Saturday, January 28, 2012

Anwar dan Israel

Ruhanie Ahmad


Di bawah ini adalah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam The Wall Street Journal Asia baru-baru ini.

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (The Wall Street Journal Asia pada 26 Januari 2012).

Maksudnya, Anwar menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Seterusnya adalah kenyataan Kementerian Luar Malaysia mengenai hubungan dua hala dengan pelbagai negara di seluruh dunia.

Malaysia places equal importance to ties with the other Asian, African, Middle-Eastern, and Latin American countries and will continue to strengthen and enhance the already strong ties with the regions. Bilateral relations with other Asian, African, Middle-Eastern, and Latin American countries would continue to be pursued without neglecting our traditional economic partners in Europe and America. Japan, the European Union, the US, and Australia and the Republic of Korea, would remain Malaysia's major trading partners as well as the source of investment and technology.

The only exception is Israel. Like other countries, Malaysia is also concerned with continued tension and conflict in the Middle East, such as the Palestinian - Israel conflict, which remain unresolved. [In showing its concern, Malaysia would consider beginning relations with Israel only when a comprehensive peace agreement between Israel and the Palestinian people is successfully concluded.] (www.kln.gov.my).

Akhir sekali adalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai reaksi kepada kenyataan Anwar.

MUAR 28 Jan. – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ). Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu. "Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? “Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah hari ini (Utusan Malaysia on-line 28/01/2012 6:17pm).

Kesimpulannya, Anwar perlu jelaskan kenyataannya di atas seperti dituntut oleh Tan Sri Mahyuddin. Jika tidak, Anwar memang mencanggahi dasar luar Malaysia. Jika Anwar gagal membuat penjelasan, seluruh umat Islam Malaysia buatlah perhitungan yang paling bijaksana sebelum mendukung dan menyokong perjuangan Anwar mutakhir ini.

18 comments:

Anonymous said...

Nasrudin tolak pihak bersekutu dengan Israel

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.

Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).

"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.

Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin. - utusan online

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian, oleh kerana kesilapan teknilal saya telah memansuhkan dengan tak sengaja komen anda sebentar tadi. Tapi kini saya siarkan semula tanpa sebarang editing.

Jutaan maaf --- Ruhanie Ahmad

kudakepang said...

Anonymous

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM
Posted by Anonymous to kudakepang at 12:12 AM

kudakepang said...

Saudara Anonymous
Harap baca sendiri kenyataan di bawah ini. Mana ada Anwar sebut pasal Palestin.

ASIA WALL STREET JOURNAL ASIA
By SHIBANI MAHTANI
http://online.wsj.com/article/SB10001424052970203363504577184631682335306.html?mod=WSJ_World_LEFTSecondNews

KUALA LUMPUR—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he isn't worried about state prosecutors' move to appeal a court decision acquitting him of sodomy earlier this month, and said he remains confident it won't derail his campaign to lead a new government to power in elections expected later this year.....

.... In the interview, Mr. Anwar also clarified his position on homosexual rights and Malaysia's sodomy laws, and also the Muslim-majority nation's relationship with Israel.

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

In response to recent local reports that he supported gay marriage, Mr. Anwar said they were wrong and that he "believes in and supports the sanctity of marriage between men and women." The opposition leader is suing government-linked newspaper Utusan Malaysia for defamation, alleging that it implied he supports and wants to legalize homosexuality.
Still, Mr. Anwar said that Malaysia's sodomy laws are "archaic" and could be amended.

"It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation," he said.

Oleh sebab itu, akui sahajalah bahawa Anwar memang cakap macam tu. Kalau AWSJ silap, apa lagi, samanlah...

Salam takzim --- Ruhanie Ahmad
Posted by kudakepang to kudakepang at 1:10 AM

kudakepang said...

Di bawah ini komen Saudara Anon kedua. Saya terpaksa edit sedikit untuk elakkan implikasi undang-undang --- Ruhanie Ahmad.


Bro Ron di hormati. Persoalannya kenapakah orang Melayu masih tidak sedar2 lagi. Mike Billington persoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back”, ruang keraguan makin terbuka… Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan fitnah tapi bahaya pada rakyat negara ini terutama parti keramat orang Melayu UMNO. Terima Kasih
By Anonymous on Anwar dan Israel on 1/29/12
Posted by kudakepang to kudakepang at 1:27 AM Anonymous

kudakepang said...

