tag:blogger.com,1999:blog-29933783.post7304193878934261600..comments2024-01-15T18:16:35.821+08:00Comments on kudakepang: kudakepanghttp://www.blogger.com/profile/10947389601975196845noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-59240603566030724182007-08-30T08:43:00.000+08:002007-08-30T08:43:00.000+08:00Datuk,Adakalanya pandangan orang biasa menjadi leb...Datuk,

Adakalanya pandangan orang biasa menjadi lebih dari biasa. Saya secara prinsipnya setuju dengan pandangan Datuk. Secara jelasnya kedua-dua axis tersebut perlu saling melengkapi. Sememangnya relevan andai kesejahteraan rakyat dijadikan taruhan mungkin Sistem Raja Berpelembagaan adalah satu-satunya harapan yang kita masih ada.

Datuk,

Atuk saya di kampung sudah pun berumur 84 tahun (dia masih kuat, masih mampu membela beberapa ekor kerbau dan kambing-kambingnya). Melihat Atuk saya - buat saya sungguh insaf, kesan parut di betis kirinya sampai sekarang tidak pernah hilang (yang menyebabkan kaki kirinya menjadi jauh lebih kecil berbanding kaki kanannya). Kesan tembakan Jepun semasa perang dua kedua. Dia menceritakan betapa perit hidup di zaman tersebut - dia selalu bercerita tentang zaman-zaman sebelum merdeka sebab saya saja cucunya yang sudi melayan cerita lampau - kisah sebelum merdeka.

Terima kasih...,jjuecohttps://www.blogger.com/profile/08107430031211808772noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-55063004253988236812007-08-30T06:19:00.000+08:002007-08-30T06:19:00.000+08:00Askum Datuk,Terlebih dahulu ingin saya ucapkan ter...Askum Datuk,

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih kepada Datuk kerana sudi "berposing" dgn saya di hadapan PLF tempoh hari.

Datuk ada bertanya "Do you read my blog?" Saya menjawab "Yes I do".

Siapa kata org bukan melayu tidak membaca blog Datuk...

Saya jarang memberikan komen dlm blog tetapi terpanggil untuk berkongsi pengalaman menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan ke50 Peringkat Negeri Selangor di Stadium Kota Raja Klang pada 19hb Ogos yang lepas .

Majlis ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan dan Integerasi Nasional.

Untuk makluman Datuk, Saya telah pergi bersama anak saya berusia 5 thn. Sejak keluar dari rumah dia bangga memegang dan mengibarkan jalur gemilang sehinggalah kami sampai ke stadium. Sampai di stadium kami disuruh berdiri berbaris di atas padang menghadap pentas utama.

Pada mulanya suasana sangat ceria apabila semua menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat merayakan 50thn negara mencapai kemerdekaan.

Majlis mula bertukar corak apabila MB Selangor sampai.

Majlis pelancaran Sambutan Hari kemerdekaan ke50 bertukar menjadi "MAJLIS MENGAMPU MENTERI BESAR".

Nyanyian lagu patriotik dan tarian berbilang kaum telah dipersembahkan khas untuk tontonan MB dan Mahluk VIP lain.

Oleh kerana berdiri dibelakang kami hanya nampak buntut penari.

Kemudian sebiji Kek telah dipersembahkan untuk dipotong oleh MB. Kek ini bukan untuk merayakan kemerdekaan ke 50 tetapi untuk merayakan kecemerlangan MB memerintah selama 7 tahun.

Saya sedih melihat kanak-kanak, org tua dan wanita berdiri berjam jam diatas padang, memberikan tepukan kepada MB setiap kali disuruh MC.

Seperti saya mereka juga tertipu dengan menaiki bas yang disediakan penganjur. Kami tidak dapat pulang kerana tidak membawa kenderaan sendiri.

Sebagai anak jati Selangor saya teramat sedih dan kecewa kerana saranan DYMM Sultan Selangor supaya sambutan Hari Kemerdekaan tidak di politikkan tidak dipedulikan...

Apabila ditanya kepada anak saya, apa yang menjadi pengalamannya menyertai sambutan ini...dia menjawab " Sakit Kaki " mungkin dia tidak pandai menjawab " sakit hati "...jayaklanghttps://www.blogger.com/profile/09263263598269150174noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-8165967371807433272007-08-29T23:55:00.000+08:002007-08-29T23:55:00.000+08:00CyberTerima kasih.Semoga semangat merdeka yang sed...Cyber

Terima kasih.

Semoga semangat merdeka yang sedang meluap-luap di kalangan kita ketika ini akan memudahkan kita semua memahami erti sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Saya juga berharap apa yang anda tanyakan kepada saya jadi kenyataan supaya kesejahteraan rakyat dapat pembelaan daripada sistem pemerintahan serampang dua mata ini.

Salam takzim.

Daulat Tuanku!!! Merdeka!!!kudakepanghttps://www.blogger.com/profile/10947389601975196845noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-2882807452702000412007-08-29T23:06:00.000+08:002007-08-29T23:06:00.000+08:00Kalau paksi keagungan dan ketuanan Malaysia dilamb...Kalau paksi keagungan dan ketuanan Malaysia dilambangkan dengan sistem Raja Berperlembagaan, mudahnya, sistem Raja-Raja Melayu, kita kenalah sokong Agong kita. Kita kenalah sokong Agong dalam memberikan apa-apa pembelaan kepada kita semua.

