Friday, December 17, 2010

AL-FATEHAH BUAT DATUK SULAIMAN TAHA ADUN TENANG, JOHOR

Datuk Haji Sulaiman Taha, 59, ADUN Tenang merangkap Ketua UMNO Bahagian Labis, Johor, kembali ke rahmatullah di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pada jam 1.10 pagi, 17 Disember 2010. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Labis selepas Fardhu Jumaat.

Allahyarham Sulaiman yang juga mantan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak, di masukkan ke Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 24 November 2010 untuk menjalani rawatan penyakit kencing manis.

Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatehah kepada Allahyarham dan doakan semoga rohnya akan sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT… Al-Fatehah!

2 comments:

TO' BAH said...

Dato' Saya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham. Saya menjengah ke blog Dato' ini seperti selalunya dan membaca coretan hati Dato'. Rasanya lama juga tak dengar berita daripada Dato'. Di mana sekarang di KL atau di Parit Sulong? Sesekali ada juga saya lihat Dato' di TV. Salam dari kawan lama. A.F.Yassin

kudakepang said...

Saudara Fadzil,
Salam takzim.
Terima kasih kerana mengikuti KK. Saya di Kajang. Masih di program pasca siswazah di UKM Bangi. E-mail saya ada di blog dalam ruang my profile. Sila email dan nanti kita boleh jumpa sembang-sembang hal lama. --- RON