Thursday, January 31, 2008

Guna PRU Bersihkan Umno: Dr M

A Kadir Jasin

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, hari ini menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu.

Katanya, tiada jalan lain untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin yang tidak cekap dan tidak amanah. Dr Mahathir menggunakan istilah Inggeris “cleansing” bagi memperjelaskan apa yang beliau maksudkan.

Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Bercakap kepada sidang akhbar di Putrajaya selepas melancarkan buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders,” beliau merujuk kepada hasutan serta politik wang yang digunakan bagi menyekat percubaan beliau menjadi perwakilan biasa Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno 2006.

Ditanya apakah beliau bersedia membantu Umno dan Barisan Nasional pada PRU akan datang, Dr Mahathir berkata beliau sedia jika dijemput.

“Tetapi saya akan hanya membantu calon yang bersih dan berwibawa sahaja,” katanya sambil merujuk kepada PRU 2004 apabila BN menghalang beliau daripada berkempen di kawasan-kawasan tertentu.
Untuk posting selanjutnya sila akses: http://www.kadirjasin.blogspot.com/

1 comment:

Hovidpure said...

Salam Dato'.
Bila bekas Perdana Menteri, Dr Mahahir Mohamad, menyarankan agar ahli dan penyokong Umno menggunakan pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi “membersihkan” parti itu. Ini, tegas beliau, terpaksa dilakukan kerana segala percubaan menegur dan mengubah pemimpin serta dasar parti dari dalam telah digagalkan.

Dengan sendirinya membawa maksud ahli UMNO amat perlu untuk dalam PRU-12 ini memberi undi kepada calun daripada parti pembangkang agar peratus undi BN merundum dengan banyak dan nyata. Hanya dengan menafikan kuasa 2/3 BN di Parlimen yang dapat menolak Dato Seri Abdullah Badawi daripada meneruskan hasratnya untuk kekal sebagai PM yang lemah dan bacul. (PM bacul kerna tinduk tanduknya dikawalselia oleh menantunya sendiri).

Sekeras mana dan sekejam mana sekali TDM semasa eranya, beliau tetap akan dikenang sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Selama tempoh 22 tahun pemerintahan TDM, idea dan pembangunan yang dihasilkan beliau amat ketara dan berkesan sekali.

Sudah mencapai 4 tahun era pemerintahan AAD, tiada satu pun kesan pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyat. Baik pembangunan minda, fizikal maupun material semuanya hambar belaka.

Ayuh ahli UMNO semua, terutama di Johore, dalam PRU-12 ini kita pakat undi parti pembangkang sebagai tanda marah rakyat kepada pemimpin yang cuai, culas, malas dan kontang idea.

Kita perlu sesekali menjentik anak untuk membetulkannya.