Friday, November 30, 2007

Desakan Abdullah Berundur
Bukan Suara Main-Mainan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi didesak mengosongkan seluruh jawatannya dalam kerajaan dan Pekembar (UMNO) dengan serta-merta demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Demikianlah semangat baru yang meledak di kalangan sesetengah rakyat jelata Malaysia setelah gelombang kuning melanda Kuala Lumpur pada 10 November 2007.

Desakan-desakan seperti ini disuarakan dengan lantang, tegas, nyata dan berbuka, menerusi postings dan komen-komen dalam blogs dan portal berita tempatan. Ia juga dipolemikkan di sesi-sesi sembang di kedai-kedai kopi di desa dan kota.

Desak-desakan ini bukan main-mainan. Kalau Abdullah mahukan bukti-buktinya, silakan layari sendiri sebilangan besar blogs dan portal berita maya kebelakangan ini. Bacalah postings mereka dan bacalah juga komen-komen yang ditinggalkan oleh para pengunjung ke blog-blog terbabit.

Abdullah juga boleh memperolehi bukti-bukti mengenai perkembangan ini menerusi maklum balas yang telah dikutip oleh seluruh jentera perisikan kerajaan di seluruh negara.

Oleh itu, Abdullah sewajarnya melapangkan sepenuh masanya pada ketika ini untuk membaca seluruh bukti-bukti ini untuk memastikan kebenaran dan realitinya.

Pada waktu yang sama, Abdullah mestilah bebaskan dirinya daripada cengkaman penyakit atau sindrom penafian yang sedang beliau hidapi.

Kalau beliau tidak berbuat demikian, pasti Abdullah tidak akan dapat berpijak di alam nyata. Sebaliknya, beliau akan terus berada di awang-awangan dengan keyakinan bahawa rakyat jelata terus menyanjung beliau dan kerajaannya pula dalam keadaan stabil.

Fenomena terbaru ini membuktikan bahawa kekecewaan rakyat jelata terhadap Abdullah dan kelemahan serta kepincangannya memang sudah sampai ke peringkat paling maksima. Ia juga membuktikan bahawa kemarahan rakyat jelata terhadap menantu Abdullah juga sudah sampai ke tahap yang sama.

Lantaran itu, beranikah menantunya menasihati Abdullah supaya berundur dengan serta-merta? Atau, mungkinkah kalau Abdullah tidak berundur, maka keputusan itu bukannya keputusan Adullah, sebaliknya keputusan menantunya yang disifatkan oleh banyak pihak, sebagai sedang mabuk kuasa? – Ruhanie Ahmad

7 comments:

  1. Salam,
    'beranikah menantunya menasihati Abdullah supaya berundur dengan serta-merta?

    Izinkan saya menjawab cara UMNO bersembang...'Nak mampos, kalau Pak lah resign, aku nak jadi apa' (anggap KJ menjawap).

    Datuk, don't tell me Najib ganti Pak Lah kalau Pak Lah resign.

    ReplyDelete
  2. Assalmualaikum Datuk.

    Pak Lah bukan seorang yang membaca. Beliau juga bukan seorang yang teliti. Beliau teramat mengharapkan penasihat-penasihatnya dalam semua keputusan dan perkara. Dan penasihat-penasihatnya pula mengambil peluang yang teramat dalam hal ini, untuk menambah kuasa dan harta, untuk diri sendiri mahupun keluarga dan sahabat handai.

    So, adalah mustahil penasihat-penasihat beliau akan menyampaikan hasrat Datuk kepada Pak Lah, kerana tanpa Pak Lah, tertutuplah periuk nasi penasihat-penasihat ini, terutamanya SIL.

    Namun itu, saya hormati dan hargai saranan Datuk. Negara makin kucar-kacir, bangsa makin ditekan tanpa dibela. Pembangkang dihormati dan dikasihi, penyokong dipandang tak endah!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi membuat komen terbuka.
    Bukan mudah untuk sedar dari mimpi yang indah indah belaka.
    Dan lebih sukar untuk menghayati sajak yang diulang di seantereo dunia yang menanti untuk dilaksanakan saja.

    ReplyDelete
  4. Salam Datuk,

    sy amat bimbang dgn kerajaan PL la ni..lebih2 lagi kalau dia tak dapat nak halang bende ni terjadi kat Malaysia..sy amat bimbang..apa akan jadi dgn negara tercinta ini..

    yaz~bimbang sangat

    qoute:

    Hidraf threat to the British: We're going to form a new Hindu terrorist wing in Malaysia!

