Wednesday, March 12, 2008

Al-Fatehah Untuk Datuk Zakaria Deros
Dan Takziah Kepada Ahli Keluarganya

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Deros, 62, meninggal dunia selepas sesak nafas di rumahnya di Kampung Idaman, Klang pukul 1 pagi ini.

Menurut seorang anak perempuannya, Liza, Allahyarham tiba-tiba mengalami sesak nafas semasa sedang berbual dengan anggota keluarganya.

Zakaria menyertai beberapa orang rakannya mengikuti perkembangan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Dipetik Daripada BERNAMA

3 comments:

  1. Alfatihah.

    Moga-moga dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. arwah ke yang pernah kecoh psl rumah mcm mahligai tu? yg harga berjuta-juta? sekadar inginkan kepastian.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:47 PM

    arwah ada hutang dengan saya. dia gadaikan cincin pd saya tapi sampai mati pun dia tak sempat byr.

    ReplyDelete