Ruhanie Ahmad
Selasa, 22 November 2011 yang lalu, saya diundang menjadi panel forum anjuran pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak bagi menghuraikan tajuk Integriti Dalam Politik. Berikut adalah antara butiran idea yang saya bentang dalam forum tersebut.
Integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibaliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati-budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain, terutamanya mereka yang berjawatan, paling khusus sekali dalam arena siasah, iaitu para Menteri serta Ahli Parlimen.
Secara negatifnya, fenomena ini dikaitkan dengan perilaku songsang penjawat politik terbabit --- sama ada mereka rasuah, bermoral rendah, berperilaku bajingan, bersikap oportunis, hanya mementingkan diri sendiri, dan tidak mempedulikan mandat yang diterimanya daripada rakyat jelata menerusi pilihan raya umum. Intrepretasi ini dikonseptualisasikan daripada pengalaman peribadi saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor, selama 14 tahun (1990-2004).
Namun Pelan Integriti Negara (PIN) mengkonseptualisasi integriti di Malaysia sebagai satu falsafah hidup yang berasaskan kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, falsafah dan prinsip Rukun Negara, serta falsafah dan cabaran Wawasan 2020. Ini bermaksud bahawa integriti dalam konteks ini adalah satu tatacara dan etika kehidupan yang berpaksikan kepada matlamat memelihara nilai-nilai teras negara --- perpaduan, keadilan, demokrasi, sikap liberal dan tindakan progresif – bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
Lantaran itulah objektif umum integriti di Malaysia adalah merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dan membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya supaya rakyat jelata mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh berpaksikan kepada budi pekerti yang luhur (PIN Julai 2011).
Namun jika Konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dirangkumkan ke dalam penghujahan ini, integriti Malaysia adalah dikonseptualisasikan sebagai satu tatacara dan etika kehidupan yang berpaksikan kepada matlamat memelihara nilai-nilai teras negara --- perpaduan, keadilan, demokrasi, sikap liberal dan tindakan progresif – bagi mencapai matlamat mentransformasikan Malaysia sebagai negara majmuk yang maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020, dengan emfasis nasional bahawa rakyat didahulukan, prestasi diutamakan.
Mengambil kira huraian di atas, maka apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai integriti dalam politik di Malaysia? Pada waktu yang sama, apabila membicarakan soal integriti politik di Malaysia, adakah ianya merangkumi seluruh warga politik pemerintah dan pembangkang atau hanya difokuskan kepada integriti di kalangan politik Barisan Nasional sahaja.
Persoalan ini penting diambilkira oleh kerana pada ketika ini nampaknya hanya integriti politik pemerintah sahaja yang diteropong dan dipolemikkan secara besar-besaran, sementera integriti kalangan parti-parti politik alternatif, termasuk yang membabitkan segelintir kepimpinan tertingginya, seakan-akan dimaafkan oleh rakyat jelata.
Selanjutnya, siapa pula yang menetapkan benchmark atau pengukur integriti politik di Malaysia. Untuk menjawab persoalan ini, saya bahagikan penghujahan saya kepada tiga perspektif khusus --- konseptualisasi integriti politik; integriti politik di Malaysia; dan ciri-ciri integriti politik Malaysia.
Selaras dengan konseptualisasi integriti pemerintah Malaysia seperti diartikulasikan oleh PIN dan MAMPU, berpaksikan kepada kepentingan nasional serta kesejahteraan rakyat jelata, dan juga berasaskan kepada pengalaman peribadi saya selaku Ahli Parlimen selama 14 tahun, penghujahan ini mengkonseptualisasikan integriti politik di Malaysia adalah seperti berikut:
Integriti politik di Malaysia adalah merngkumi sifat, sikap dan nilai yang membabitkan kredibaliti, ketelusan, kebertanggungjawaban, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati-budi, perilaku, tahap dedikasi dan komitmen serta patriotism yang selaras dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Konsep 1Malaysia, dengan matlamat mengukuhkan perpaduan nasional, melindungi kedaulatan dan kemerdekaan, memelihara keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional, serta menjamin kelangsungan atau survival negara daripada apa jua ancaman luaran dan dalaman dalam konteks negara yang majmuk dan juga dunia yang global.
Konseptualisasi ini menunjukkan bahawa konsep integriti politik di Malaysia adalah lebih luas, dalam dan berat daripada konsep integriti umum atau konsep integriti perkhidmatan awam. Ini kerana warga politik Malaysia, terutama sekali warga politik parti pemerintah, adalah kumpulan pembuat dasar mengenai perpaduan, kemajuan, dasar luar, perdagangan antarabangsa, keselamatan dan kelangsungan nasional.
