Wednesday, July 19, 2006

SHAHRIR SAMAD
'KENA PUKUL'
DI HOTEL NIKKO?
[dipetik daripada www.kmu.net.my]

Merah padam muka Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, sebab tak dapat jawab kutukan tiga orang ahli UMNO pasal isu jambatan dalam majlis penjelasan isu-isu semasa UMNO Wilayah Persekutuan di Hotel Nikko malam 18 Julai 2006.

Dalam penjelasannya, Shahrir mendakwa bahawa dialah yang bisikkan kepada Tun Hussein Onn supaya ambil Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Timbalan Perdana Menteri, pada tahun 1976, bila Tun Razak meninggal dunia. Bisikan itu, katanya, dibuat atas kedudukannya sebagai Pegawai Allahyarham Tun Razak.

Shahrir juga tuduh Tun Dr. Mahathir, kononnya sekarang cakap macam orang tak ada tanggungjawab. Ada sekali tu, Shahrir seolah-olah macam nak tuduh Tun Dr. Mahathir kononnya orang yang sokong komunis.

Dalam ucapannya, Shahrir turut kata dialah orang pertama yang minta projek jambatan gantikan Tambak Johor dibatalkan. Tapi dia tak kata pula apabila Pak Lah mulakan semula projek tu pada bulan Januari 2006, dia bercakap di dalam dan di luar Parlimen desak kerajaan tidak tunduk kepada Singapura, sebaliknya Pak Lah kena teruskan projek tu.

Bila Pak Lah tukar pendirian pada Mac 2006, selepas orang UMNO Johor tak restui Pak Lah nak jual pasir Malaysia selama 20 tahun kepada Singapura, Shahrir pun tukar cerita. Tiba-tiba dia kata bagus kerajaan Pak Lah tak jadi buat jambatan.

Shahrir juga mempersoalkan apa guna buat jambatan itu. Katanya, jambatan ganti Tambak Johor tu kalau dibina dalam wilayah Malaysia pun tak luas, cuma 300 meter panjangnya. Kalau kapal lalu pun kos jadi mahal sebab kapal kontena yang lalu nanti kena pakai bot pemandu. Jadi tak usah bina jambatan, buat rugi saja. Tak untung.

Tapi, Allah nak tunjukkan betapa tak berapa pandainya Shahrir. Ada ahli UMNO yang tak sekolah tinggi tanya Shahrir dan Datuk Khaled Nordin, tak boleh ke dibina jambatan macam London Bridge di London yang boleh dibuka dan ditutup, jadi kapal pun boleh lalu di Selat Johor tak payah perlu guna bot pemandu?

Shahrir dan Khalid pun ternganga. Itu baru berlawan dengan ahli biasa UMNO. Macam mana nak lawan Tun Mahathir? Yang kelakarnya, ahli UMNO Wilayah yang buat cadangan tu tak pernah pun pergi London. Dia tengok teknologi London Bridge dalam TV saja.

1 comment:

A Voice said...

Rakyat Johor terhutang budi kepada DYMM Tunku Sultan Johor kerana mencampurtangan dan tidak membenarkan Dato Khaled Nordin bertanding diperingkat DUN yang memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar Johor.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!