Tuesday, January 31, 2012

ANDA TAHU SUSUR-GALUR BANGSA MIM?

Ruhanie Ahmad

Baru-baru ini ada tokoh sejarah mengatakan Hang Tuah hanya mitos atau lagenda. Itu pandangannya sebagai sejarawan. Saya tidak mampu untuk berpolemik dengan beliau.

Seorang sahabat pula memberitahu saya, Hang Tuah memang pernah wujud. Hang Tuan, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, katanya, mengaji al-Quran bersama-sama di Serambi Melaka di Pulau Besar selaku pusat ulamak Nusantara terbesar di era pra-Portugis.

Oleh sebab itulah mereka dikenali sebagai lima bersaudara. Persaudaraan ini bukannya mengikut pertalian darah, tetapi persaudaraan seperguruan mengaji al-Quran.

Pada tahun 2004, saya dan sahabat yang sama menjelajah ke Pulau Bentan untuk menjejakki Makam Hang Nadim Laksamana Johor-Riau. Orang Bentan sendiri tidak ramai yang tahu di mana lokasi makam berkenaan.

Kami yang berbekalkan sepotong ayat “Makam Hang Nadim berada di Gunung Bentan Kapor” yang kami download daripada internet, pun menyelusur sepanjang jalan dari Pekan Tanjung Pinang hingga ke Kampung Bentan Kapor.

Sesampainya di sana kami menemui Pak Iman Masjid Bentan Kapor dan bertanyakan arah Makam Hang Nadim. Pak Iman tersentak dan terkejut dengan pertanyaan kami.

“Encik nak cari Makam Hang Nadim Singapura dilanggar todak atau Hang Nadim Laksamana Johor-Riau?” tanya Pak Iman dalam loghat Melayu Johor.

Kami jelaskan tujuan kami. Setelah itu kami bersama Pak Imam dan dua orang anak buahnya meredah hujan lebat mendaki Gunung Bentan Kapor. Kira-kira satu jam perjalanan, meniti batang dan menuruni lurah, kami sampai ke satu kawasan dusun duku. Di sana kering kontang, tidak hujan setitik pun.

“Di sinilah Makam Hang Nadim. Kawasan ini namanya Hulu Melaka. Sungai di belakang tu Sungai Duyong” jelas Pak Imam.

Lantas kami pun menunaikan hajat kami untuk mengadakan tahlil di Makam Hang Nadim. Tiada makam lain di kawasan yang sama. Laksamana Hang Nadim seorang diri!

Persoalannya di sini, di Melaka ada tempat dikenali sebagai Hulu Melaka dan Sungai Duyong. Mengikut riwayatnya, Hang Tuah lima bersaudara membesar di Kampung Duyong Melaka. Adakah ini satu kebetulan?

Hang Nadim yang diriwayatkan sebagai anak lelaki Hang Tuah menyemadi diri keseorangan di Kampung Hulu Melaka berhampiran Sungai Duyong di Bentan. Adakah laksamana ini mengabdikan diri kepada Ilahi di sebuah kampung berhampiran Sungai Duyong untuk mengabadikan sejarah kampung Almarhum ayahandanya?

Hang Tuah lima bersaudara pula berkampung di Duyong Melaka. Dan Hang Tuan lima bersaudara juga dikatakan belajar ilmu persilatan di Hulu Melaka, Melaka. Lantas adakah Laksamana Hang Nadim pula memilih kawasan persemadiannya di kampung yang bersempenakan kawasan perguruan silat Almarhum ahayandanya?

Dua tiga hari lalu saya mengakses beberapa websites mengenai sejarah Nusantara. Di satu daripadanya tertulis perkataan “kami masih belum mengetahui di mana lokasi Makam Hang Nadim Laksamana Johor-Riau.”

Aneh, pelik dan penuh tanda tanya. Namun hati kecil saya amat yakin bahawa makam yang kami ziarahi adalah Makam Hang Nadim sebab ramai masyarakat Melayu di sana adalah keturunan beliau. Salah seorang yang membawa kami ke makamnya adalah keturunan beliau yang kini bertanggungjawab atas kebersihan makam dan dusun persekitarannya.

Kesimpulannya, Hang Nadim Laksamana Johor-Riau bukannya mitos. Beliau pahlawan Melayu dari keturunan Bangsa MIM. Siapakah Bangsa MIM sebenarnya? Melayu? Malaya? Madaya atau siapa?

Namun Bangsa MIM inilah umat Mohamad yang hebat keperkasaan dan kepehlawanannya! Usah dicabar Bangsa MIM dan janganlah dipecahbelahkan Bangsa MIM!!!

97 comments:

  1. Hanya yang bersedia mengkaji sahaja yang tahu apakah Bangsa MIM itu.. dan susur galur yang cukup berdaulat yang WAJIB kita pertahankan.

    ReplyDelete
  2. pengkaji sejarah3:34 PM

    Datuk,
    Bangsa MIM adalah Bangsa Melayu keturunan Naib Ibrahim dan Iskandar Zulkurnain. Hidup Melayu!!!

    ReplyDelete
  3. pengkaji sejarah3:40 PM

    Maaf Datuk. Nabi Ibrahim A.S. bukan Naib Ibrhaim.

    ReplyDelete
  4. MIM = Melayu, Muslim, umat Muhamad, Malai, Malayo, Malaya... Kita adalah bangsa terbesar dan teragung di dunia. Oleh sebab itu kita jadi buruan pihak yang mencari-cari siapa asal-usul kita. Kerana itu kita sekarang berhadap dengan puak dajal yang hendak hancurkan dan binasakan kita. WASPADA SIAPA DAJAL ITU.

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:08 PM

    BANGSA MIM bangsa kita. Orang UMNO orang PAS dan majoriti orang PKR bangsa MIM. Apasal PAS dan PKR izinkan diri mereka diperangkap oleh Yahudi yang nak musnahkan kita?

    ReplyDelete
  6. Remang bulu roma saya baca tulisan dato'. Bangkit semangat saya dato' tahu bangsa MIM

    ReplyDelete
  7. Zaman9:50 PM

    Dato,tulisan dato memberi saya dan sahabat2 semangat baru. Hidup MIM

    ReplyDelete
  8. Che Det Junior9:56 PM

    SBPA: Cuepacs ulangi amaran 'pulau' jika...


    31 Januari 2012



    KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat permohonan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu untuk menganggotai pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mengemukakan surat kepada Mohd Sidek esok berhubung perkara itu bagi mempertimbangkan permohonan tersebut.

    "Awal dulu lagi, kita sudah maklumkan bahawa kita hendakkan tiga lagi tambahan pegawai Cuepacs dalam pasukan petugas itu.

    "Mungkin kalau nak permohonan, kita akan hantar surat esok, untuk menambah tiga orang lagi anggota Cuepacas sebelum 8 Feb (mesyuarat kedua pasukan petugas khas)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengerusi pasukan petugas itu Tan Sri Ismail Adam semalam bahawa pasukan itu tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memilih tiga lagi pemimpin kanan Cuepacs bagi menganggotai pasukan berkenaan.

    Dipetik Bernama, kata beliau, sebaliknya hanya Mohd Sidek mempunyai kuasa untuk menentukan perkara itu.

    Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

    Pasukan petugas khas itu kini dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan.

    Cuepacs sebelum ini, menegaskan bahawa pihaknya tetap dengan pendirian tidak menyertai pasukan petugas khas itu, sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan menganggotai pasukan tersebut.

    Bagaimanapun, Omar berkata jika masih tiada surat jemputan diterima, beliau tetap akan menghadiri mesyuarat kedua yang dijadual pada 8 Februari, tetapi akan mengisytiharkan secara rasmi untuk menarik diri.

