Wednesday, February 21, 2007

Belon Akan Terus Dibalon
Sampai Rakyat Pilih Calon?

Kisah pembelian belon [kapalterbang] mewah oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), nampaknya terus menerus kena balon. Saya dengar cerita, pembelian belon Airbus A319 berharga US$60 juta ini semakin rancak diprbualkan di kampung-kampung.

Saya juga dapat tau, pihak-pihak tertntu akan terus balon isu ini secara habis-habisan sehingga rakyat jelata memilih calon pada Pilihan Raya Umum k-12 kelak.

Setakat ini, Raja Petra Kamarudin (RPK), menerusi ruangan The Corridors Of Power, dalam Malaysia Today (MT), menimbulkan pelbagai soalan mengenai belon tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

Siapakah yang akan mengendali dan menerbangkan belon berkenaan? Bukankah pesawat yang didaftarkan di bawah syarikat swasta tidak boleh dikendali dan diterbangkan oleh juruterbang TUDM?

Kenapakah pihak berkuasa tidak menjelaskan bahawa PMB adalah anak syarikat 100 peratus milik Khazanah Nasional? Bukankah Khazanah Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad, adalah syarikat milik Kerajaan Malaysia?

Bukankah tugas utama Khazanah Nasional adalah melakukan pelaburan strategik bagi pihak kerajaan demi kemakmuran ekonomi negara ini?

Banyak lagi perincian mengenai pengedalian dan pengurusan belon itu yang dibangkitkan oleh RPK. Kisah sepenuhnya boleh diakses di sini:

Bacalah dan pastikanlah sama ada pemblian belon mewah ini tepat pada waktunya. Pastikanlah sama ada pemblian tersebut sejajar dengan kedudukan kewangan ngara masa ini.

Wajarkah sewaktu rakyat jelata hidup merana, kerajaan pula berbelanja beratus-ratus juta ringgit untuk manfaaf seglintir manusia sahaja? – Ruhanie Ahmad.

3 comments:

  1. Memang tak dapat dinafikan, di mana-mana sahaja hatta di majlis kenduri kahwin pun, orang akan bertanya .... Apa perkembangan UMNO hari nie, bila nak pilihanraya umum, saham dan ekonomi meningkat nie petanda nak pilihanrayalah nie.

    Apa sebenarnya yang kita mahukan melalui politik? Adakah kita sekadar suka-suka nak pilihanraya sedangkan janji-janji pilihanraya lalu, belum pun 50% kita tunaikan untuk rakyat.

    Mengapa kita terikut-ikut dengan permainan PAS dan pakatan pembangkang lain yang terlalu sibuk nak berpilihanraya, ....tapi bila dah ada pilihanraya kecil seperti di Batu Talam hari tu ... tarik diri dari bertanding , kononnya SPR tak adil, tak telus dan macam-macam lagi.

    Dalam hal nie, tepuk dada tanya selera. Adakah kerajaan hari nie dah tunaikan janji-janji mereka pada PR umum ke-11 lalu, sekurang-kurangnya mesti 75% drp janji tersebut, mesti dilunaskan.

    Kemudian, barulah kita fikirkan pilihanraya, ini janji dulu belum tertunai, tak payahlah kita dok sibuk-sibuk kempen untuk pilihanraya, biar kerajaan hari nie buat kerja mereka dulu.

    Lainlah PAS, ADIL, DAP dan pembangkang yang lain. Mereka memang dah takde kerja lain

    ReplyDelete
  2. Setitik Darah Sebelanga Susu

    Panas! Panas! Panas!
    Soto panas - tempenya, wak
    jangan terlupa!
    sambal olek pun ada
    Weh, soto Muar jadi hidangan.

    Panas! Panas! Panas!
    Belon mainan meletup-letup!
    Basah lokoih mencemar duli
    Habis kuyup si-Sultan Mizan.

    Siapa dia yang cucuk belon?
    Haah! mat penyu ganu kite
    Peduli apa, kata mereka
    Presiden Abdullah tersenyum simpul

    Basah! Basah! Basah!
    Darah raayat merah marah mengalir!
    Satu titik setia raja
    Satu titk setia jebat
    satu titk setia nila
    hancur rosak sebelangga susu.

    Panas! Panas! Panas!
    Doyok Mentakab tercari-cari
    Se pandai-pandai meriam katak
    sangat mujarab meriam besi
    Huuh! Cucu Mat Top mencuri nama.

    Merana meraung pacai-pacai
    pecacai nusabangsa anterodunia
    Salam Tahniah, salam Takziah
    mulanya gelak dan tawa,
    akhirnya tangisan berdarah.

    Fikir-fikirkan
    wahai fikri dan fakir

    ReplyDelete
  3. BN di balun kerana belon.

    Ni boleh buat cerita ni ...

    ReplyDelete