Friday, September 26, 2008

NAJIB TENTANG PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG UMNO

24 Sept - Cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ke tahun hadapan telah mendapat bangkangan dan tentangan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut sumber Seri Perdana, Pak Lah telah memanggil Najib pagi tadi untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Pak Lah telah mengutarakan cadangan agar Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO ditangguhkan ke bulan April dan Jun 2009. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Najib.

Bagaimanapun Pak Lah berkeras mahukan Majlis Tertinggi meluluskan usul ini esok. -
EKSKLUSIF MYKMU.NET:

17 comments:

  1. Apakah rasional di sebalik penangguhan ( mesti mengutamakan kepentingan parti ) yang hendak dibuat? Jika tidak ada dan dipaksakan juga, ia langkah desperate untuk mengekalkan status quo kepentingan kelompok.

    Pak Lah sudah kehilangan 'aura' pemimpin, tidak kompetan dan sering membuat keputusan drastik tetapi disastrous kepada parti dan umat Melayu.

    Memang kita disuruh sabar, tetapi bersabar dalam kebodohan dengan membiarkan anasir parasit menjamah lahap batang tubuh parti, merosakkannya hingga memungkinkan ia menjadi lumpuh adalah sikap dayus, khianat kepada amanah dan bebal. Jangan hidupkan kembali metos 'Melayu Bebal'.

    ReplyDelete
  2. Salam Datuk,

    Seperti yang dijangkakan semakin hari semakin menampakkan pertelingkahan dan pergeseran dalam UMNO.

    Apakah ini semua yang sedang tunggu?

    Tidak, kita tidak mahu menyaksikan parti bangsa yang dulu mampu mempertahankan agama tumbang, roboh lalu ranap dibumi sendiri.

    Tetapi kenapa perkara ini(perpecahan seterusnya kehancuran) tidak dapat kita elakan?

    Kerana hukuman Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya. Percayalah sebelum UMNO lebih banyak meneruskan dosa-dosanya, maka layaklah dia kembali kepangkuan Tuhan untuk diperhitungankan sebelum dibenam ke 'neraka', wal'izubillah.

    maaf dari saya;

    http://nawawidahalan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Jika Pemilihan ditangguh, kapal UMNO akan terus menuju kemusnahan dan berkemungkinan akan karam. Abdullah dan ahli-ahli majlis Tertinggi UMNO hari ini akan diingat oleh generasi Melayu akan datang sebagai pembunuh UMNO.

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:31 AM

    Pada hemat saya ia wajar ditangguhkan bagi memberi peluang untuk PL mentadbir negara dan proses peralihan kuasa akan berlangsung dengan sempurna, dan memberi ruang kepada beliau untuk memastikan yang prestasi Datuk Najib sangat memuaskan sebagai menteri kewangan. KPI lah kata kan..

    Sebelum mesyuarat PLTK kena pastikan yang si Kambing Jantan kesayangannya dipastikan dapat memakan "rumput" yang terbaik dari ladang.

    Minta ahli MT tertinggi yang bermesyuarat hari ini mempunyai "telor" dan jangan jadi "cina buta" dalam kes ini.

    Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya....