    "Ini bukan keputusan Omar Osman tetapi menghormati keputusan kongres dan anggotanya. Cuepacs hari ini adalah harapan 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara," katanya.

    http://www.sinarharian.com.my/nasional/sbpa-cuepacs-ulangi-amaran-pulau-jika-1.21157

    ReplyDelete
  9. Che Det Junior9:56 PM

    Peraturan pinjaman Bank Negara yang ketat jejas jualan kereta: Perodua








    KUALA LUMPUR: Pembuat kereta nasional kedua, Perodua, yang mengeluarkan kereta kompak mampu milik secara besar-besaran, meminta Bank Negara Malaysia (BNM) melonggarkan syarat pinjaman yang ketat untuk sewa beli kereta yang dilaksanakan tahun ini, yang dikatakan menjejaskan jualan kereta.

    Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini berkata pendaftaran kereta baharu pada Januari susut sebanyak 15 hingga 20 peratus manakala tempahan baharu turun lima peratus ekoran syarat yang ketat itu.


    Sebelum ini, proses pinjaman kereta adalah berdasarkan pendapatan kasar pembeli, namun sejak Januari, BNM mengarahkan bank untuk meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih, dalam usaha mengekang hutang isi rumah.

    Proses pinjaman sewa beli juga mengambil masa yang lebih lama iaitu antara tujuh dan lapan hari.








    "Perodua ialah kereta rakyat untuk keperluan orang ramai, terutama kumpulan berpendapatan rendah, perniagaan kecil atau ibu bapa yang mahu menghantar anak ke sekolah," katanya selepas menganjurkan jamuan Tahun Baru Cina untuk media.




    Beliau berkata Perodua Viva 660 cc berharga RM26,000, mampu dimiliki orang ramai.

    Walaupun menyokong usaha Bank Negara mengekang hutang isi rumah, Aminar berkata BNM perlu mengkaji mekanisma lain bagi menangani hutang dan bukan mengetatkan kemudahan kredit untuk pembelian kereta.

    Jumlah jualan kereta yang lebih rendah akan menjejaskan keseluruhanekosistem industri aitomotif negara yang meliputi pengeluaran, pengedaran, vendor komponen selain institusi kewangan.

    Tahun lalu Perodua merupakan kereta yang paling laris dijual iaitu sebanyak 180,000 unit, meningkat daripada 188,600 pada 2010, dan menguasai 30 peratus penguasaan pasaran.

    Mengenai pasaran eksport syarikat, beliau berkata Perodua sedang berusaha menembusi Afrika Selatan dan negara Arab, selain meningkatkan penguasaan pasaran di Sri Lanka -- pasaran eksport tertinggi -- selain jualan di Indonesia dan Mauritius.

    Bagi Perodua meningkatkan eksport dan bersaing dengan jenama bertaraf dunia, beliau berkata vendor komponen auto yang membekalkan alat kepada syarikat perlu meningkatkan kualiti supaya dapat bersaing dengan pasaran global yang lebih maju.

    Dalam ucapannya pada majlis itu, Aminar berkata pengguna boleh mengharapkan sesuatu yang "menarik" di bilik-bilik pameran Perodua pada Khamis, namun enggan mendedahkan apakah tarikan itu. - Bernama

    http://www.hmetro.com.my/articles/PeraturanpinjamanBankNegarayangketatjejasjualankereta_Perodua/Article

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:03 PM

    Salam utk Dato dan pembaca budiman

    Hidup Melayu

    ReplyDelete
  11. Man KL10:04 PM

    Sesamalah kita mempertahankan kedaulatan Agama Islam yang kita anuti ini dan jagalah diri dan anak-anak kita agar Melayu Tak Hilang Didunia

    ReplyDelete
  12. Che Det Junior10:06 PM

    setuju, maybe Datuk boleh tulis artikel berkenaan penulisan sejarah berpaksi penduduk tempatan beserta bukti dan hubungkaut dengan keselamatn negara melalui perpaduan, sebab tak semestinya tulisan Prof Khoo ini tepat kerana ia merupakan pendapat beliau dan tiada Prof Melayu yang rebutt kecuali Future Prof Emiritus Ron sahaja di blog ini

    ReplyDelete
  13. Sahabat-sahabat sekalian.

    Perlu saya tekankan di sini bahawa tulisan ini bukan untuk menyemarakkan semangat anti-bukan Melayu. Sekadar untuk meningatkan kita semua kalau kita di desak hingga ke hujung benua -- bumi Johor -- ke mana lagi lagi boleh pergi? Terjun laut?

    Inilah persoalan Bangsa MIM paling strategik hari ini.

    Salam takzim --- Ruhanie Ahmad

    ReplyDelete
  14. aiman permatang pauh10:42 PM

    BANGSA MIM bangsa ilmu: ‘ain lam MIM wau. MIM adalah martabah: MIM alif ro ta alib ba ta. MIM adalah maruah: MIM alif ro wau alif ha. MIM adalah makmum: MIM kaf MIM wau MIM. Jadi bangsa MIM adalah bangsa yang banyak ilmu, ada martabat, ada maruah, dan mukum setia kepada MIM Muhamad.

    ReplyDelete
  15. Artikel yang penuh berilmu ini...
    berkaitan sejarah tersebut saya tahu mengapa..sy juga seorang yang amat meminati sejarah tetapi bukan sejarah negara kita..semasa di sekolah dulu bab sy suke adalah sejarah melaka dan tamadun awal shj..bukan sejarah negara..mungkin kerana sejarah negara kita dalam buku teks sejarah hanya memaparkan hal2 politik,penjajahan dan sbgnya shaja..tetapi bukan membincangkan hal asal usul melayu,kegemilangan melayu..blog sudara dan seangkatan lah menjadi tempat saya mula mencintai sejarah kita semula....

    ReplyDelete
  16. cucu adam11:01 PM

    Subhanallah..
    Allah menganuregahkan kpd manusia supaya berfikir dan mengkaji kekuasaan ALLAH. Walau sehebat mana pun sesuatu bangsa atau keturunan, ALLAH adalah segala-galanya..

    Tahniah krn kajian yg menarik...
    teruskan mengkaji, saya makin ingin mengetahui kupasan lanjut berkaitannya.

    ReplyDelete
  17. Bukan Karna Nama11:09 PM

    Mungkin agak awal untuk Datuk mengeluarkan teori perihal bangsa ‘MIM’ ini, tapi sedikit sebanyak, tulisan ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap tulisan ini akan menyedarkan bangsa ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka. Tidak perlu di panjang tulisan ini sekira orang melayu masih lena di buai mimpi bersengketa semasa sendiri.

    ReplyDelete
  18. Fz-ukm11:11 PM

    Dato' Tiap manusia tetap Manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri.

    ReplyDelete
  19. CELAKALAH ORANG-ORANG ARAB KERANA KEBURUKAN YANG TELAH DEKAT

    “Celakalah orang-orang Arab kerana keburukan yang telah dekat. Hari ini, dinding Ya’juj dan Ma’juj telah dibuka seperti ini”, seraya beliau melingkarkan ibu jari dengan jari setelahnya. [ Shahih Al-Bukhari (3347, 7136) dan Shahih Muslim (2880).]

