Ruhanie Ahmad
Siri satu hingga lima di bawah tajuk ini menerima 59 komen yang memanifestasikan sentimen politik semasa terhadap pemerintahan BN serta warga institusi negara, termasuk segelintir orang besar parti serta pegawai-pegawai menteri.
Komen-komen tersebut memberikan indikasi bahawa Kerajaan BN seolah-olah berada dalam situasi yang kurang mantap. Sama ada ini realiti atau ilusi, terserahlah kepada BN untuk mentafsirkannya.
Tetapi, jika sentimen rakyat yang diluahkan menerusi blog-blog Malaysia menjelang PRU12 boleh dijadikan asas perbandingan, maka adalah tidak bijaksana jika komen-komen mengenai Kerajaan BN di alam siber mutakhir ini tidak dianalisis secara ikhlas dan jujur oleh pihak BN serta diberikan solusi yang segera lagi efektif.
Dalam pada itu, terdapat juga komen-komen sensitif yang saya tidak siarkan untuk mengelakkan kontroversi dan mungkin tindakan undang-undang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, keselamatan rejim BN mutakhir ini diancam oleh masalah intra dan inter-party dalam BN, khususnya dalam UMNO, serta antara UMNO dan MCA.
Rejim BN juga diancam oleh persepsi negatif segolongan rakyat jelata terhadap segelintir warga institusi negara, termasuk pegawai-pegawai lantikan politik, khususnya dalam konteks salahguna kuasa.
Persepsi seperti ini menyebabkan majoriti warga institusi negara yang dedikasi dan bersungguh-sungguh menjunjung slogan 1Malaysia turut tercemar nama baik mereka.
Huraian di atas bermakna bahawa ancaman daripada pembangkang tidak merupakan isu besar jika BN ketika ini benar-benar pukal kemuafakatannya dan seluruh warga institusi negara pula amat insaf akan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan pemerintahan negara.
Oleh itu, Kerajaan BN serta Ibupejabat BN perlu mengatur strategi tegas dan berkesan untuk mencorakkan suasana yang lebih positif menjelang PRU13 kelak.
Bagaimanapun, strategi tersebut tidak seharusnya dalam bentuk konsesi atau akomodasi politik. Strategi berkenaan wajar difokuskan kepada niat memperbaiki organisasi BN dan mengentalkan semangat juang anggotanya di semua peringkat demi untuk menebus prestasi BN dalam PRU12 menerusi PRU13.

9 comments:
Pendaftar Pengundi Baru: BN Losing Ground
sila baca di: www.suararakyatselangor.blogspot.com
salam datuk;
Ini kali pertama saya melayari blog datuk.Satu ulasan yang menarik.
Saya melihat, keputusan PRU 12 adalah satu bentuk pengajaran rakyat terhadap kerajaan yang dilihat sangat ego dan sombong tetapi lemah di berbagai sudut.
Sepatutnya pemimpin BN ambillah ia untuk memperbaiki diri dan prestasi kerja untuk membantu rakyat dan negara. Malangnya saya melihat budaya mencari kekayaan melalui kedudukan politik masih berleluasa...mungkin bagi mereka ini peluang akhir sebelum parti BN menjadi pembangkang selapas PRU 13 nanti...
Pun begitu saya tidak begitu ghairah untuk mengambil Pakatan Rakyat sebagai altenatif...kelihatannya sama saja kerakusan mereka. ramai yang berkata, kes rasuah, salah guna kuasa oleh PR nampaknya melibatkan jumlah yang kecil dibanding kes2 orang BN...bagi saya, ye la...ketika peluang belum banyak, kuasa pun tak besar.. tetapi bagaimana agaknya ketika peluang terbuka luas setelah mereka mendapat kuasa yang maha besar nanti...
agaknya nasib kita ini diumpama seperti lari mulut harimau masuk ke mulut naga! Entahlah...
Orang Melayu yg berada di akar umbi memang sedang resah dan merasa bimbang akan nasib dan masa depan keturunan Melayu di dalam senario politik Malaysia sekarang.
Pemimpin2 PAS yg diketuai oleh Nik Aziz tidak mahu bekerjasama dgn UMNO kerana kepentingan politik DAP dan PKR. PAS ni tak sedar yg PAS akan diketepikan saja bila DAP dapat berkuasa memerintah Malaysia ala PAP di Singapura. Tengoklah apa yg berlaku di Penang. Kenapa exco2 PAS dan PKR Melayu tidak bersuara dan hanya diam membisu seribu bahasa bila kaum Melayu dihalang utk berniaga dan dihalau dpd pulau itu dgn berbagai2 cara dan dalih oleh DAP.
Dlm diam2, kaum Cina dlm MCA, Gerakan dan PKR sedang berkompromi dan berpakat utk mengambil alih Putrajaya. Perlembagaan Malaysia akan dipinda oleh DAP. Hak keistimewaan kaum Bumiputera akan dihapuskan utk melaksanakan Middle Malaysia. Institusi raja-raja Melayu akan dihapuskan. Suara azan tidak akan lagi berkumandang di Malaysia.
Kaum Melayu dan Bumiputra akan mengemis di tanah air sendiri. Padan muka kerana kaum Melayu bodoh sombong tak mahu dengar nasihat akar umbi spt ini.
Melayu mudah lupa ........