Saudara Anon

Once a high-ranking member of the United Malays National Organization that has run Malaysia since independence from Britain in 1957, he was sacked from the party and lost his post as deputy prime minister after challenging former leader Mahathir Mohamad in the 1990s. He was subsequently charged for sodomizing his driver and his speechwriter, and spent six years in prison before his conviction was overturned.

Kenyataan yang di atas ini pun palsu. Mana Anwar dipecat sebab beliau “challenging former leader Mahathir Mohamad in the 1990s.”? Apa pasal nak kelirukan rakyat? Saya dan tiga Ahli Parlimen lain, seorang wartawan dan Datin Seri Wan Azizah Ismail, ada bersama Anwar di Kementerian Kewangan Jalan Duta Kuala Lumpur pada petang sewaktu beliau hendak ambil keputusan sama ada mengosongkan jawatan kabinet atau kena pecat.

Saya harap [with due respect to you] anda jangan cuba kelirukan fakta sebenarnya. Saya ada saksi empat orang, lima orang masuk Wan Azizah, kenapa Anwar dipecat. Bukan kerana dia mencabar kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posted by kudakepang to kudakepang at 1:19 AM

kudakepang said...

Bro Ron di hormati. Persoalannya kenapakah orang Melayu masih tidak sedar2 lagi. Mike Billington persoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back”, ruang keraguan makin terbuka… Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan fitnah tapi bahaya pada rakyat negara ini terutama parti keramat orang Melayu UMNO. Terima Kasih

By Anonymous on Anwar dan Israel on 1/29/12
Posted by kudakepang to kudakepang at 1:25 AM

kudakepang said...

Anonymous

Mengapa orang melayu PAS tidak sedar Anwar Ibrahim dan Sandra Oconor memainkan peranan penting dalam menggerakkan Foundation For The Future. Oconor adalah berbangsa Yahudi yang ditugaskan khusus oleh Amerika Syarikat untuk ‘memandu’ yayasan tersebut. Oconor juga terlibat secara langsung dengan Timur Tengah khususnya Iraq pasca perang dalam Iraq Study . Klik link :
http://en.wikipedia.org/wiki/Iraq_Study_Group

MESYUARAT DI GENEVA

Saya ke Geneva selama 12 jam mempengerusikan mesyuarat Exco Yayasan Masa Depan.

Kami meluluskan projek media bebas di Beirut, pusat gerakan rakyat di Maghrib, badan hak asasi di Yemen dan lain-lain. Projek terbaru ini menelan belanja hampir 10 juta ringgit.

Exco diberitahu keputusan saya mengundurkan diri sebagai Pengerusi Yayasan mulai Jun nanti. Kami kemudian mengadakan pertemuan dengan wakil menteri luar Switzerland, duta Liga Arab, Turki dan lain

ANWAR IBRAHIM
3 April 2008
Posted by Anonymous to kudakepang at 1:28 AM

kudakepang said...

x-classmate
Bro Ron, salam.

Apa hal sahabat you ni macam melalut aje? You bagitau dia, kalau dah salah cakap ngakui aje la. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak cakap badan binasa... Takkan dia tak faham peribahasa ni?????

Posted by x-classmate to kudakepang at 1:49 AM

kudakepang said...

Budin

Helo Pak Sheikh

Hang diam kan lebih baik. Aku tengah fikiaq apa aku nak buat dengan email pasai Hang yang aku dapat dari orang Cerok To' Kun... Aku dah baca dah... Tapi aku spare dulu... Kalau Hang tak sedaq diri lagi, mungkin aku siar je email tu... Atau aku antaq je kat mana-mana press, lepas tu Hang saman depa.... Heh nyanya!!!!!

Posted by Budin to kudakepang at 1:54 AM

kudakepang said...

Anonymous

Tanya Anwar kematian Osama adakah Konspirasi!! Sila jawab Anwar jangan hendak berlakon lagi. Semua orang tahu siapa anda sebenarnya.

Teori konspirasi mula tersebar sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan komando elit SEAL tentera lautnya telah membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Pakistan.
Malah sebilangan ahli keluarga mangsa serangan 11 September 2001 di sini pun berpendapat, kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama di White House menimbulkan pelbagai persoalan.

Tindakan AS mengebumikan jenazah Osama di Laut Arab dalam beg mayat yang dipasang pemberat serta keengganan pentadbiran AS setakat ini untuk menyiarkan gambar mayatnya menjadi sumber bagi ‘pakar’ teori konspirasi.