    ReplyDelete
  20. Anonymous11:51 PM

    Tiba-tiba aku teringatkan lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham tan Sri P Ramlee dalam Filem Hang Tuah

    Berkorban apa saja
    Harta atau pun nyawa
    Itulah kasih mesra
    Sejati dan Mulia

    Kepentingan sendiri
    Tidak diingini
    Bahagia kekasih
    Saja yang diharapi

    Untuk menjadi bukti
    Kasih yang sejati
    Itulah tandanya
    Jika mahu diuji

    ReplyDelete
  21. Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura. Hidup 1MIM

    ReplyDelete
  22. PP Joe12:00 AM

    Tentu anda ingat ada ura ura PAS dan UMNO cuba duduk semeja? Sebenarnya ada pihak yang tidak senang jika ini benar benar berlaku. Pihak ini adalah pihak yag mahu umat Islam di Malaysia ini berpecah. Jika di negara2 arab umat islam berpecah kepada sunnah dan syiah. Di Malaysia mereka cuba memecahkan umat islam kepada PAS dan UMNO. Ayuh MIM kita bersatu dari perpecahan demi Tak Melayu Hilang Di Dunia

    ReplyDelete
  23. Anonymous12:07 AM

    Saya baru jumpa satu blog pasal BANGSA MIM di http://sduyong.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. Anonymous12:14 AM

    Kalo nk tahu Hang Tuah adalah anugerah bagi keturunan mereka yg menutup salasilah dr ahlulbait

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:22 AM

    Assalammualaikum...

    Ada sebuah kubur misteri di pekan pahang tidak kurang hebat ilmuan pahlawan berasal dari melaka menurut cerita seorang arwah ustaz.

    ReplyDelete
  26. sayuti12:33 AM

    Seseorang memberitahu jika hendak mengkaji bangsa melayu, kajilah Tun Abdul Razak kerana dalam keluarga yang sangat besar dan bersimpang siur susur galurnya, ramai yang menjadi pemimpin dan pemerintah negara. Persoalan mengapa? Adakah ada kaitan tempat rahsia sumpah bangsa melayu?

    ReplyDelete
  27. Anonymous12:51 AM

    Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

    UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
    TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
    TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
    SELATAN (sumatera, riau, jawa)
    Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

    Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

    “Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut.” -Nostradamus

    Petikan sumber :http://poksue.com/?p=1324

    ReplyDelete
  28. Anonymous1:17 AM

    Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam.

    ReplyDelete
  29. puisiku puisimu1:23 AM

    Dato sajak Usman Awang

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.
    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.
    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua´alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)
    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan
    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara
    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.
    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan
    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut
    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selaga yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"
    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

    ReplyDelete
  30. Khalid1:32 AM

    Sejarah Melayu terdapat satu petikan popular yang mengaitkan keturunan raja-raja Melayu adalah berasal dari Iskandar Zulkarnain.Iskandar Zulkarnain di sini kerap terkeliru dengan Alexander The Great dari Macedonia.Sebenarnya tiada siapa pun yang memanggil Alexander The Great sebagai Iskandar Zulkarnain kecuali sesetengah orang yang keliru.Terdapat dua teka-teki di sini.Teka-teki ini muncul apabila diketahui bahawa Tun Sri Lanang hanyalah seorang editor yang mengkompilasi,menyunting serta menyusun manuskrip-manuskrip purba yang telah ada lama sebelum itu.

    Iskandar Zulkarnain itu adalah bermaksud dari Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam AlQuran?Memandangkan ketika itu bangsa Melayu telah memeluk agama Islam maka petunjuk yang kedua ini lebih meyakinkan.

    skandar Zulkarnain,begitulah nama yang disebut dalam AlQuran surah Al-Kahfi.

    Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: "Aku akan
    bacakan kepadamu cerita tentangnya.
    (AlKahfi ayat 83)

    Iskandar Zulkarnain ini mempunyai empayar yang luas.

    "Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, " (AlKahfi ayat 84)

    Orang melayu sepatut bangga hingga kini kita masih dapat pertahankan Raja Melayu Islam lambang agama rasmi negara

    ReplyDelete
  31. melayu insaf1:58 AM

    Satu hari saya ikut satu kurus. Malam jam 4 kami dikejutkan dan berjalan menyusur pandai Laut Cina Selatan. Hampir hampir Subuh kami berhenti. kami berwuduk air masin dan sembahyang fardu. Lepas tu 2 rakaat solat hajat. Habis tu kami di arah berdiri di tepi pantai. Lepas tu fasilitator memberitahu kami kalau terjadi apa-apa ke mana kita nak pergi sebab inilah saja bumi tanah air kita... Ramai kami menangis teresak-esak, insaf nasib bangsa MIM yang pusak peranda.

    ReplyDelete
  32. darul takzim2:09 AM

    Datuk pernah kaji kenapa bendera Johor waktu penjajah dikibar lebih tinggi dari Union Jack penjajah british? Itulah lambang Bangsa MIM. Puti, suci; merah, berani; biru, harmoni! Jadi kenapa lambang ketuanan Melayu tu ada di Johor? Kenapa Johor dipanggil TANAH HUJUNG BENUA? kajilah.

    ReplyDelete
  33. peminat sejarah2:15 AM

    Saya baru habis baca buku Sejarah Melayu tulisan Hadi dari Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) tebitan tahun 192. Di situ tercatat bahawa sultan terakhir Melaka pernah berhijrah ke Bentan. Jadi mungkin nama Hulu Melaka dan Sungai Duyong di Bentan itu Sultan Melaka yang berikan.

    ReplyDelete
  34. pemerhati2:35 AM

    Ini singkatan MIM. LAM. ALIF. YA. WAU= MELAYU

    MIM: Muhamad
    LAM: Laksanakan
    ALIF: Ajaran
    YA: Yakini
    WAU: Wahyu

    Jadi ingat. KITA MELAYU ADALAH UMAT MUHAMAD YANG MELAKSANAKAN AJARAN YAKINI WAHYU (HUKUN ALLAH DALAM QURAN). Jangan pecah belah.

    ReplyDelete
  35. Dah puak kiasu begitu berani nak memperlekehkan agama, bangsa dan negara sendiri. Kalau rasa tak puas hati, berhijrahlah ke negara yang begitu demokratik sehinggakan membenarkan perkahwinan sejenis.

    ReplyDelete
  36. Anonymous12:05 PM

    Melayu yang mengenal akan kehebatan mereka yang terpendam. Melayu yang merdeka.

    Malangnya, kalian dimomokkan bahawa Melayu itu Malas, Melayu itu Lemah, Melayu itu Kurang didalam serba-serbi.

    Kalian dimomokkan bahawa Melayu tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, Melayu itu Pendatang, Melayu itu memerlukan Bantuan kerajaan untuk berjaya

    Sebenarnya kekuatan Melayu pada mereka mengenal "MIM"

    ReplyDelete
  37. TT-labis12:08 PM

    Dato' Kenapa kita sibuk nak memperjuangkan Melayu sedangkan pemimpin Melayu tidak membantu anak bangsanya.

    ReplyDelete
  38. Salam 1Melayu

    “Hendak Tahu Siapa Dirimu, Carilah Agama-mu, Hendak Kenal Siapa Dirimu, Carilah Bangsa-mu.”

    ReplyDelete
  39. Anonymous12:13 PM

    Izinkan Hamba untuk memberi analogi dan perumpamaan yang boleh diberikan. Katakan bahawa ANDA adalah berketurunan dari Nabi Muhammad S.A.W dan digelar Ahlil Bayt. Dari keturunan semulia-mulia keturunan diatas muka bumi ini. Apakah yang bermain didalam benak pemikiran ANDA? Adakah ia tidak akan membawa sebarang makna, dan sekadar SEJARAH keluarga yang tidak akan memberi kesan pada kehidupan ANDA?

    ReplyDelete
  40. Anisa usm12:15 PM

    Hai Anak Melayu sekelian!