Selain itu, warga politik parti pemerintah Malaysia adalah pihak yang sering berinteraksi dengan komuniti siasah sejagat. Oleh sebab itu, persepsi nasional dan internasional terhadap integriti politik pemerintah adalah indikator penting dan menjadi salah satu elemen kemajuan negara.
Lantaran itu, pra-syarat utama kepada kewujudan integriti politik di Malaysia bukan sahaja yang terkandung dalam konseptualisasi di atas, malahan lebih utama lagi adalah kemampuan serta penguasaan warga politik Malaysia ini terhadap pelbagai ilmu dan pengetahuan yang relevan kepada hal ehwal ketatanegaraan dan juga hal ehwal antarabangsa.
Ini bermaksud bahawa warga politik siasah Malaysia perlu melalui proses pembelajaran sepanjang hayat supaya dasar-dasar negara yang mereka gubal adalah selaras dengan tuntutan mutakhir di dalam negara dan serasi pula dengan citarasa masyarakat antarabangsa.
Saya berpendapat sebegini oleh kerana kini masih wujud segolongan warga politik Malaysia yang dangkal ilmu pengetahuan dan mengamalkan proses politisasi gaya 50-an. Pada waktu yang sama, juga wujud segelintir warga politik yang sukar untuk aktif dalam arena antarabangsa oleh kerana kekangan ilmu pengetahuan semasa dan juga konstrain penguasaan bahasa internasional.
Dengan ini, mereka gagal berinteraksi secara berkesan dengan komuniti siasah di luar negara dan gagal menimba peluang memaparkan imej dan kredibaliti Malaysia di pelantaran sejagat.
Selain itu, wujud pula warga politik Malaysia yang hanya terbelenggu dengan sesuatu konsep, prinsip dan doktrin antarabangsa – terutamanya yang American-centric --- secara melulu.
Contohnya adalah dalam konteks demokrasi, kesamarataan dan hak asasi manusia, sehingga mereka terbabit mengagung-agungkan prinsip, konsep dan doktrin ini secara total, walaupun tindakan ini bertentangan dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan dan status Malaysia sebagai negara yang majmuk.
Berdasarkan konseptualisasi integriti politik seperti di atas, ciri-ciri utamanya di Malaysia adalah sikap, sifat dan nilai-nilai mengenai kredibaliti, ketelusan, kepertanggungjawaban, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati-budi, perilaku, tahap dedikasi dan komitmen serta patriotisme yang selaras dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Konsep 1Malaysia.
Ciri-ciri ini boleh disemai, dipupuk dan ditanamkan menerusi pelbagai pendekatan, sama ada menerusi bengkel, seminar dan kursus yang formal, konsisten dan komprehensif, serta proses pembelajaran sepanjang hayat.
Namun seluruh pendekatan ini wajar merangkumi pelbagai aspek ilmu pengetahuan mengenai hal ehwal antarabangsa, globalisasi, ketatanegaraan, perpaduan, prinsip moral, akal-budi, rasuah, patriotisme, politik dan pembangunan, keselamatan masyarakat, keselamatan nasional, dan kelangsungan negara.
Ringkasnya, pengetahuan ini perlu mencakupi aspek antarabangsa dan nasional dengan matlamat membentuk warga siasah Malaysia yang rounded-up serta berintegriti tinggi di hari muka.
Kaedah ini adalah untuk mengelakkan petembungan pesepsi mengenai integriti antara rakyat jelata, perkhidmatan awam, sektor swasta dan juga sektor siasah. Ia juga bertujuan memelihara keselamatan rejim atau untuk membolehkan rakyat membuat pilihan warga politik manakah yang diputuskan sebagai berintegiti tinggi untuk diberikan mandat menerintah negara menerusi pilihan raya.
Sebagai kesimpulannya, integriti di kalangan warga politik di Malaysia adalah satu konsep yang luas, dalam dan berat. Ia perlu disemai dan dipupuk menerusi kaedah pembelajaran sepanjang hayat dan kursus serta seminar merangkumi pelbagai aspek nasional dan internasional dengan matlamat supaya kelompok ini memahami falsafah dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasan 2020, Konsep 1Malaysia serta hal ehwal antarabangsa, dan seterusnya mampu pula menterjemahkan semangat dan falsafah ini ke dalam perjuangan politik tanah air demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat jelata.
Nota: Semoga buah fikiran di atas menjadi renungan kepada para perwakilan UMNO yang akan membahaskan ucapan dasar Presiden serta pelbagai usul berkaitan dengannya di Perhimpunan Agung UMNO mulai 29 November 2011 ini. Mudah-mudahan ia juga menjadi renungan kepada pemilihan winnable candidates atau calon yang mampu menjanjikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.