Kalau gitu, kerajaan tak bolehlah buat sesuka hati saja. Tapi, kalau rakyat rasa kerajaan macam tak kisah pada kita, bolehkah Agong buat apa-apa keputusan membela kita semua? Apa pandangan Datuk?Unknownhttps://www.blogger.com/profile/03509361642044151764noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-82131608709332909872007-08-29T22:54:00.000+08:002007-08-29T22:54:00.000+08:00Ahmad Fared dan JueSalam perkenalan daripada KK ke...Ahmad Fared dan Jue

Salam perkenalan daripada KK kepada anda.

Ahmad: Posting anda mengenai Kelantan Delight menerima simpati saya. Satu hakikat yang nyata, mengapakah Suria KLCC mengambil seorang warga asing sebagai CEOnya? Siapakah yang melantik dia? Adakah yang melantik manusia ni seorang anak Malaysia yang berjiwa merdeka???

Jue: Tafsiran anda mengenai axis adalah tepat. Memang betul, axis adalah tunggak utama. Axis of dominance dan axis of supremacy Malaysia adalah Melayu dan Islam. Hakikat ini dilambangkan menerusi sistem Constitutional Monarchy atau Raja Berperlembagaan - SPBYD Agong.

Selama ini kita hanya mempersoalkan hakikat Demokrasi Berparlimen. Tetapi kita lupa bahawa kekuatan negara kita adalah berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan yang digandingkan dengan Demokrasi Berparlimen.

Oleh itu, kita kena pulihkan hakikatnya di sini dengan mengingatkan kita semua bahawa sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen adalah umpama irama dan lagu atau aur dengan tebing.

Raja Berperlembagaan axis kepada supremacy dan dominance kita, sementara Demokrasi Berparlimen mnjadi paksi kepada kekuatan rakyat jelata.

Jadi apabila kesejahtraan rakyat seolah-olah tergugat, supremacy dan dominance kita seolah-olah digadaikan, adalah wajar kalau kita mencari sinar harapan daripada sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi satu daripada kekuatan yang memunculkan Malaysia dengan kepelbagaiannya.

Apapun, pandangan ini cuma pandngan rakyat biasa seperti saya. Tetapi, salahkah kalau sempena 50 kita merdeka, sama-sama kita laungkan slogan Daulat Tuanku dan Merdeka!!!!

Salam takzim daripada saya.

DAULAT TUANKU!!! MERDEKA!!!!!kudakepanghttps://www.blogger.com/profile/10947389601975196845noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-40993137879320832952007-08-29T16:15:00.000+08:002007-08-29T16:15:00.000+08:00Datuk,Apabila disebut paksi atau axis bermakna ia ...Datuk,

Apabila disebut paksi atau axis bermakna ia adalah tunggak utama. Dalam erti kata yang lain tunggak atau/dan asas yang menjadi nyawa kedaulatan negara. Bila ianya dinamakan nyawa bermaksud satu-satunya elemen yang SANGAT perlu – ketiadaanya yang tinggal hanya bangkai, lambat-laun tinggal tulang yang tidak ada HARGA. Sesuatu itu hanya akan dipandang bernilai jika ianya berharga. Tapi harga kedaulatan dan kemerdekaan negara terlalu MAHAL untuk dinilai. Justeru, jika kita merasakan atau barangkali memang betul kenyataan yang ada pada hari ini sudah tersisir dari paksi tersebut – adakah ianya terjadi kerana saya yang leka, engkau yang tidak endah atau kita/kami yang tidak mampu menongkah arus atau kita sememangnya rapuh untuk menegakkan yang hak.jjuecohttps://www.blogger.com/profile/08107430031211808772noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-19772606426751287482007-08-29T07:39:00.000+08:002007-08-29T07:39:00.000+08:00Dalam menyambut kemerdekaan Malaysia ke - 50.Terku...Dalam menyambut kemerdekaan Malaysia ke - 50.

Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC
Oleh Datuk Rejal Arbee

Malam tadi adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights ?satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC ?menghidang makanan di situ. Mulai esok (23hb Ogos) berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.

Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas? Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.

Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, Sdr Juhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.

Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu melonjak berpatutan ?naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun?

Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina). Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights?

Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.

Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan mendapat masakan Melayu di situ. Apakah gambaran yang hendak diberikan pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas?

Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi diMenara Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada?

Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga tidak lagi diberi tempat di situ? Salahkah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar Petronas menikmati masakan Melayu?

Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun ini:

Buai laju-laju
Sampai KLCC
Apa nasib Melayu
Merempat di negeri sendiri.

Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan personality TV seperti Ras Adiba. Kelantan Delights juga meraikan seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras.

Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai Melayu terpaksa ditutup.

Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?

Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa. Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu.

Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu menggalak orang Melayu berniaga? Melayu yang benar-benar berkebolehan bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai 'sleeping partner' saja.

Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC?

Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana. Nampaknya tidak ada kesudahan.

Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku. Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun boleh menegur.

Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang berada dipintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan malam itu. Tetapi Sdr Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk menikmati hidangan secara gratis.

Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan. Juhaidi terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia. Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain.

Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.

Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab.

Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur.

Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru selesai di bina itu. Nampaknya 'Suria KLCC's loss is a gain for MRCB's Sooka Sentral'. Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan berjaya di Sooka Sentral.

Rejal Arbee
22 Ogos 2007AkuberCeritahttps://www.blogger.com/profile/02630875178957843106noreply@blogger.com