    Kalian merupakan dari bangsa yang besar, bangsa yang hebat. Tidak mengetahui tidak bermakna Melayu itu lemah, Melayu itu mundur. Kaji dan selami sejarah leluhur kalian, dan pasti akan ditemui kekuatan yang tiada tara bandingan. Melayu bukan lemah, bahkan Melayu itu bangsa penjajah, menjelajah dunia jauh lebih awal dari mana-mana bangsa di dunia ini. Melayu itu bangsa hebat, mencipta ilmu jauh lebih awal dari mana-mana bangsa di dunia ini. Melayu itu tidak malas, melainkan bangsa yang bermaruah dan tidak mahu tunduk kepada penjajah dengan menjadi abdi kepada mereka. Cari, kaji, selami, dalami dan anda pasti akan temuinya.

    ReplyDelete
  41. Anonymous12:18 PM

    Kepada golongan pemerintah, ahli politik, ahli akademik dan sesiapa yang rasa bertanggungjawab, marilah sama-sama kita mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini berdasarkan petunjuk Ilahi, bukan kepentingan politik mahupun peribadi semata.

    Adakah kita rela bangsa Melayu yang cukup mulia satu ketika dahulu akan berkubur dengan sebab kealpaan dan kelalaian kita?

    ReplyDelete
  42. cucu bugis12:23 PM

    Dato'mari kita renungkan kata-kata hikmat pesanan Hang Tuah, “Tak kan Melayu Hilang Di Dunia”. Kemudian mencatatkan peringatan Munsyi Abdullah bahawa survival bangsa sebenarnya bergantung pada pelajaran, dan merakamkan kebimbangan Ishak Haji Mohamad bahawa “Melayu itu boleh hilang di dunia”.

    ReplyDelete
  43. Anonymous12:31 PM

    Saya teringat di Ipoh pada 80an, seorang Cina berkata mahu kalahkan orang melayu melalui makanan haram campuran babi.........dan inilah yang terbukti berlaku sekarang banyak kali berita temui kepala babi berhampiran masjid. Kita tidak pernah terfikir ini sebenarnya adalah strategi musuh Islam secara halus, merosakkan kita dari dalam.........lain lain hal saya tidak mahu sebutkan, sebab menyentuh politik melayu/islam

    Maka, jika kita sayangkan bangsa kita, perlu ada bersatu mengalahkan semua musuh Islam di Tanah Melayu ini.

    ReplyDelete
  44. Ku Zai12:35 PM

    Ada orang melihat kekuatan seseorang individu dari segi bangsa dan warna kulit. Sesuatu bangsa itu dianggap mempunyai keistimewaan yang tertentu berbanding dengan bangsa yang lain. Apabila kita melihat seorang yang berketurunan dari negeri barat, kita beranggapan ianya lebih istimewa dari kita. Tapi bangsa kita lupa, MIM itu adalah bangsa yang hilang boleh gegarkan dunia di masa akan datang.

    ReplyDelete
  45. Anonymous12:42 PM

    Selagi mana orang-orang Melayu berpegang tegoh kpd Agama Islam, maka selagi itulah bangsa asing TIDAK akan dpt menewaskan mereka! Sebaliknya, org Islam(Melayu dll) dari Timur akan berjaya suatu hari nanti, InsyaALLAH.

    Juga, bangsa pengkhianat dan penindas akan kecewa di akhirat nanti kerana semua kebaikkan mereka akan di ambil oleh yg tertindas serta jika tak cukup lagi, dosa-dosa bangsa tertindas akan dipikul oleh bangsa si pengkhianat dan penindas itu. Akhirnya, yg tertindas di dunia akan mencapai kemenangan abadi di akhirat

    ReplyDelete
  46. ada gambar tak, kalau ada gambar lagi baguslah dato...apapun tahniah dengan entry ini. janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan sejarawan tu dia bukan sebangsa dengan kita dan kita tahu sebab musabab beliau mengatakan Hang Tuah lima saudara itu mitos!

    Hehehe tak heran sebab agenda puak harbi ini rancang nak perintah negeri Melaka jika menang PRU 13,calon mereka pun dah ada. So mereka sedang menjalankan apajua perang saraf membunuh segala kepercayaan dan kekuatan orang Melayu. Jangan heran nanti keluar segala fatwa, auta dan dusta memperlekehkan sejarah Melaka. Waktu itu kita lihat amukan Hang Jebat pulak!

    ReplyDelete
  47. Saya hairan dengan orang bukan Melayu tidak henti-henti mempersoalkan sejarah orang Melayu.Pada masa yang sama orang Melayu tidak pula mengacau sejarah kaum-kaum lain seperti India dan Cina.Cubalah berfikiran positif sedikit.Sejarah Hang Tuah bukan cerita dari mulut ke mulut atau dongeng hikayat.Ia ada dalam dokumen sejarah Melayu.Belajarlah sejarah orang Melayu.Belajar menghormati keunikan bangsa lain.

    Ini bukan hendak mengagungkan bangsa sendiri secara berlebih-lebihan.Kami tahu bagaimana caranya untuk menaikan semangat sayangkan bangsa dan agama sendiri.Tidaklah menjadi seperti sesetengah nasionalis seperti di Cina yang sanggup mengganggu kaum-kaum lain terutamanya Uigur kerana tidak sehaluan dengan mereka(anda tahu kisah mereka).Setiap bangsa semuanya ada perasaan bangga terhadap bangsa mereka sendiri,
    mengapa tidak dengan bangsa Melayu?Jadi adakah anda mahu bangsa Melayu berasa rendah diri dengan bangsanya,commonla...ini fitrah manusia.Think positive...think positive.

    Kami tidak katakan bangsa Melayu istimewa melebihi kaum-kaum lain,tetapi bangsa Melayu MEMILIKI KEISTIMEWAAN TERSENDIRI sebagaimana bangsa-bangsa lain juga memiliki keistimewaan masing-masing.

    ReplyDelete
  48. prt hj hassan5:27 PM

    Tahniah atas penulisan ini , sangat memberi motivasi dan ilmu kepada saya , melayu wajib berhati2 atas permainan para dajjal yang berselindung atas nama NGO atau parti tertentu , sesunguhnya mereka tidak pernah berhenti berusaha untuk menjayakan cita2 , kini mereka menggunakan taktik dan teknik lain , usaha mereka semakin giat dijalankan dan kini menunjukkan sedikit hasil ,
    biar sehina manapun bangsa melayu dimata kaum lain , atau sebagus manapun bangsa melayu dimata orang lain , adalah tanggungjawab kita menjaga dan memperbaiki mana2 yang terkurang , adalah menjadi tangungjawab kita untuk menasihatkan dan memberi kesedaran kepada apa yang dilupakan.

    Melayu harus berhati2

    ReplyDelete
  49. Nadin5:32 PM

    Bangsa Melayu perlu dimotivasikan dan perlu kenal asal usulnya..dalam diri meningkat dan mendorong kepada keperibadian intelek..sebagai contoh : dengan mengetahui sejarah tamadun Islam, kita umat islam merasa bangga dan akan cuba dan berusaha mengulangi sejarah kegemilangan tamadun Islam untuk kali ke-2.. Umat melayu sebenarnya telah dtipu penjajah sekian lama, mereka telah melenyapkan jati diri bangsa melayu dan mengubah sejarah melayu..sehingga generasi sekarang merasakan hina dan mundur lahir sebagai seorang melayu. Kalau tuan2 faham ilmu psikologi insyAllah tuan2 akan faham maksud saya ini..lebih kurang bentuk perang saraf jugalah untuk kesannya.

    ReplyDelete
  50. Anonymous6:02 PM

    Tengok keris jer dah benci tak tentu pasal.. nampak keris jer terus kait dgn UMNO..
    belum baca dah tolak mentah2..tu lah kenyataannya sekarang..
    org melayu ramai yg taksub dgn parti politik kononnya perjuangkan Islam.
    Jangan lupa wahai bangsaku tanpa kamu bersatu agama suci Islam tidak boleh kuat pertahankan bumi Allah ini.