    ReplyDelete
  5. PAK LAH

    Datuk Seri Abdullah
    Anak Ahmad Badawi popular dengan panggilan Pak Lah
    Perdana Menteri Malaysia yang mencipta sejarah
    Dikenali bersih awal memerintah
    Penggal pertama makin menyerlah
    Di sana sini dilihat lemah
    Islam dijenamakan banyak yang marah
    Banyak projek mega ditangguh sudah
    Anak dan menantu menjadi barah
    Ramai percaya Pak Lah diarah
    Mentadbir kerajaan dan parti tak tentu arah
    Keputusan selalu berubah-ubah
    Imej Islamiknya tercemar sudah
    Pelakun terkenal dirangkul Pak Lah
    Ini semua tentu mengundang padah
    PRU12 tertanya menyerlah
    Protes rakyat semakin bertambah
    Pak Lah mahu mengaku kalah
    Anak,menantu dan isteri mula marah
    Akhirnya Pak Lah akur jugalah
    Pertahan jawatan sekalipun UMNO parah
    Konon nak baiki masaalah rasuah
    Makin menjadi-jadi makin bertambah
    Dalam kerajaan, dalam parti lebih dahsyatlah
    Sekarang Pak Lah dah naik lelah
    Haluan parti dah tidak tentu arah
    Semakin dekat Pak Lah rebah
    Semakin banyak sokongan yang bawa rebah
    Konon Pak Lah jangan ditentang jangan disanggah
    Mengharap Pak Lah kembali kebah
    Dari luar parti Pak Lah disergah
    Anwar Ibrahim mengancam akan menerjah
    Pak Lah naik gelabah
    MP dibawa keluar Negara ‘membeli belah’
    Negara kini semakin parah
    Inflasi semakin menokok menambah
    UMNO dilihat sudah tak tentu arah
    Pembangkang makin ghairah nak meratah
    Ke mana rakyat nak mengadu masaalah
    Orang politik asyik bergaduh dan bertelegah
    Janji nak membela rakyat yang susah
    Yang jelas orang politiklah yang paling bermasaalah
    Sikap dan tindak tanduk mereka tak berubah
    Menghina, mencaci dan salah menyalah
    Apa rakyat masih percayakah?
    Asal nama politik memang jelas sudah
    Kuasa dikejar sanggup gadai maruah
    Kawan makan kawan biasalah
    Hari ini kawan esok jadi musuh tak hairan dah
    Sebab kesetian hanya slogan dilidah
    Dalam hati, masyaAllah
    Iblis dan syaitan pun ngaku kalah
    Kepada rakyat memohon dengan tangan menadah
    Kepada Tuhan kita berserah
    Kerana semua yang berlaku terkandung hikmah
    Yakinlah Tuhan tidak jadikan sesuatu sia-sia tanpa faedah
    Jika besar masaalah, maka besar juga hikmah
    Yang tersurat dibaca sudah
    Yang tersirat menanti pasrah

    Pak Lah
    UMNO merekah menunggu belah
    Belah dua, tiga, empat boleh jadi bersepah-sepah
    Nampak muka makin kurang darah
    Tak tidur malam mata mesti merah
    Fikiran serabut dengan macam-macam masaalah
    Hati sentiasa mengelabah
    Takut Najib dan Mahyuddin tak ikut arah
    Ku Li tentu melawan arah
    Ahli UMNO dah banyak yang menyampah
    Kenapa masih belum mengaku kalah?

    Pak Lah
    Hari ini Jumaat terakhir Ramadhan yang penuh berkah
    Menjadi penentu Pak Lah selamat atau musnah
    Kepada Tuhan kembali menyerah
    Kenapa masih menegak benang yang basah
    Jika patut menyerah kalah
    Mengundur diri dapat menjaga maruah
    Datang simpati mereka yang marah
    Jasa dikenang walau pun ada yang menyumpah seranah
    Tapi jika masih terasa gagah
    Terimalah akibat menungkah bah
    Lemas tenggelam impian Pak Lah
    UMNO turut punah ranah
    Pak Lah oh Pak Lah
    Tiada bahasa tiada madah
    Bukan masa nak bertikam lidah
    Inilah masa patut berubah
    Membaiki diri, bertaubat dan kepada Tuhan mengaku salah

    Pak Lah
    Kenapa orang marah
    Kerana Pak Lah dah tak amanah
    Cakap banyak berubah-ubah
    Macam budak baru sekolah
    Biasanya orang macam ini ada buat salah
    Apa sebenarnya yang sudah dibuat Pak Lah
    Rakyat rasa cukup menyampah
    Pak Lah pula buat muka sampah
    Tak faham bahasa atau memang tak bermaruah
    Sudahlah Pak Lah
    Masa dan cukup dah!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ... Datuk & everyone ...
    This Dollah AB is something else ya ... betui2 kulit tebal macam kulit 'camel' jugak kot (there goes my pahala puasa ni!)... dok tak dapat faham hint2 yang diberi oleh seluruh rakyat. The only people backing him to stay ... is his kitchen cabinet & several few individuals yang dok kipas his behind. What a ludicrous proposal to step down from UMNO president post but maintain his PMship until later 2009 … what … what … I really have to question his thought process & the brains behind it all (surely sleepyhead cannot conjure up such notion by himself … ini sure pakai talian hayat ni! !!) Maha suci tuhan … his spinners are working-out into every holes & cavity to preserve his PMship … I do hope & pray that other UMNO members can see clearly now the real Dollah A Bodowi … do they want him to deteriorate UMNO and Malaysia to the ground? Just ask your self that question … my fellow Malaysians … but right now UMNO dulu …ball is in your court … your turn to serve!