    Hindraf: final appeal to Queen Elizabeth II
    HINDRAF
    Hindu Rights Action Force
    No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
    Kemayan Square,
    70200 Seremban, Negeri Sembilan
    Malaysia. Tel : 06-7672995/6
    Fax: 06-7672997 Email waytha@hotmail.com
    MEDIA STATEMENT
    24-11-2007

    Senior Private Secretary to Her Royal Highness Queen Elizabeth II
    Buckingham Palace 24.11.2007
    London
    and / or
    c/o Ministry of Foreign Affiars
    P.O.Box 7048,
    Kampala, Uganda
    Email: info@chogm2007.ug
    Fax: +256-414-237310

    The Rt. Hon. Gordon Brown
    Prime Minister of the United Kingdom
    10 Downing Street
    London SW1A 2AA
    ( Courier & Fax:+442079250918)

    and/or
    C/o Ministry of Foreign Affiars
    P.O.Box 7048,
    Kampala, Uganda
    Email: info@chogm2007.ug
    Fax: +256-414-237310
    and / or
    H.E.Don Mckinnon
    Secretary General Commonweath
    Commonwealth Secretariet
    Marlborough House Pall Mall London SW1Y 5HX
    Telephone: +44 (0)20 7747 6408
    Email: info@commonwealth.int
    Fax: +44(0)2078399081

    and / or
    C/o Ministry of Foreign Affiars
    P.O.Box 7048,
    Kampala, Uganda
    Email: info@chogm2007.ug
    Fax: +256-414-237310


    Dear Sirs,
    RE: 1. APPEAL TO HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II AND THE COMMONWEALTH HEADS OF GOVERNMENT IN KAMPALA, UGANDA.
    2. 50 YEARS OF OPPRESSION, SUPPRESSION AND MARGINALISATION OF EHNIC MINORITY INDIANS BY THE UMNO CONTROLLED MALAYSIAN GOVERNMENT.
    3. MALAYSIAN GOVERNMENTS’ CRACKDOWN ON PEACEFUL ASSEMBLY TO PRESENT PETITION TO H.M QUEEN ELIZABETH II ON 25/11/07.


    With all due respect may we refer to the above matter and to our media statement enclosed herewith which is self explanatory. We hereby humbly appeal that your goodselves take the appropriate action accordingly

    We have written one thousand over letters, memorandums, appeals, protest notes etc to the Prime Minister, Ministers Attorney General and Inspector General of Police and the other Malaysian authorities but they have neither replied to nor do they even want to even talk to us. They just go on with their oppression, suppression, marginalisation and persecution of these mere 8% ethnic Indians (95% Tamils) in Malaysian with impunity.

    Our worst 'fears' are we do not want these Tamils to be forced into terrorism like what is happening in Sri Lanka.
    On our part we are committed to a diplomatic, peaceful and legal means in our struggle for justice, democracy, the rule of law and humanity.


    Thank You,

    Yours Faithfully


    P.Uthayakumar
    Legal Adviser
    013-3504711


    dari http://mymassa.com/myvoice/

    ReplyDelete
  5. fikirkanlah sesuatu supaya pak lah berundur segera sebelum lebih banyak kerosakan yang berlaku kepada negara. kita kini ibarat berada dalam sampan tanpa pendayung, tanpa layar, tak ada kemudi. berikan amanah kepada yang ahli. kalau nak menunggu gesaan dari dalam umno, tidak akan berlaku kerana semuanya politik perut.

    ReplyDelete
  6. Datuk,

    Sekarang ini mustahil AAB berundur. KJ sedang mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU. Pemimpin UMNO (politik) sedang bersiap sedia hadapi PRU. Pemimpin UMNO (ekonomi) bersiap sedia dengan pelbagai projek di pelbagai koridor dinegara ini.

    Memandang suasana politik terkini agak panas dengan gelmbang kuning dan Hindraf, rakyat akan membuat penilaian mereka di atas kertas undi. Mungkin keputusannya kelak akan memeranjatkan AAB.

    ReplyDelete
  7. Tok..

    Pak Lah seorang pemimpin yang lebih berkarisma, lebih mempunyai visi (nah, wawasan 2057 beliau adalah yang lebih baik dari wawasan 2020!!) serta beliau mempunyai idea yang boleh diguna pakai (koridor di sana sini, cara melaksanakannya, belakang cerita).

    Oleh itu Tok, Pak Lah tak boleh dipaksa supaya berundur, mahpun meletak jawatan.. Dianya seorang pemimpin terhebat di dalam sejarah Malaysia. Berikanlah dia peluang untuk terus memimpin negara dengan cara membiarkan negara ini di dalam kawalan "auto-pilot"..

    Sokong membawa rebah...

    HESMEL FAZNEE FAISAL

    ReplyDelete