    ReplyDelete
  51. pondok buruk6:08 PM

    Apa beda pakai songkok hitam dan kopiah/serban. Jauhi sifat taksub.. lebih baik bersederhana.
    Tidak perlu kita bersengketa sebangsa.. tak kiralah pihak mana pun sama ada PR atau BN
    Berilah sokongan padu pada bangsa kita utuk terus memimpin negara kita bumi berdaulat ini.

    ReplyDelete
  52. Anonymous6:17 PM

    Perlu diingat iaitu budaya Islam bukan bermaksud budaya Arab, Farsi, Andalusia atau mana-mana budaya yang berasal dari Timur Tengah. Konsep budaya Islam itu sendiri perlu difahami secara jitu. Jangan sampai kita beranggapan sesuatu yang berbentuk serban itu ialah Islam. Sesetengah kaum di India memakai songkok tetapi mereka beragama hindu dan penyembah berhala. Kaum Sikh memakai serban tetapi mereka memuja Guru Nanak. Orang yahudi memakai kupiah tetapi mereka merupakan bangsa yang paling menderhaka kepada Allah Taala sebagaimana dijelaskan dalam Al Quran. Jadi, apakah asas budaya Islam yang wajar diintergrasi dan diamalkan sebagai budaya Melayu?

    ReplyDelete
  53. Al terbuka6:26 PM

    Siapa ada tahu pasal Masjid Agung Melaka yang hancur tahun 1511??sebenarnya masjid tu bukan masjid kayau yang kecil seperti surau, bahkan lebih besar sebenarnya... takkan pedagang timur tengah tertarik dgn masjid kayu kat melaka tu? Masjid Melaka itu besar, bukannya masjid kayu, kalau sudah jadi pusat perdagangan Timur Tengah, takkan la diorang tak menyumbang jasa dengan bina masjid kat Melaka kan??Masjid Agung Melaka....tahun 1511... yang sisa2 batunya selepas dihancurkan...
    menjadi kota A Famosa. St Paul di jadikan tempat berkembang agama kristian di bawa St Francis Xavier.

    ReplyDelete
  54. Anonymous6:29 PM

    Dato ' Orang melayu perlu kaji betul2 siapa sebenarnya pengkhianat melayu dan parti peralat agama Islam..kaji balik sejarah lepas lepas...jelaslah pengkhianat bangsa MIM itu adalah PAS sendiri..sudah terang lagi bersuluh

    ReplyDelete
  55. KluangMAN6:53 PM

    Isu Ketuanan Melayu sekarang ini menjadi modal utama Pakatan Rakyat untuk menghentam UMNO. Boleh dikatakan semua pemimpin Pakatan termasuklah dikalangan melayu sendiri yang sanggup untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu untuk menarik undi kaum bukan melayu supaya menyokong mereka.Tak perlulah kita bercerita panjang mengenai pendirian PAS berkenaan Ketuanan Melayu. Nik Aziz serta konco-konconya berkata hanya Ketuanan Islam harus didaulatkan dalam negara ini demi menjamin keadilan kaum. Nik Aziz sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan kenyataannya tersebut.
    Persoalannya, bukankah melayu itu sendiri majoritinya adalah Islam? Jadi bukankah mempertahankan Ketuanan Melayu, bererti mempertahankan Ketuanan Islam itu sendiri?

    ReplyDelete
  56. Tombak6:58 PM

    Dato, rujuk seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi 'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan),
    Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya ialah:

    "...a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut brown."

    Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods?

    ReplyDelete
  57. Keris Melayu7:12 PM

    Jika kita MELAYU bersatu, tiada siapa dapat merobohkan tembok-tembok MELAYU di bumi MALAYSIA. Bersyukurlah MALAYSIA masih aman dan damai tanpa peperangan. Tanpa pertumpahan darah. Hunuskanlah Keris MELAYU jika kita dicabar. Jangan menjadi seperti boneka yang terus menerus menurut kata bangsa-bangsa asing walau mereka berstatus Warganegara. Perkemaskan diri dengan ilmu di dada supaya kita dapat menepis segala fitnah mereka. Isilah rohani kita dengan Iman dan Taqwa kepada Yang Maha Esa agar kita tidak terhasut oleh Anwar Ibrahim dan puak PR.

    ReplyDelete
  58. Yanni7:25 PM

    Ayat datuk saya pernah pada tahun 1957 " AKU MAHU LIHAT BANGSA MELAYU BERSATU, JANGAN BERPECAH" dan sentiasa berdoa perjuangan dan harapannya kepada anak bangsa bahawa bangsa Melayu perlu bersatu padu dalam semua perkara dan tidak berbalah antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  59. Anonymous8:28 PM

    Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

    Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

    Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

    Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

    Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

    Dalam artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

    Benarkah begitu?

    ReplyDelete
  60. LELA MANJA8:35 PM

    Dulu penjajah kata orang melayu cerdik sungguh dan tak pandai buat senjata.....buat keris pun bengkang bengkok.....mata nye pun senget ke kiri.....dah ler tak tajam.....asah dengan limau nipis aje.....besi nye pulak berkeping2 dan berlipat2.....

    tapi sekali kena rodok perut.....nah kau......terburai segala mala isi perut.....

    sekali aje kena hiris, dah biru kejung menggelupur macam ayam betina kena langgar lari..... Hebat keris senjata orang melayu. HIDUP MELAYU SERUMPUN

    ReplyDelete
  61. Anonymous8:40 PM

    Salam Dato Ron,
    Tiada bangsa sebesar jiwa bangsa Melayu, sehingga toleransinya tinggi berkongsi dengan bangsa lain..
    kerana Nusantara Tuan kepada bangsa Melayu, maka bangsa lain hidup aman damai bersama kamu..

    hanya hati yang ada nur cahaya & terpilih akan memahaminya!!!!

    ReplyDelete
  62. Anonymous8:43 PM

    Fuh Datuk..meremang aku rasa bila baca artikel nih... lepas bace tu, mesti datuk kagum kat aku kan? sebab aku pun bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  63. JB- Kg Melayu8:50 PM

    Sungguh jauh Dato Ron bawa saya nya perjalanan bangsa melayu ini sampai ke huruf MIM. Tapi sayangnya masyarakat MIM masih berpecah belah... semua disebabkan sebilangan pemimpinnya yang gilakan kuasa dan harta sehinggakan memporak-perandakan masyarakat.. jika Sultan terdalulu pernah menarik rakyatnya memeggang taat janji, bolehkah Sultansekarang meyeru masyarakat MIM ini bersatu demi menjaga maruah bangsa dan agama nya?

    ReplyDelete
  64. Sy haris8:57 PM

    Terima kasih Dato bongkar sejarah penting kita kenal asal usul kita. Dari sejarah kita boleh belajar dari kesilapan2 bangsa kita terdahulu... dari sejarah kita boleh belajar bagaimana untuk mencontohi tokoh2 masa lalu..
    bukankah kita selalu di nasihat,di suruh dan di minta untuk mencontohi dari sikap2 rasul2? dari mana kita nak tahu bagaimana sikap mereka? dari sirah la..

    Kita pernah dengar cerita temasik hancur di serang jawa? tahu kenapa? carilah cerita tentang dang anum.. Dang Anum di Hukum sula kerana fitnah dari orang...kerana marah dengan tindakan raja temasik, ayah Dang Anum , Sang Rajuna Pertapa
    Telah belot dan memberi bantuan kepada Jawa untuk menyerang
    Temasik,.. dapat pengajaran tak dari kisah ini?