    ReplyDelete
  7. Datuk,

    Mencari Tarikh

    Menanggoh Tarikh

    Menyerah Tugas

    Menunjuk Taring

    Melawan Tauke

    Melanggar Tembok

    Melutut Takut

    Memaksa Turun

    Memaksa Tunduk

    Menyamar Taat

    ATAU

    Meneruskan Tangisan...Menunggu Talkin...Menimbus Tanah

    Semuanya itu akan terjawab pada jam 10:00 pagi ini

    ReplyDelete
  8. Paling senang mengatasi kemelut ini ialah kembali kepada sistem yang benar-benar demoktarik. Teruskan pemilinan Disember ini, hapuskan sistem kuota dan buka pencalonan bagi setiap lapisan bermula dari presiden ke AJK biasa.

    ReplyDelete
  9. satu lagi tindakan yg menyerlahkan kelemahan aab. nampaknya kemusnahan umno semakin hampir.

    ReplyDelete
  10. Salam Datuk,

    Keputusan mesyuarat khas MT nanti dapatlah kita tahu berapa ramai yang sependapat dengan Datuk Najib dan berapa ramaikah ahli MT yang masih meneruskan agenda bodek mereka.

    Kalau sindrom kipas masih berterusan, maka keutuhan parti akan semakin pudar dan mungkin akan lenyap pada satu masa nanti.

    Sempena Ramadhan al-Mubarak dan juga menjelang Aidil Fitri, mungkin ahli MT akan berfikiran lebih terbuka, buatlah keputusan berlandaskan kepentingan untuk semua warga UMNO bukan untuk kepentingan setengah pihak sahaja.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju. Penangguhan akan menunjukkan yang Pak Lah adalah seorang yang penuh dengan perasaan pentingkan diri sendiri.

    Bukanlah ciri seorang pemimpin yang bagus dan bertakwa jika tembolok sendiri diutamakan daripada rakyat di bawah pentadbirannya.

    Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, diharap Pak Lah dapat bermuhasabah dan buatlah solat Tahajjud minta Allah tunjukkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, bukan untuk anak dan menantu.

    ReplyDelete
  12. UMNO Pasti Mati. Kembali kepada fitrah Allah SWT, yang hidup pasti mati, yang wujud pasti musnah, yang di atas pasti ke bawah. Sebagai insan kerdil, PAK LAH wajar ketahui hukum Allah, kita tidak perlu bongkak dan sombong, dunia adalah sementara, akhirat adalah selamanya.

    ReplyDelete
  13. Mari kita sama sama join parti rakyat(PKR) Hidup parti rakyat bungkam Umno..

    ReplyDelete
  14. mari la kita sama kearah Malaysia baru dengan menyertai PKR..hidup PKR

    ReplyDelete
  15. Perhimpunan Agung UMNO, pemilihan MT ditangguh ke Mac 2009
    26/09/2008 12:33pm
    UTUSAN

    KUALA LUMPUR 26 Sep. – Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijadualkan Disember ini ditangguhkan sehingga Mac tahun depan.

    Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini, MT bagaimanapun menetapkan mesyuarat dan pemilihan bahagian-bahagian UMNO yang bermula pada 9 Oktober ini akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu bahawa pertandingan jawatan peringkat tertinggi UMNO pada Mac depan bergantung kepada keputusan mesyuarat bahagian-bahagian yang diadakan bulan depan.

    Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan Mac depan, Abdullah berkata: “Terpulang kepada saya.”

    Keputusan itu dibuat untuk melancarkan peralihan kuasa antara Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  16. Marilah kita sama sama menuju ke Malaysia Baru dgn menyertai Pakatan Rakyat yg lebih adil,saksama dan memberi kehidupan lebih terjamin dunia dan akhirat..hapuskan ISA..hidup PKR

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:07 PM

    PKR?...parti penghianat bangsa melayu

    ReplyDelete