Isu intra dan inter-party dalam BN adalah sangat menarik. One Malaysia sediakan platform untuk lembutkan permainan bangsa dan agama. Namun, gagasan sebesar itu bukanlah senang untuk diterjemahkan dan dijiwai. Samalah rumitnya untuk teruskan konsep Islam Hadhari tempuh hari.
Tidak banyak kejayaan kecil-kecil di sebalik gagasan tersebut untuk dicanang kepada rakyat. Sukar untuk menjaja wawasan yang kurang titik-titik kejayaan sepanjang jalan.
Oleh yang demikian, isu perjuangan dan kepentingan bangsa/suku kaum akan terus dimainkan. Tidak ada celanya permainan itu. Masalahnya adalah dari sudut taktikal, iaitu kesungguhan pemimpin untuk menunjuk nilai adil, toleransi, tanpa dilihat lemah.
Kemampuan membina BN yang sihat dan aman, mungkin terganggu dengan amalan demokrasi dalam parti itu sendiri. Keghairahan mencari pengaruh, membina rangkaian, dan melemahkan lawan dalam parti bukanlah ingredient untuk mempertahankan keunggulan parti. Demokrasi tidak terpimpin dalam parti akhirnya meninggalkan sebuah organisasi yang luka dan berparut dengan pemimpin-pemimpin yang terlalu waspada dan berdendam.
Kita sangat-sangat berharap ada sekelompok pemimpin yang mampu merentasi segala macam kepelbagaian supaya BN kekal aman selamat dan relevan.
Sdr Ruhanie Ahamd,
Salaam
Kita perhatikan PRK DUN Galas dan parliamen Batu Sapi apakah suasana dunia pasca Copiapo membantu mengukuhkan sentimen politik sihat kepada BN dan mengangkuhkan lagi pegawai dan kenalan rapat pak menteri.
Di negara G8, pegawai yang memdatangkan aib kepada party dipecat serta merta dengan bantuan media yang menyokong personaliti yang memerintah.
Tetapi bukan lah kita di London atau di Canberra.
(David M. Axelrod, Karl Rove dan Bernard Whitman)
Salam Takzim
Salam Takzim, Bung,
KESELAMATAN REJIM: KESIMPULAN.
Rejim BN di Malaysia seakan akan rejim POL POT dan REJIAM SUEHARTO di Indonesia. Megah dan Disanjung seketika tetapi Kemegahan itu tak lama. Puncanya kerana REJIM itu tidak sedarkan diri ! tiada SELF CORRECTION !!!
Banyak perkara yang perlu di perkatakan. Tapi kerana RUANGAN dan MASA yang begitu terhad tiada kesempatan untuk itu. Sepatutnya REJIM mempunyai caranya sendiri untuk tujuan itu.
REJIM juga sepatut nya mempunyai mekanisma sendiri bagi menilai setiap dasar nya dijalankan tepat pada masa nya dan menuju SASARAN yang di tetapkan.
Memanglah kita menjangka dalam PRU13 ini REJIM akan menang lagi tetapi bukan kerana kekuatan REJIM itu. Tetapi kerana ketiadaan PARTI ALTERNATIF yang sesuai menggantika nya. Jika kemenangan dalam PRU13 menjadikan REJIM semakin bongkak itulah petanda akan makin cepatlah berakhirnya pemerentahan REJIM ini.
--------=--------------=--
Saya masih ingat lagi dalam PRU Tahin 1969 dulu calum UMNO di tentang oleh calun BEBAS dari kalangan orang UMNO sendiri yang keluarparti. Saya mencadangkan supaya stratiji kempen di ubah. Tetapia pihak atasan menolaknay kerana perchaya kepada ketua-ketua Kampong dan Ketua Cawanan UMNO yang mengatakan rakyat tetap menyokong kerana mereka Mahu PEMBANGUNAN. Keputusan pilihanraya tersebut BN/UMNO kalah kepada chalon bebas (PRU 1969, Pontian Kecil)
Itulah akibat nya. Akibat yang sama yang akan di terima oleh REJIM dalam PRU-PRU yanga akan datang
MEGAH DENGAN PENCAPAIAN LAHIRIAH TANPA ANALISI !!!
SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, BIARKAN !! BIARKAN!!!
Jebat, Veteran UMNO !!
Bismillahirahmanirahim,
Datuk Ron,
Jika sesuatu kerajaan atau sesuatu parti itu sudah menjadi satu rejim buat apa nak kisah?
Adakah Allah swt menyuruh kita bertolong-tolongan didalam membuat kejahatan?
Atau adakah Allah swt menyuruh kita supaya membantu pihak yang boleh menhancurkan islam atau kaum itu sendiri?
Jikalau datuk masih sayangkan orang melayu dan orang islam sila buat sesuatu sebelum keadaan menjadi betul-betul parah.
Orang bebas.
BN perlu memahami intipati hujah datuk ini jika ingin melihat rejim BN terus mencatur pemerintahan di negara tercinta ini!!
Sdr Ruhanie Ahmad,
Salaams
Orang Negori monang bola - kalah si-sang kancil!!!!
Che Det
Salaams
Dr Zeti: Mega Islamic Banks
(fields of gold)
I never made promises lightly
And there have been some that I've broken
But I swear in the days still left
We'll walk in the fields of gold
We'll walk in the fields of gold
Tun,
I wish we could see the presentation of the 3-D graphics of the Tower with the 100 tingkat, said the one whose comments were not alway necessary and sometime down right rude.
Terima kasih
Salam Takzim
on the day of the final.
Post a Comment