kena ambil tindakan yg segera ,menteri kesehatan makin lama makin hilang kredibiliti untuk atasi krisis ini tambahan pula masaalah jerubu yg semakin teruk setiap hari
jangan biarkan pandemik ini mengancam keselamatan negara

ahaa said...

Staf perubatan dihospital tidak dibekalkan dengan test kit yg cukup / sesuai, Tamiflu hanya sekarang ini diedarkan secara meluas ke seluruh negara selepas H1N1 merebak tak dapat dikawal lagi, dan banyak lagi hal yang tidak diurus dengan baik oleh Kem.Kesihatan. Saya setuju Menteri Tiong Lay perlu letak jawatan, tak efisien langsung apa yang dibuatnya dalam menangani isu ini. Begitu juga dengan Ismail Merican.

Unknown said...

Babi oh babi...

Kaulah punca segala-galanya ini.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pihak kerajaan bertindak keatas wabak selesema bani ni. Memang ianya mengancam keselamatan negara kita dan akan membunuh ramai mangsa yang tidak berdosa.

Semuanya kerana nak jaga periuk nasi dan poket saja.. menteri kerajaan rasuah 1Malaysia namanya. Patutnya ditutup saja kandang babi.. tapi yang peliknya sekolah pulak ditutup !!

Memang babi adalah penyebabnya iaitu virus yang keluar dari burung dan masuk ke dalam babi.. maka terhasillah H1N1 yang akan membunuh manusia.

Memandangkan !Malaysia pengeksport babi utama terutama Melaka, maka ada pihak yang sanggup korbankan jiwa rakyat...

Hidup 1Malaysia... Pencapaian Di Utamakan, Babi didahulukan ...

Patutnya boleh diberikan topeng percuma dan beli saja mesin pengimbas yang canggih kat airport tu... tapi...

Tak larat nak tulis ni banyak sangat.. jom kita sokong buat demonstrasi H1N1 1Malaysia 1Babi !!

armani said...

Setuju. Masalah keselamatan adalah tingkat kedua dalam teori keperluan Maslow berbanding keperluan makanan dan tempat tinggal yang menjadi keperluan pertama. Namun soal ini kurang diberi penekanan pada masa kini berbanding keperluan kecapaian diri dan kebanggaan yang merupakan tingkat keempat dan kelima selapas keperluan kasih sayang dan kepunyaan. Bayangkan jika kita mengabaikan keperluan yang kurang penting berbanding yang lebih penting adakah kita bertindak mengikut kewajaran. Ayuh kita mulakan dahulu dengan menangguhkan dahulu keperluan kecapai diri dan kebanggaan ini dan mula mengutamakan keperluan keselamatan ini agar kita semua berpeluang memenuhi keperluan berikutnya.

Author said...

Salam Dato'...

Saya ni sangat setuju dengan pendapat Dato' dan juga kementer blog ini. Kerajaan sangat teruk dalam soal menjaga jiwa rakyatnya.

Slogan senang utk ditulis dan diucap... tapi akhirnya duit poket dan kerusi empuk juga didahulukan, jawatan diutamakan !!

Takpe... saya ni org UMNO dan cintakan bangsa dulu, kini dan selamanya.

Tapi melihatkan cara kerajaan BN menangani kes ini begitu mengecewakan... mungkin lepas ni kena berubah arah pulak. Tunggu sajalah PRU13 nanti... saya akan menjadi jentera kempen online utk pembangkang, walaupun tak suka pembangkang sekurang2nya boleh mengubah citarasa kepimpinan negara. Buat apa nak utamakan kerajaan yang tidak prihatin,rasuah dan membiarkan pendatang asing masuk tanpa izin dan mcm2 lagilah... memang TERUK dan sudah melepasi tahap boleh dimaafkan.

1Malaysia 1HN.

selipar buruk said...

kalau ada anak menteri 5, 6 orang kena baru la nak isytihar darurat