    Pengajarannya, pemimpin tidak boleh mengambil tindakan melulu
    tanpa asal usul periksa, pemimpin yang bertindak zalim atau tidak
    adil akan menyebabkan rakyat memberontak dan boleh menghancurkan negara.. nampak tak? kita boleh belajar dari sejarah kan?

    kalau ingin tahu lebih lanjut kisah Dang Anum, boleh baca buku judul, ‘Dang Anum’ sebuah buku Roman Sejarah b, yang dikarang oleh Ali Aziz yang diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  65. Anonymous8:59 PM

    Pahlawan Tentera Islam Berpakaian Hitam terakhir berasal dari South East Asian dan kita kena fikir kenapa kita bangsa Melayu berada disini...nak percaya atau tak terpulang..

    Pada aku tak salah nak lihat sejarah..Al-Quran juga banyak menceritakan sejarah lebih dari yang berlaku pada masa akan datang.Apa yang penting kita mengambil iktibar dan kaji balik sejarah untuk kegunaan masa akan datang. Sebenarnya sejarah lebih hebat dari masa sekarang,lihat saja penemuan2 terdahulu sudah ada bateri,dan macam2 lagi.

    Kalau nak lihat masa depan, lihat hari kiamat je la..sistem moden sekarang ni 100% sistem Dajjal. Apa nak dibanggakan dengan mat salleh? teknologi diorang pun hasil kajian Al-Quran dan teknologi tersebut telah diketahui oleh orang2 kita pada zaman dahulu kala.

    ReplyDelete
  66. mohd skpj-muar9:04 PM

    Dato' orang Melayu memang hebat le. Orang melayu dah naik kebulan! Ops! Bukan bulan tapi angkasa. Orang melayu ada porton saga. Orang melayu ada klcc. Orang melayu ada putra jaya cyberjaya dan yang paling best (orang melayu ada negara dan bahasa sendiri.) yang dalam kurungan tu jujur.

    ReplyDelete
  67. Seroja9:14 PM

    Sejarah tulisan Dato telah membuktikannya..Dan banyak lagi sejarah yang telah di hilangkan/di hapuskan semasa tanah Melayu bertuah ini di jajah..

    Kalau difikirkan kenapa tanah Melayu sejak dulu sering bertukar2 penjajah? Kalau tanah dan bangsa Melayu ini bukan istimewa kenapa bangsa asing beriya-iya nak menjajah bumi kita?

    Bangsa Melayu hari ini jadi lemah disebabkan penjajah sudah berjaya mengelirukan dan meracuni pemikiran anak Melayu dgn ideologi mereka..
    Itu sebab lah aku tengok masih ada lagi taksub sangat dengan Barat dari Bangsa sendiri..

    Pada yang tidak percaya atau merendah2kan bangsa sendiri itu,lantak mereka lah..
    Pergilah tukar Bangsa jadi bangsa lain..tapi jangan nak merendah2kn bangsa sendiri dan Mengagung2kan MAT SALLEH ko tu... (sakit hati melihat bangsa sendiri malu bercakap bahasa melayu -ibunda)

    Satu hari nanti aku percaya bangsa Melayu akan bangkit dari lena dan menjadi bangsa yg Mahsyur seperti mana sejarahnya....Bila??hanya masa yang menentukan..Hanya Allah yang mengetahui _Amin

    ReplyDelete
  68. Anonymous9:17 PM

    Untuk pengetahuan Dato, Melayu di Nusantara sekarang adalah bangsa Jawi. Melayu ni adalah keturunan Nabi Ibrahim dan Siti Keturah(Bani Israel) dan DNA Melayu adalah menyamai gen2 orang Yahudi. Melayu sebenarnya ialah Truly ASIA. Maknanya serpihan2 orang Melayu ada di Jepun,Korea, China, dan Negara2 Asia yang lain. Bangsa Melayu sekarang ialah ibu kepada bangsa2 Asia yang lain. Tak mustahil diorang boleh jumpa keris dan segala peninggalan org melayu di negara mereka. Malah ada juga Melayu yang mengaku keturunan mereka dari negara China. Bahasa melayu kuno ialah bahasa Champa,pergi di Kemboja (Cambodia),itu adalah bangsa Melayu yang masih megamalkan bahasa Melayu kuno. T/K

    ReplyDelete
  69. Sahabat-sahabat yang dimuliakan

    Saya langsung tidak menyangka tulisan cetek mengenai perjalan ke Bentan ini menerima reaksi yang luas. Saya ucapkan jutaan terima kasih.

    Seluruh komen saudara-saudari saya hargai. Malangnya saya tidak mengambil gambar sewaktu berada di Makam Laksamana Hang Nadim. Itu tabiat saya. Kemana saja saya pergi, saya tak ambil gambar sebab gambar itu tersemat di jiwa saya.

    Tapi saya boleh jelaskan lokasi Makam Laksamana Hang Nadim. Ia berada di kaki Gunung Bentan. Ia berada di sebuah dusun buah duku saka. Tempatnya bertanah bukit kekuningan emas. bersih tak ada pun rumput di sekitar 500 kaki sekeliling makam. Kita terpaksa melalui satu 'pintu gerbang' untuk mendekati makam. 'Pintu gerbang' yang saya maksudkan adalah dua pohon pokok buah nam-nam, kata orang Johor, iaitu jenis pokok yang berbuah di batang seperti belimbing buluh dan buahnya menggerutu seperti katak puru. Dari pengamatan saya, pokok itu sudah berusia ratusan tahun. Makam Laksamana Hang Nadim sendirian, tiada makam lain. Tetapi dalam perjalanan mendaki gunung ke arah makam ini terdapat banyak makam-makam lain yang menurut Pak Imam Masjid Bentan Kapor, adalah makam hulubalang pengiring Laksamana Hang Nadim.

    Itulah gambaran yang berada di pemikiran saya sehingga sekarang.

    Namun saya terpaksa melalui pelbagai syarat sebelum boleh tiba ke Makam tersebut. Pertama, saya kena menunaikan umrah dan ziarah Makam Rasullah di Madinah. Sesudah itu, sembahyang Asyar berjumaah di Masjid Kampung Hulu Melaka, ziarah ke Makam Sultanul Ismail di Pulau Besar Melaka, ziarah ke makam Laksamana Hang Jebat juga di Melaka (tempatnya saya rahsiakan atas perjanjian dengan keturunannya), kemudian saya ziarah makam Panglima Hitam di Jugra Selangor, Makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan Kota Tinggi, dan ziarahi Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Seluyut juga Kota Tinggi.

    Namun di samping perlu memakai baju warna biru laut, ada satu lagi keperluan yang terpaksa saya lakukan dan ini tidak perlu saya huraikan oleh kerana kerahsiaannya.

    Seluruh perkara di atas membayangkan perjalanan saya ke Makam Laksamana Hang Nadim di Pulau Bentan adalah perjalanan yang menggabungkan kebesaran Allah dan keunggulan sejarah Nusantara. Ini juga mencerminkan satu kembara yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa di luar Pulau Bentan. Syukur Alhamdulillah!

    salam takzim -- Ruhanie Ahmad

    ReplyDelete
  70. Anonymous9:44 AM

    Dato'

    Mengikut komen Tun Mahathir baru-baru ini,

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hang-tuah-not-a-good-leader-says-ex-pm

    Tun mempersoalkan Hang tuah yang tergamak membunuh kawan karib yang se-Hang dengannya. Tun juga mengatakan Hang Tuah seolah-olah terlalu mengikutkan sangat ketua tidak kira apa saja. Ini bukan satu sifat yang patut bagi seorang manusia.

    Pada pandangan saya, bukan sahaja kita harus pastikan samada Hang Tuah wujud dalam sejarah tetapi cerita yang sebenar berlaku.

    Terdapat bercanggah yang amat besar dalam sejarah Hang Tuah. Dalam sejarah Melayu Hang Tuah bertarung dengan Hang Kasturi tetapi dalam hikayat Hang Tuah, bertarung dengan Hang Jebat.

