Wednesday, February 16, 2011

ROMBAKAN KABINET: TAN SRI SAMSUDDIN OSMAN MENTERI HAL EHWAL KAKITANGAN AWAM?

Ruhanie Ahmad

Utusan Malaysia on-line jam 8.40 malam tadi menyiarkan satu berita daripada Bernama dengan tajuk Spekulasi rombakan kabinet cetuskan kekalutan. Antaranya, disebut bahawa “spekulasi liar oleh para pemerhati politik mengenai rombakan Kabinet yang tersebar dalam Twitter dan blog mereka hari ini telah mencetuskan kekalutan di pihak media untuk mengesahkan kesahihan berita itu.”

Tidak ada sesiapa mampu untuk mengesahkan atau menafikan berita ini kerana sesungguhnya hak merombak Kabinet adalah hak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu, jika spekulasi ini benar, diharapkan YAB Perdana Menteri akan menimbangkan dua cadangan berikut yang disampaikan kepada saya menerusi peti komen blog ini dan menerusi pesanan teks telefon bimbit. Mesejnya adalah seperti berikut:

Satu: YAB Perdana Menteri perlu memberikan pertimbangan serius untuk melantik seorang warga kakitangan awam atau mantan kakitangan awam sebagai seorang menteri. Cadangan ini dikemukan oleh pengirimnya dengan alasan bahawa perlantikan ini akan menambahkan semangat dan dedikasi warga perkhidmatan awam dalam melaksanakan tugas masing-masing, terutama sekali dalam melaksanakan seluruh program transformasi nasional yang dipelopori oleh YAB Datuk Seri Najib. Cadangan ini juga, kata pengirim email berkenaan, akan membolehkan kerajaan mewujudkan satu kementerian yang khusus mengenai warga kakitangan awam yang jumlahnya adalah besar. Warga perkhidmatan awam yang sangat diharap-harapkan ke perlantikan jawatan ini adalah mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsuddin Osman.

Dua: YAB Perdana Menteri juga wajar menimbangkan secara serius untuk melantik seorang duta bertaraf menteri ke Indonesia. Cadangan ini dikirimkan menerusi sms. Kata pengirimnya, perlantikan seperti ini akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada Indonesia, sama seperti penghormatan kerajaan Malaysia kepada AS apabila melantik Datuk Seri Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Malaysia ke AS dengan taraf menteri.

Mudah-mudahan YAB Perdana Menteri menimbangkan kedua-dua hasrat di atas yang datangnya daripada rakyat jelata yang majoritinya sedang berikrar kepada diri masing-masing untuk sama-sama mengukuhkan kerajaan menerusi PRU13 kelak. Tetapi, itu pun jika benar bahawa beliau akan melakukan rombakan Kabinet dalam waktu terdekat ini!

7 comments:

airman_1 said...

cadangan ke2 amat saya setuju

putera bentan said...

Datuk, saya sangat setuju dengan kedua-dua cadangan ni….

Anonymous said...

salam datuk,,

cadangan pertama amat2lah dialu2kn kerana kkitangan awam perlukan pembelaan yang lebih berkesan dengan adanya menteri yang berportfolio.

The most top said...

When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.

He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.

Meaning no pain no gain.

It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.

Anonymous said...

Dua penamaan dlm tempoh 24 jam di UTHM. Sistem demokrasi kampus dikerandakan. Siswa kritik perjalanan p’raya kampus UTHM http://www.malaysiakini.com

Anonymous said...

Kalau benarlah banyak sangat menteri buat apa. Menghabiskan dana kerajaan. Malaysia mengalahkan kabinet Korea nampaknya.

Anonymous said...

SAYA CADANGKAN HISHAMUDIN DI TUKAR KE KEMENTERIAN LAIN KERANA PERWATAKAN DAN TINDAKAN BELIAU TIDAK SESUAI DI KDN.KDN PERLUKAN SEORANG MENTERI YANG TEGAS DAN BERANI