tag:blogger.com,1999:blog-29933783.post5005950287913544737..comments2024-01-15T18:16:35.821+08:00Comments on kudakepang: kudakepanghttp://www.blogger.com/profile/10947389601975196845noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-91790639711260069952007-09-06T23:09:00.000+08:002007-09-06T23:09:00.000+08:00Saudara ARB. Terima kasih.Saya sama seperti anda. ...Saudara ARB. Terima kasih.

Saya sama seperti anda. Persekitaran siasah dan ekonomi negara kita masa ni agak mencemaskan. Mungkin saya tersilap. Tapi daripada maklumat yang saya perolehi, begitulah rasa hati kecil saya.

Lebih mencabar kesabaran saya adalah pihak yang sewajarnya bersuara pula hanya sepi dan bisu.

Sekarang ni kita wajar cuak dan curiga dengan sesetengah jiran kita. Mereka kini menggunakan pendekatan sun-tze - secara subtle, secara mysterious dan secara komprehensif - sebilangan besar strategi digunakan dengan motif pengembangan pengaruh demi memenuhi agnda nasional pihak tersebut.

Selama ini saya perhati saja. Tapi, lama-kelamaan saya jadi marah-marah bila pihak kita seolah-olah menyorongkan bantal kepada pihak yang mengantuk, dan pihak itu pula berlagak seperti dah dapat betis nakkan peha, dan kita layan, kononnya demi memelihara semangat kejiranan abadi.

Semua ini berlaku kerana wujudnya kompromi - sama ada sengaja atau secara tak disedari. Akhirnya, soal kedaulatan negara pun nak dikompromikan atas alasan pembangunan dan kemajuan, kononnya.

Orang akan bertanya, apa bukti yang ada? Tetapi, apa pula bukti yang kita perlu berkompromi dan berlembut untuk menjaga hati jiran? Apa bukti yang jiran itu juga akan berlembut dan bertolak ansur dengan kita?

Saya berpendapat, sudah sampai masanya soal jiran kita yang satu ni disorot secara komprehensif, bukan secara adhok atas isu-isu tertentu sahaja. Soal jiran yang satu ni kita kena kaji seluruhnya untuk mendapatkan kefahaman terhadap the bigger picture dan the bigger agendanya.

Saya rasa, elok juga saya tamatkan di sini buat sementara waktu. Harap anda e-mail saya ke puteramaya@gmail.com bukan mayaputera@gmail.com kerana mayaputera dah kena godam dan di"rampas" atau being hijacked oleh pihak yang saya tak ketahui atau kenali.

ps: anda cadangkan kita semua baca buku the gideon spy pasal penyusupan mossad. Saya pula cadanglan anda cari buku the lord of the rim untuk memahami jiran kita yang satu ni. Baca dengan tliti dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Selamat berjuang dan salam takzim.kudakepanghttps://www.blogger.com/profile/10947389601975196845noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-50836630297308075012007-09-06T17:11:00.000+08:002007-09-06T17:11:00.000+08:00Salam Dato'Sudah lama rasanya saya tidak memberika...Salam Dato'

Sudah lama rasanya saya tidak memberikan komen di laman Dato'. Bukannya tidak sudi tetapi tidak ada isu yang mampu saya komen lebih-lebih lagi apabila pembaca lain telah sudi memberikan buah fikiran mereka.

Namun saya akan bangkit bersuara apabila bangsa dan ugama saya diperkotak-katikkan oleh orang lain tanpa sebarang rasa hormat sama-sekali.

Apa yang saya perhatikan kebelakangan ini ialah mereka mula mencabar pihak berkuasa dan juga kerajaan dengan menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka. Malang juga apabila kerajaan sekarang yang lebih mementingkan populariti tunduk pula kepada desakan kumpulan ini. Tak tahulah apa nak jadi.

Namun begitu ingin saya suarakan di sini bahawa golongan ini juga mula mempersoalkan kontrak sosial yang dipersetujui oleh datuk-nenek mereka sebelum mencapai kemerdekaan dan mula mempersoalkan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Ini saya tidak boleh diamkan.

Sebagai analogi, mereka ini seperti pasangan berkasih yang sanggup sehidup semati sebelum berkahwin. "Apa you suka I lagi suka". Tapi apabila berkahwin, masing-masing tidur di katil berlainan dan mimpi pun dah tidak sama lagi. Inilah hakikatnya.