    Oleh itu cerita Hang Tuah ini boleh dipertikaikan.

    Sebagai seorang berasal dari Johor, saya pernah pergi ke gunung ledang dan berkhemah di sana. Tidak ada apa-apa disana melainkan hutan belantara. Cerita Puteri gunung ledang hanyalah rekaan semata-mata.

    Saya menulis komen di sini kerana daripada bangku sekolah saya tidak senang dengan cerita Hang Tuah yang membunuh rakan akrabnya sendiri Hang Jebat yang pada ketika itu membela Hang Tuah.

    Kita tidak mahu menjadi satu umat manusia yang sanggup menganiayai saudara sendiri seperti mana yang sering berlaku di zaman ini.

    Ada ramai pahlawan-pahlawan kita yang benar-benar wujud seperti Tun Perak pada zaman lama dan juga seperti Mat Kilau, Tok janggut, Dato Bahaman yang tidak diiktiraf sepatutnya kerana umat kita lebih gemar kepada mitos dam tahyol seperti cerita gunung ledang dan taming sari.

    Orang Johor

    ReplyDelete
  71. Anonymous1:59 PM

    Bila seseorang membicarakan hal ini. Terpaksa saya akui sekarang ini dunia melayu tetap sama warna warninya..

    ReplyDelete
  72. Saya mohon semua fikir panjang sebab yahudi ingin menyimpang MELAYU dar jalan yang benar. Ingatlah asal keturunan MELAYU yang pasti kita semua berasal dari kaum Adam dan hawa dan Allah Taala yang mencipta kita..

    ReplyDelete
  73. Anonymous2:10 PM

    Assalamualikum dan semoga diberkati Allah

    Ini pandangan saya coretkan agar bangsa melayu dapat bersaing dengan bangsa lain di Malaysia

    1) Sikap malas membaca dan ambil mudah

    Banyak orang melayu malas membaca malah satu artikel pun tak dapat habiskan sehari.Ini merupakan satu kerugian teramat

    Kalau kita nak tahu Nilai Ilmu lebih tinggi nilainya dari emas dan berlian .Tanpa membaca bagaimana kita nak meningkatkan taraf hidup dan ekonomi kita

    Sikap ambil mudah juga amat berbahaya dalam kehidupan kita.Kebanyakan orang melayu ambil mudah sesuatu perkara hingga menyebabkan kematian .Contoh termudah banyak ibubapa membiarkan anak bermain di padang tanpa pengawasan akhirnya anak hilang dan tidak dijumpai

    Siapa yang silap.Tiada benda mudah di dunia ini

    2) Tak nak bertungkus lumus takut gagal dan tak nak mencuba

    Kebanyakan bangsa melayu buat perkara sekerat jalan tak nak tungkus lumus untuk berjaya

    Malah banyak yang takut mencuba sesuatu baru dengan alasan takut gagal rugi dan banyak lagi

    Saya pun ada sikap di atas namun saya dah mampu kikis sedikit demi sedikit setelah meredah kehidupan dunia yang amat mencabar

    Syukur pada Allah atas segalanya!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  74. Azim Kamarul2:13 PM

    salam ukhwah.. saya hanya ingin bertanya dan meminta sedikit penjelasan.. saya ada mendapat berita yang mennyatakan yang bangsa melayu adalah dari keturunan Nabi Nuh A.S dan akan berada dibarisan hadapan sekali menentang dajjal bersama dengan imam Mahadi yang saya tahu, umat nabi MUhammad yang akan menentang dan membunuh dajjal n saya ader dgr dalilnya.. tp perihal yang keturunan nabi Nuh yang akan bersama - sama dengan imam mahadi menentang dajjal, saya tak pernah dengar pula.. minta penjelasan kerana ini penting untuk umat islam terutama MELAYU.

    ReplyDelete
  75. Anonymous2:19 PM

    Bangsa Paling Rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia. Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan- peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang akan menentang yahudi

    ReplyDelete
  76. Sang Buana2:27 PM

    Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah Dato' bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan asap tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

    Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

    "Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

    ReplyDelete
  77. Anonymous2:35 PM

    Ada cabang ilmu mengkaji asal usul bangsa Melayu. Jangan sempitkan sangat pandangan kita dengan melayu ini. Definisi melayu di Malaysia ini sudah ada campur tangan politik

    Melayu ini sebenarnya bangsa yang tersangat besar. Ada beratus2 etnik dan bahasa bawah bangsa ini.Even di kepulauan hawaii pun ada melayu
    even orientalis pun namakan asia tenggara ni malay archipelago

    Melayu itu adalah orang kenali huruf jawi MIM. full stop

    ReplyDelete
  78. Anonymous9:21 PM

    Bro where do you think you will go?

    ReplyDelete
  79. Raja Lawak1:00 AM

    Dato dan kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.

    1508: Alfonso de Albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) Dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

    1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

    Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi. Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus ASA…

    1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,…

    Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepas itu….

    Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah
    Perisik 1.2.3: Selamat pagi tuan
    Alfonso: Selamat pagi
    Perisik 1: Begini lah Tuan, lupakan saja niat Tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang.
    Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah Dan bongkak)
    Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah Dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu Hang.
    Perisik 3: Betoi tu Tuan…antaranya..Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Khabar, Hang Lagu Mana, Hang Pi Mana, Hang Nak Pi Mana, Hang Kat Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang, Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang dan macam macam lagi Hang Ada Kat Sana…..
    Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri. Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu Hang kat situ. itulah sebabnya, Kedah, dan negeri-negeri utara tidak ditawan oleh Potugis...~~

    p/s: mohon maaf semua dan harap terhibur lawak ini.

    ReplyDelete
  80. Anonymous1:15 PM

    Bangsa MIM ialah Bangsa Melayu yang mengamalkan ajaran ISLAM berpandulan AL-Quran dan Hadis....mereka ni lah akan menegakkan undang2 dan ekonomi ISLAM pada masa akan datang...

    ReplyDelete
  81. Anonymous1:42 PM

    SALAM DATO',
    Betul ke tempat yang Dato' pergi tu? Atau Dato' cuma nak beri isyarat Syari'at, Makrifat atau Hakikat??

    ALIJUSMIN

    ReplyDelete
  82. Anonymous6:20 PM

    HANG TUAH ialah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511.
    Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kirakira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.



    Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana.
    Hang Tuah ialah laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

    Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang.

    Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

    Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu jawatan Perdana Menteri sekarang ini) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato’ Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

    Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.

    Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.

    Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya.

    Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit.

    Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Akibat difitnah, Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati.

    Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

    Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah.

    Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup.

    Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. - Wikipedia

    ReplyDelete
  83. Habib Perak6:24 PM

    Dato' baru ini Prof Khoo Kay Kim kembali menjadi tumpuan apabila membuat kenyataan bahawa pahlawan terbilang orang Melayu, Hang Tuah adalah mitos sahaja. Bagi saya ini tidak benar sama sekali sebab Hang Tuah memang wujud. Tidak lain dan tidak bukan, Hang Tuah adalah semangat‘ahli Umno’ yang amat terkenal sebab beliau telah mewujudkan konsep Ketuanan Melayu.

    ReplyDelete
  84. Sahabat-Sahabat yang dihormati.

    Kisah kunjungan saya ke Makam Laksamana Hang Nadim di kaki Gunung Bentan Kapor, Pulau Bentan, adalah benar. Saksi saya adalah seorang sahabat saya daripada Malaysia, Imam Masjid Kg Bentan Kapor serta seorang keturunan Laksamana Hang Nadim.

    Oleh itu terserahlah kepada anda semua untuk menilai kisah ini.

    Salam takzim -- Ruhanie Ahmad

    ReplyDelete
  85. Anonymous4:12 AM

    Assalamualaikum

    saya sanjungi tulisan dato',dan pengirim pembaca. Laman ini sumber rujukan untuk diri saya cuma hadirkan keinsafan diri mengenali bangsa kita yang hilang.