Menurut satu dakwaan yang hangat diperdebatkan, Osama sebenarnya ialah konco Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun lalu, dan kini menjadi tokoh khayalan yang digunakan untuk mewajarkan perang Amerika di Afghanistan. Dakwaan itu disokong oleh aktivis antiperang AS, Cindy Sheehan dan mereka yang sangsi sepertinya dari Indiana hinggalah ke Kabul.

Posted by Anonymous to kudakepang at 1:54 AM

kudakepang said...

Saudara Budin.

Kalau anda ada email panas mengenai Datuk Seri Anwar kirimkan saja pada mana blog pro-PKR biar dia orang insaf..


Salam takzim --- Ruhanie Ahmad
Posted by kudakepang to kudakepang at 2:01 AM

kudakepang said...

Anonymous

Harap tanya Anwar Ibrahim dokumen i ditanda sebagai “Rahsia” Case ID – 199-Eye WF 213 589. 199 adalah kod FBI untuk jenis kes. 9 mungkin bermaksud penjenayah. 65 mungkin bermaksud perisik. 199 bermakna keselamatan negara. WF menunjukkan agen khas pejabat luar Washington yang menyiasat ABL – disebabkan hubungannya dengan World Assembly of Muslim Youth, (WAMY) – sebuah organisasi pengganas yang disyaki. ABL adalah Abdullah Bin Laden, presiden dan bendahari WAMY.. (Apakah kaitan Anwar ibrahim dengan WAMY?)http://news.bbc.co.uk/2/hi/events/newsnight/1645527.stm

Posted by Anonymous to kudakepang at 2:02 AM

kudakepang said...

maulana kelantan

Salam,
Saya seorang ahli PAS. Lepas PRU13, saya dapat tau sekumpulan pemimpin PAS bertemu dengan Pak Lah. Bila dia orang balik, dia orang beritahu saya, tak lama lagi meletup cerita gempar pasal Anwar Ibrahim. Bila Anwar kecoh pasal konspirasi, baru saya ingat. Kalau Anwar kata dia mangsa konspirasi, konspirasi itu bukannya Najib punya kerja. Kerja orang lain.

Posted by maulana kelantan to kudakepang at 2:08 AM

kudakepang said...

Anonymous

Nasrudin tolak pihak bersekutu dengan Israel

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.

Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).

"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.

Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin. - utusan online

Posted by Anonymous to kudakepang at 2:43 AM
Anonymous has left a new comment on your post "Anwar dan Israel":

Che Det Junior said...

Nor Mohamed: Malaysia tidak akan muflis 2020


29 Januari 2012



BUTTERWORTH - Dakwaan pembangkang bahawa negara akan muflis menjelang tahun 2020 hanya mainan politik dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada rakyat memandangkan kadar perbelanjaan domestik negara menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Kalau rakyat khuatir dengan kerajaan mereka tidak akan berbelanja. Tetapi sebaliknya berlaku. Setiap tahun perbelanjaan domestik meningkat. Rakyat tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara sentiasa maju," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pelbagai pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 dan menggesa rakyat supaya menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan pendedahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata tidak timbul isu negara akan muflis kerana sejak Malaysia merdeka taraf hidup rakyat semakin meningkat.

"Sejak merdeka kita boleh lihat pendapatan rakyat meningkat dari tahun ke tahun, kalau dulu mereka hidup miskin sekarang pendapatan mereka berada pada tahap berpendapatan pertengahan.

"Pendapatan rakyat juga tinggal satu tahap lagi untuk mencapai taraf negara maju dan saya yakin kita akan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak AS$15,000 menjelang 2020. Jadi, tidak timbul isu negara akan muflis," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang dan akan menjalankan pelbagai strategi bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan ekonomi negara melalui program tranformasi negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-10, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.

Katanya, dakwaan pembangkang itu juga tidak berdasarkan fakta sebaliknya satu tuduhan terhadap BN. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/nor-mohamed-malaysia-tidak-akan-muflis-2020-1.20718

Anonymous said...

Datuk

Kenapa orang Melayu masih nak sokong si Nuar ni? Kisah China Dolls bersepah, kisah liwat bersepah, kisah semua kisah bersepah. La ni dia nak nafi kononnya AWSJ salah lapor. Saman lah!!! Apasal berani saman Utusan je? Samanlah AWSJ tentu dapat ratusan juta gantirugi!!!

raymond pj said...

Anwar had bullshit us all along. He us full of bullshit. I AM NOT GOING TO SUPPORT PKR ANYMORE. AND MY FAMILY TOO.