Saya dapati ada sebahagian daripada golongan ini berkomplot untuk memenuhkan barrage) kotak komen blog-blog yang mempersoalkan tindak-tanduk mereka kebelakangan ini. Malah blog saya sendiri telah diasak dengan 10 komen yang panjang-panjang belaka dalam masa tidak sampai 50 minit. Ini menunjukkan kerjasama dan konspirasi berkumpulan yang terancang. Tidak mungkin 10 orang (mungkin lebih) melawat blog saya dalam masa yang sama dan terus membuat komen-komen pedas terhadap UMNO.

Apa yang dikesalkan ialah mereka ini seolah-olah merasakan UMNO sahajalah yang mewakili umat Melayu dan menindas mereka tanpa mengambilkira fakta bahawa ada juga orang Melayu yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.

Saya berpendapat bahawa serangan terhadap UMNO harus ditujukan terus kepada parti berkenaan supaya boleh dijawab oleh mereka yang dipertanggungjawabkan.

Saya tidak terkejut kalau dikatakan telah terdapat penyusupan agen-agen asing ke dalam negara melalui sempadan darat. Malah ini bukanlah sesuatu yang baru. Jika diperhatikan kepada sejarah revolusi Iran, mereka inilah juga yang menyusup masuk untuk mengharukan keadaan dan sekaligus cuba menangguk di air keruh apabila pemerintah menjadi terdesak akibat ingin terus berkuasa (sila rujuk buku Gideon Spies' mengenai operasi Mossad).

Yang lebih membimbangkan ialah apabila pegawai tinggi kerajaan menjadi alat mereka tanpa sedar samada melalui pemerasan atau dikhianati orang bawahan.

Sudah menjadi lumrah manusia bahawa apabila tidak mampu menyaingi kuasa yang ada, maka pastilah kuasa luar akan dijemput masuk untuk menumbangkan kuasa yang sedia ada. Mungkin ini juga yang berlaku di Melaka apabila terdapat penasihat yang membawa kepada kemudaratan dengan membangkitkan isu perkauman sedangkan ini adalah isu alam sekitar.

Tiada siapa menghalang mereka membela babi (saya tidak suka menggunakan perkataan alternatif kerana yang buruk tetap buruk - tak perlu menjaga hati) asalkan ia dijalankan secara bersih. Mengapa perlu sisa dibuang kedalam sungai sedangkan banyak lagi cara pelupusan yang boleh dipraktikkan.

Objektif mutlak golongan ini ialah membuat wang semata-mata manakala persetankan sahaja orang lain yang terjejas. Itulah sikap yang diambil.

Saya tengah marah ni dan baik berhenti sahaja di sini.

Salam hormat dan Wassalam.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/12241041137519155246noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-67253166218641191712007-09-06T03:01:00.000+08:002007-09-06T03:01:00.000+08:00Saudara Pemerhati, selamat berkembara dan terima k...Saudara Pemerhati, selamat berkembara dan terima kasih.

Soal di Melaka adalah satu contoh kekurang-ajaran yang perlu dikutuk. Bagaimana kalau kemaharalelaan seperti ini didalangi oleh musuh negara?

Bagaimana kalau kisah anai-anai Israel yang dikatakan dah masuk ke Malaysia adalah kisah benar?

Bagaimana kalau kisah KPN dipermain-mainkan oleh seorang yang berkuasa ini juga benar?

Salam takzim.kudakepanghttps://www.blogger.com/profile/10947389601975196845noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29933783.post-19686572090548563322007-09-06T02:18:00.000+08:002007-09-06T02:18:00.000+08:00A'kum Dato.. Bom jangka kita tidak ketahui tapi bo...A'kum Dato.. Bom jangka kita tidak ketahui tapi bom petrol sudah terang nampak semasa rusuhan penternak haiwan dengan penguatkuasa kerajaan. Persoalan rakyaat.. mengapa pasukan keselamatan tidak terfikir perbuatan melontar bom petrol boleh mengugat keselamatan pegawai2 kerajaan yang bertugas? Dimana letaknya undang2 keselamatan negara setelah di provoke sedemikian rupa?

Salam perjuangan.pemerhatihttps://www.blogger.com/profile/06657151139916451321noreply@blogger.com