    Asraf Kareem

    ReplyDelete
  86. ISIS-KL4:15 AM

    PUAS SAYA MENCARI ILMU, AKHIRNYA BERTEMU JUA DISINI. TIDAK DI NAFIKAN CERITA INI BENAR BELAKA. TAK MELAYU HILANG DI DUNIA . "HIDUP MELAYU" 3X.

    ReplyDelete
  87. Anonymous4:22 AM

    Salam untuk Dato Ron.

    Saya sarankan Dato bangkitkan isu ini di UKM supaya adakan satu kajian. merekodkan semula sejarah bangsa kita yang hilang.

    terima kasih

    Julia.

    ReplyDelete
  88. HM Yunus4:34 AM

    Ya, betul tu setiap kali saya baca blog ini akhir2 ini mesti datang semangat melayu. Hendak postkan komen pun mulai dengan bismillah..

    Artikel kali ini, agak panas sikit dan mesej di sampaikan seperti ada sesuatu penulis rahsiakan. Harap artikel ini ada sambungan masa akan datang.

    Saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada penulis menyedarkan anak bangsa kita yang terlupa asal usal mereka. Semoga jasa baik penulis dibalas oleh Allah swt dgn balasan yang setimpal demi bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  89. Anonymous4:39 AM

    Salam Dato,

    Apa khabar, lama sudah tidak berkunjung kelaman ni , nampaknya terlalu banyak perubahan di lakukan. Ia penuh dengan infomasi dan menjadi tempat rujukan pandangan pembaca.

    Syabas atas usaha dan terima kasih juga atas usaha Dato mencurahkan ilmu kepada anak bangsa kita sayangi.

    sekian

    ReplyDelete
  90. Osman JHB4:47 AM

    Maafkan saya Dato'

    Mengapa orang melayu sekarang hanya pandai mengutuk bangsa sendiri dan memegahkan bangsa lain, siapa yang akan memuji dan mengubah bangsa ini?

    Tidakkah mereka sedar kekuatan bangsa kita paling yahudi takut?

    Insaflah wahai bangsa melayu mudah lupa.. bangkitlah dan sedarlah kekuatan bangsa MIM ini tempat terbit matahari petanda akhir zaman.

    ReplyDelete
  91. Anonymous4:50 AM

    Mungkinkah Prof Khoo tak baca buku
    kisah Hang Tuah pernah di bukukan dalam bahasa Inggeris oleh W.G. Shellabear pada tahun 1977 yang bertajuk “The Adventures Of Hang Tuah”

    -Terdapat sebuah perigi di Melaka dinamakan perigi Hang Tuah

    -Terdapat 2 tempat kewujudan kesan tapak kaki di atas batu besar dikaitkan pula dengan sejarah apabila ada dakwaan mengatakan tapak kaki tersebut milik Hang Tuah. Di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk Di Rembau.

    -Hang Tuah dikatakan berkebolehan dalam bidang seni tari yang mana dalam satu kisah menerusi hikayat ada dinyatakan bahawa keasyikan melihat Hang Tuah menunjukkan tariannya membuatkan ramai para hulubalang Majapahit leka sehingga terlupa untuk menikam Hang Tuah secara curi

    -Dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Tanjung Kling, namun begitu penduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun tidak tahu dimanakah kuburnya.

    -Nama Keris Taming Sari milik Hang Tuah sebenarnya adalah milik seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit yang kalah bertarung dengan Hang Tuah. Pendekar Jawa tersebut bernama Taming Sari.

    -Hang Tuah dan Hang Jebat di ceritakan bertarung selama 7 hari 7 malam, dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah.

    -Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah diutuskan untuk meminang Puteri Gunung Ledang bersama-sama Tun Mamat dan beberapa orang lain.Oleh kerana umur yang telah tua untuk ke puncak Gunung Ledang,Dengan itu, tugasnya diserahkan kepada Tun Mamat.

    ReplyDelete
  92. rais ns4:57 AM

    Artikel ini macam membongkar 'puzzle-puzzle' yang telah saya cari makna Tak Hilang Melayu Di Dunia. Tulisan yang menarik agar kita semua dapat melihat siapakah 'MIM- MELAYU" itu sebenarnya. T/K

    ReplyDelete
  93. Anonymous5:02 AM

    Pesanan Dato' Hang Tuah sudah bagai di paku pada memori setiap ‘melayu’ yang melayu pada zaman kini. Dato' Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita ‘tepati’. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dari luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.

    Mari kita bersatu menentukan kemenangan UMNO demi daulatkan bangsa, agama dan negara.

    Mat pahang

    ReplyDelete
  94. Anonymous5:06 AM

    Salam Dato Ruhanie..

    Dalam persoalan ini, saya dengan rendah diri mohon Dato huraikan sedikit penjelasan bangsa MIM. Saya termenung jauh memikirkan masa depan bangsa kita di masa akan datang.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  95. Anonymous2:52 PM

    Kepada anonymous 6.20pm,

    Dalam komen anda, anda mengatakan bahawa Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah orang yang sama.

    Ada 5 daripada mereka iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

    Dalam Sejarah Melayu Hang Tuah bertarung dengan Hang Kasturi manakala dalam Hikayat Hang Tuah, bertarung dengan Hang Jebat.

    Terdapat bercanggahan yang ketara dalam nota sejarah. Tidak ada butir sejarah yang menyatakan bahawa Hang Jebat adalah juga Hang Kasturi.

    Saya berpandangan pakar-pakar sejarah kita harus ke hadapan untuk majukan fakta benar. Yang pertama, samada Hang Tuah adalah benar-benar wujud atau mitos. Kedua, apakah kejadian yang sebenar berlaku terutamanya yang melibatkan Hang Jebat dan lain-lain.

    Setakat ini tidak ada pakar sejarah kita yang ke hadapan membawa fakta-fakta untuk mengungkal kenyataan yang HAng Tuah adalah mitos.

    Selain daripada itu perlu dibahaskan juga adakah tindakan membunuh Hang Jebat iaitu merupakan kawan akrab Hang Tuah yang membela Hang Tuah itu betul? Sekiranya Hang Tuah sudah memperolehi keris Taming Sari, tidak ada orang yang boleh jentik Hang Tuah. Ia boleh membawa keluar Hang Jebat atau dihantar keluar negeri tanpa trajedi yang terjadi.

    Orang Johor

    ReplyDelete
  96. Anonymous1:32 AM

    Salam

    Tidak salah kalau bangsa MIM tidak percaya pada Hang Tuah, tak jejaskan aqidah pun. Paling teruk pun, 'kurang nilai' MIMnya.

    Masalahnya bangsa MIM hari ini ramai yang tidak percaya pada Nabi Muhammad. Ini lagi BAHAYA..!

    MIM atau tidak, semuanya anak cucu cicit Nabi Adam belaka. Ada yang kafir, ada yang muslim. Dalam dua2 golongan ini, ada yang baik, ada yang buruk. Yang buruk sentiasa merosakkan. Malangnya, yang baik selalu jadi mangsa.

    ReplyDelete
  97. Sahabat-sahabat yang dikasihi

    Luar biasa sambutan anda terhadap artikel ini yang saya tulis sekadar sebagai satu nostalgia terhadap nenek moyang saya sendiri. Jika anda beranggapan ini adalah untuk menuipkan semangat kebangsaan Melayu, saya bangga kerana memang sudah sampai waktunya untuk kita semua berbuat demikian.

    Entry terbaru saya adalah sambungan kepada artikel ini.

    Jutaan terima kasih dan salam takzim --- Ruhanie Ahmad

    ReplyDelete